BAB 2

Romance Completed 22145

Spontan aku menekup telinga. Kuat benar suara dia. Cair tahi telinga aku kalau ditengking setiap hari begini. Dahlah ayat yang itu juga yang disebutnya. Macam tak ada ayat yang lain lagi gamaknya.

” Eh, kau ni pekak ke bisu ha? Kalau orang tanya tu jawablah! Tak satu pun soalan aku yang dapat kau jawab,” bentak pemuda itu lagi. Geram hatinya dengan tingkah gadis di hadapannya itu.

” Soalan apa tadi? Boleh ulang?” soalku takut-takut.

Manalah aku tak takut. Badan dia dahlah besar tinggi kalau nak dibandingkan dengan aku. Baru ditengking aku dah kecut perut apatah lagi kalau dia hilang sabar. Mahu aku ditolaknya. Jatuh terduduk aku nanti!

” Kenapa kau tak mungkin jatuh cinta dengan aku? Apa yang kurang padaku?” soal pemuda itu serius.

Aku kembali menelan air liur. Soalan cepu emas tu. Kupandang wajahnya untuk membuat penilaian yang tepat.

” Err…abang senior kacak sangatlah sebab itu saya tak mungkin jatuh cinta,” jawabku jujur. ‘Dan abang senior ni teramatlah garang dan bongkak orangnya,’ sambungku di dalam hati saja tentunya. Manalah aku ada keberanian untuk melafazkannya.

Pemuda itu menganggukkan kepalanya tanda puas hati dengan alasanku.

” Aku tahu aku kacak tapi alasan kau tu tak logiklah! Explain sikit!”

Eh? Tak malunya dia puji diri sendiri! Masuk bakul angkat sendiri.

” Saya ni kalau boleh tak naklah ada kekasih yang tersangatlah handsomenya macam abang senior. Yalah, kalau dah handsome sangat nanti dia pilih orang lain sebab dia ada banyak pilihan. Meranalah saya nanti. Saya ni setia orangnya kalau bercinta. Satu lagi, lelaki itu mestilah berbudi bahasa dan romantic sebab saya ni bukanlah romantic orangnya,” terangku panjang lebar sambil mengawang-awangkan bunga ros ditanganku.

Pemuda itu tersenyum lebar mendengar kata-kata gadis itu. Naifnya gadis itu. Zaman sekarang ni susah untuk mencari lelaki yang setia. Tak kiralah samada lelaki itu kacak atau tidak.

” Kau ni bodoh ke? Mana kau nak cari lelaki macam tu?” kutuk pemuda itu. Dia menahan tawa apabila melihat gadis itu memuncungkan bibirnya. Wajah keanak-anakan yang comot itu direnung penuh minat. Masih wajah yang garang ditunjuknya.

” Adalah…” balasku. Geram apabila dikata bodoh.

” Mana? Cuba kau tunjuk kat aku siapa orangnya,” ejek pemuda itu lagi.

” Adalah dia kat mana-mana. Saya pun belum jumpa lagi tapi tak apa kalau saya dah jumpa saya tunjuk kat abang senior ya,” jawabku jujur.

” Okay, aku tunggu ketibaan hari itu! Dan satu lagi jangan panggil aku abang! Bila pulak masanya emak kau melahirkan aku? ”

Aku memandang wajah pemuda tampan itu dengan perasaan sakit hati tahap dewa. Aku pun tak teringinlah nak panggil kau abang, sengal!

” Saya dah jawab jadi tolong sign sekarang!” pintaku.

Pemuda itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

” Belum boleh lagi!”

” Kenapa?” tanyaku tidak puas hati.

” Kau belum jawab lagi soalan kedua aku tadi! Kenapa kau tergelak sorang-sorang!”

” Oh! Hal itu rupanya. Saya hairan tengok senior pakai t-shirt besar. Mulanya saya rasa senior ni berbadan sasa tapi kalau difikir-fikir rasanya senior ni ada perut boroi tak ?” kataku spontan tanpa berselindung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience