BAB 8

Romance Completed 22145

” Tina, kau diam! Sekarang, kita kena bincangkan hal kahwin korang pula. Kalau lambat, nanti semua orang tahu bila perut kau membuncit! Belajar tak habis lagi dah merenyam kau ni! Hancur masa depan kau sekarang!” bebel Athlea.

” Abang Hakim kena kahwin dengan Tina. Kalau tidak, kami akan laporkan hal ini ke balai polis,” ugut Athlea.

” Okay,” jawab Hakim sepatah.

Aku pulak yang terperangah mendengar persetujuan Hakim. Dia ni betul ke tidak?

” Tetapkan tarikhnya. Aku akan menjadi seorang suami dan ayah yang penyanyang. Trust me!” sambung Hakim lagi.

” Hei, aku tak pernah kata yang aku nak berkahwin dengan kau! Dahlah kau tu dah bertunang! ” kataku.

Di dalam hati aku menyumpah kebodohan diri sendiri. Asalnya, aku cuma ingin mengenakan Hakim tapi ternyata aku sendiri yang terkena. Hakim ni tidak boleh dibuat main rupanya.

” Dah tu? Macam mana dengan anak kita?”

“Dia masih dalam bentuk darah. Aku boleh gugurkan dia hanya dengan makan nanas. Tengok ni, banyak nanas yang aku beli! ” kataku main-main sambil menunjukkan bakul motosikal yang terdapat beberapa biji nanas sarikei. Memandangnya saja telah kecur air liur.

Tanpa diduga Hakim mengambil nanas di dalam bakul motosikalku dan membuangnya begitu sahaja ke dalam gaung yang terdapat di tepi jalan raya yang lengang itu. Aku tidak sempat menghalang kerana tindakannya itu terlalu cepat.

” Apa kau buat? Favourite aku tu!” jeritku.

” Kita kahwin! Kau jadi bini tua aku. Bini muda aku pula tunang aku sekarang! Itu lebih baik daripada kau jadi sephia iaitu perempuan simpanan aku!” putus Hakim.

” Amboi! Banyak cantik muka kau? Tak ingin aku jadi bini kau tak kiralah bini tua atau muda! Satu lagi, sejak bila aku jadi ‘sephia’ kau ni? Mengarut!”

” Tu buktinya dah ada kat dalam perut kau! Bukan ke kau mengandungkan anak aku sekarang ni? ” balas Hakim sambil mulutnya muncung menunjuk ke arah perutku.

” Betul tu Tina. Kahwin ajelah dengan abang Hakim. Kau sepatutnya beruntung kerana dia sudi memperisterikan kau,” pujuk Athlea.

” Aku tak naklah!”

” Habis tu, kandungan kau tu macam mana. Jangan cakap kau serius nak menggugurkan kandungan kau? Perbuatan itu berdosa di sisi agama!”

” Nak gugurkan macam mana kalau aku tak mengandung! Kerja gila!” bentakku.

” Tak mengandung?” tanya ketiga-tiga orang manusia di hadapanku itu serentak.

” Tak…!!!” jawabku tegas.

” Habis tu…tadi…Hakim…”

” BFF abang Syam tu dah gila!” kutukku.

Semua mata memandang ke arah Hakim yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Hakim mengurut tengkuknya sebelum meraup wajahnya dengan resah.

” Huh! Dahlah, aku nak tukar baju dulu. Kejap lagi ada perlawanan antara kelas. Pastinya, kali ini pasukan kelas aku akan menang dan mengalahkan pasukan kelas korang, ” kataku dengan yakin.

” Yakinnya dia! Kau jangan lupa yang pasukan aku johan peringkat negeri? Boleh ke korang lawan kitorang nanti?” sampuk Hakim tiba-tiba.

Aku mendengus geram. Kapten pasukan ni memang sombong. Suka menunjuk-nunjuk. Tengoklah nanti siapa yang menang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience