BAB 6

Romance Completed 22145

” Hoi, rambut karat macam bulu monyet! Cakap tu baik sikit. Nak tengok licsene motosikal aku ke?” marahku.

” Macho apa rambut macam ni! Perempuan lain ramai yang suka. Kau tak suka ke? ” tanya Hakim sambil menyisir rambutnya dengan anak jari.

” Aku tak suka! Aku lebih suka rambut hitam kau yang asli. Dan aku bukan perempuan lain! Jangan sesekali kau cuba untuk menyamakan aku dengan mereka,” bentakku.

” Oh?? ”

” Apa oh? Macam mana kau nak solat dengan rambut karat macam tu? Masuk wudhu ke? ” tanyaku lagi.

Hakim terdiam. Hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil memandangku seakan berbicara. Aku tak fahamlah dengan diri aku sendiri? Macam manalah aku tahu apa yang disampaikan oleh mata Hakim? Walaupun kedengaran tidak logic tapi aku sentiasa tahu apa yang hendak disampaikannya hanya melalui isyarat mata. Macam sekarang.

” Sudahlah! Aku nak balik ke hostel dan tukar baju dulu sebelum pergi ke stadium. Kau nak ikut aku tak, Lea? Atau kau nak ikut abang Syam kesayangan kau ni?” sindirku sambil mengeluh.

Athlea mencubit tanganku. Dia sudah malu-malu kucing. Eleh, nak malulah pulak kawan brutalku yang seorang ni? Abang Syamsul yang mendengar kata-kataku hanya tersenyum manis. Mungkin dia fikir yang aku hanya bergurau tapi aku bukannya bergurau. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak perasan akan layanan istimewa gadis itu terhadap abang sepupunya.

” Pandai Tina ubah topic ya? Doktor cakap apa?” tanya abang Syamsul lagi.

Aku terharu dengan sikap prihatinnya terhadapku. Tidak menyangka masih ada orang luar yang mengambil berat terhadapku.

” Kalau orang tanya tu jawab ajelah! Ini tak, diam aje! Dah bisu agaknya! Tak pun dah mengandung kot? Iyalah, kan ke ada orang tu sejak jadi pengurus bola keranjang kelas dah jadi sibuk memanjang!” sindir Hakim.

Ini sudah lebih! Berani dia tuduh aku begitu? Ini dah kira memfitnah seorang gadis suci seperti aku. Wajah tampan itu ku jeling tajam.

” Kenapa cakap macam tu? Mulut abang Hakim ni memang tak ada insuranslah !” marah Athlea.

” Kata-kata kau ni sudah berunsur fitnah, Kim! Dosa fitnah adalah lebih berat dari dosa membunuh, tahu! Pernah ke kau tengok Tina berzina dengan diorang semua tu, ha? ” tegur Syamsul. Dia juga kurang senang dengan kelancangan mulut kawannya apabila berhadapan dengan gadis itu.

” Aku cakap aje! Kalau tak betul tu baguslah. Aku bukannya apa Syam, sejak Tina jadi pengurus kelab bola keranjang kelasnya tu, dia asyik berkepit aje dengan mereka. Manalah tahu kan kalau-kalau perkara ‘tut’ itu terjadi? Manalah kita tahu kan? ” kata Hakim cuba membela dirinya sendiri.

” Hakim, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau pun aku mengandung itu tentulah anak kau jugak! Bukannya anak aku seorang… ”

” Apa??”

Aku terkejut mendengar ketiga-tiga orang di hadapanku menjerit. Terbeliak mata Hakim memandangku.

” Tina, kau bergurau ke? Kau mengandung? Anak abang Hakim? Kau ni biar betul? ” soal Athlea bertalu-talu.

” Tina main-main saja kan? Masa bila pulak korang ‘tut-tut’ ha? Hakim…kau dan Tina? Oh! I can’t believe this!”

Aku cuba menahan senyum apabila melihat reaksi kelam-kabut abang Syamsul dan Athlea. Athlea sudah mundar-mandir di hadapanku. Abang Syamsul pula asyik meraup wajahnya dan beristigfar beberapa kali. Manakala Hakim pula masih terdiam. Hanya matanya saja yang masih melotot memandangku.

” Betul abang Syam, Lea. Takkanlah Tina nak main-main pulak. Hal besar ni,” ujarku pura –pura serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience