BAB 10

Romance Completed 22145

” Kenapa abang lambat? Semua orang dah lama tunggu abang,” rungut Yvonne manja sekali . Yvonne adalah salah seorang gadis gadis cheerleaders yang terkenal dengan kecantikannya.

” Sorry,” jawab Hakim ringkas sahaja.

Tidak lama kemudian, Hakim bergabung dengan pasukannya yang sudah bersiap sedia ditepi gelanggang. Mereka melakukan regangan memanaskan badan. Di sebelah sana, terdapat pasukan junior yang iaitu lawan mereka dari kelas SKA 1 yang juga melakukan hal yang sama. Mata Hakim melingas mencari kelibat Tina yang tidak kelihatan sedari tadi.

Alex yang menjadi kapten pasukan SKA 1 kelihatan cemas. Lima orang pemain simpanan mereka masih tidak kelihatan sedangkan permainan akan bermula tidak lama lagi. Bukan sahaja pemain simpanan malah pengurus mereka juga tidak memunculkan diri di saat-saat yang genting ini. Dia juga berasa resah kerana tidak ada seorang pun cheerleaders yang mewakili pasukan mereka. Semua pelajar perempuan tidak sudi untuk memakai skirt untuk melakukan aksi sorakan. Dia memanggil Saodah dan Shazwani dan membisikkan sesuatu di telinga mereka. Gadis-gadis itu mengangguk sebelum beredar pergi.

Acara seterusnya dimulai dengan aksi cheerleaders pasukan DKA 6. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh sekali apabila muzik dimulakan. Aksi para gadis cheerleaders itu memukau para penonton. Mereka kelihatan begitu professional sekali apabila membuat aksi pyramid dan aksi-aksi yang lain. Usai sahaja persembahan cheerleaders dari DKA6 terus sahaja gadis-gadis manis itu berlari menghampiri pasukan bola keranjang mereka.

Tanpa diarah, pasukan SKA 1 yang mula bermuram durja itu bangun berdiri untuk melonggarkan otot-otot tubuh mereka di sekeliling Alex selaku kapten pasukan yang sudah mula memberi arahan.

Tiba-tiba ruang stadium yang bising tadi menjadi senyap buat seketika seperti ada malaikat yang lalu. Semua penonton terpaku di tempat duduk masing-masing. Tetapi tidak lama kemudian, terdengar jeritan, ketawa, teriakan dan siulan disertai denga tepukan yang kuat.

Dalam kebingungan, pasukan SKA 1 memandang ke semua arah. Pandangan mereka tertumpu di satu titik noktah yang seiring dengan semakin kuatnya tepukan gemuruh suara dan tangan-tangan di pintu masuk stadium. Bola mata ahli pasukan SKA 1 membulat apabila melihat kelibat satu persatu susuk tubuh pemain simpanan mereka yang kelihatan lemah gemalai menggayakan beberapa pakaian tradisional dan pakaian barat yang seksi dan berumbai-rumbai. Bukan itu sahaja, wajah mereka juga dipenuhi dengan warna-warni.

Di belakang mereka kelihatan pengurus mereka iaitu Tina yang turut bermekap cantik dan ketawa tertahan-tahan diiringi dengan kawan lembutnya iaitu Noorul Amar. Saodah dan Shazwani juga tersengih-sengih apabila kawan ‘istimewa’ mereka diusik oleh beberapa orang penonton lain.

Cheerleaders SKA 1!!!

Sepanjang perjalanan mereka diusik oleh penonton lelaki. Para penonton bagaikan sudah hysteria. Tina melambai ke arah pasukannya dan mencebik ke arah pasukan Hakim yang sudah terkaku melihat penampilan mereka.

“Cup!Cup! Aaaaah….”

Kelima-lima pemain simpanan itu melemparkan flying kiss ke arah Hakim dan Alex yang melihat mereka seperti melihat hantu.

” Hai Alexxx!” jerit Entawai. Menyapa sahabat gagahnya.

” Siapa kau? Jangan suka-suka panggil aku ya! Aku tumbuk kau nanti!” gertak Alex sambil menunjukkan buku limanya.

Yang mendengar kata-kata Alex terus ketawa. Entawai mengibarkan rambut palsunya dan sambil memasamkan muka. Dia yang memakai baju kebaya kelihatan cuba untuk berjalan dengan sempurna menggunakan high heel diikuti dengan rakan-rakan yang lain. Alif Suhaimi yang mempunyai badan berotot itu memakai skirt yang berumbai-rumbai dan baju ketat. Begitu juga dengan yang lain. Masing-masing membetulkan rambut palsu, mengerdipkan bulu mata palsu yang amatlah lentiknya dan sibuk melayangkan ciuman terbang kepada semua penonton. Para penonton tidak melepaskan pandangan mereka. Mereka ketawa hingga keluar air mata.

” Dasar lelaki jahat!” kutuk Entawai pada Alex.

” Hai kapten Hakimmm! I love you so so so much!” teriak Plony pula. Dia begitu bersemangat sekali melayang flying kiss dari bibir merahnya kepada Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience