BAB 5

Romance Completed 8106

Lauk-lauk yang dihidangkan menarik perhatianku.Terus terasa lapar perutku takkala nampak kambing golek di situ.Kami pun makan bersama-sama.Rasa mahu pecah perutku takkala mendengar lawak Mikael.Waktu makan pun ,dia mampu buat ku ketawa.

“Ok pusing belakang.Mira nak ambil gambar Mikael dengan awek barunya’,kata seorang gadis.

Aku terdiam.Begitu juga Mikael.Aku memandang Mikael.Mikael memandangku.Lalu kami berdua ketawa.Lalu menoleh ke belakang untuk diambilkan gambar.Perut aku ini kecil sangat ke sampai orang kata aku ini awek nya,bisik hatiku lalu terasa geli hati.

Semenjak hari itu,hubungan aku dan Mikael semakin rapat.Dia sering membawaku berjalan-jalan setiap kali dia pulang kerja awal.Razif sering pulang lewat kerana dia ada banyak kerja.Jadi,Mikael yang selalu menghabiskan waktu bersamaku.Boleh dikatakan setiap masaku,ada dengannya.Dia juga sering membawaku ke klinik setiap kali kandunganku perlu diperiksa.Tetapi,jauh di sudut hatiku.Aku tidak ada apa-apa perasaan terhadapnya.Cukuplah Razif di hatiku seorang.

“Rayqal,ayah pergi dulu ya.Rayqal tunggu dekat rumah dengan ibu ya’,kata Razif lalu mencium anak kami.

Aku hanya tersenyum sahaja sambil memandang anakku yang baru berusia beberapa hari itu.Dia seakan lena sekali tidur pada malam ini.

“Baik-baik ya bang’,kataku sambil menyalam tangan Razif.

Razif mengangguk.Dia mencapai songkok untuk pergi ke kenduri arwah adik ibu mertuaku.Aku yang masih dalam keadaan pantang perlahan-lahan mahu turun dari katil itu untuk mengirinya insan yang ku sayang pergi.Baru aku mahu turun,Razif cepat-cepat memegangku

“Nak pergi mana ini?’

‘Nak hantar sayang saya ke kereta lah’,kataku sambil tersenyum.

‘Eh tak apalah sayang.Abang boleh pergi sendiri.Awak tu kan masih dalam keadaan pantang.Mana boleh banyak bergerak’,katanya sambil memegangku.

Aku hanya tersenyum.Razif memang romantik orangnya.Kata-katanya itu sering membuatku keawang-awangan walaupun kami sudah ada anak.Perangainya masih tidak ubah sejak kami bercinta dahulu.

Sebelum dia pergi,dia sempat mencium anak kami lagi.Aku hanya tersenyum.Malas mahu menegah.Aku tahu ,dia terlalu sayang akan anak kami dan aku pasti dia sayang juga dengan aku.

Aku pun mahu melelapkan mata.Baru sahaja mataku ini mahu ditutup,aku terdengar pintu bilikku seakan dibuka.Aku hanya tersenyum.Itu pasti Razif,kataku dalam hati.Aku tahu,dia pasti tertinggal sesuatu,sebab itu dia pulang balik.

Aku menoleh ke arah pintu.Aku terkejut.Aku ternampak Mikael sedang memandangku.Aku mula panik.Tidak ada sesiapa pernah masuk ke dalam bilik ini sebelum ini termasuklah Mikael sendiri.Matanya merah sekali kedua-dua belah.

Razif menekan minyak sekuat-kuatnya.Telinganya seakan bernanah takkala terdengar perbualan makcik-makciknya tadi.Masing-masing mengatakan yang isterinya ada hubungan intim dengan adiknya sendiri,Mikael.

“Sabar Zif.Mak faham,perasaan kamu.Jangan diikutkan nafsu sangat’,kata Puan Maimunah menenangkan anak bujangnya itu.

“Ish Aisya ini pun satu.Dah dapat abang,nak Mikael pula.Tamak betul’,kata Aina pula.

Razif hanya diam sahaja.Hatinya seakan terbakar.Dia terus menekan minyak.Kata-kata mereka berdua itu seakan menambah minyak dalam kemaraan api hati Razif.

Razif terus melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja nampak kereta Mikael.Baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik,dia terdengar bunyi seakan orang sedang berketawa.Tanpa membuang masa,Razif terus menolak pintu bilik itu.

“Kurang ajar!!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience