BAB 6

Romance Completed 8106

Kata-kata Razif itu membuatkan aku dan Mikael terkejut bukan kepalang.Razif terus menarik Mikael turun ke lantai.Sepanjang aku mengenali Razif,tidak pernah aku lihat dia semarah itu.

“Kau tergamak buat abang kau sendiri macam ini eh.Adik jenis apa kau ini’,kata Razif sambil menumbuk muka Mikael sepuas-puasnya.

Aku menangis.Aku tidak tahu yang perkara ini akan jadi begini.Aku hanya mampu tunduk dan menangis sepuas-puasnya.Mikael seakan nyawa-nyawa ikan apabila ditumbuk Razif.Tidak lama selepas itu,Puan Maznah dan Aina pun naik ke atas untuk melihat apa yang berlaku disebalik kekecohan itu.

Razif memandang aku dengan perasaan marah.Aku hanya mampu tunduk kerana aku tidak berani mahu bertentang mata dengannya.Anak kami,Rayqal seakan terjaga daripada tidur takkala mendengar kekecohan itu.Dia terus menangis.

“Nur Aisya bt Hishamuddin,aku ceraikan kau dengan talak tiga.Mulai saat ini,kau bukan isteri aku lagi.’,kata Razif lalu keluar dari bilik itu dengan menghempas pintu diikuti dengan ibu mertuaku bersama Aina.

Aku menangis sepenuh hati.Allah.Hanya kalimah itu yang mampu ku ungkapkan.

Aku meniti tangga rumah banglo itu sambil membawa beg dan anakku.Semua sudah menunggu aku di situ.Walaupun aku masih belum habis berpantang,aku gagahkan diri juga untuk berjalan hari ini.

Orang pertama yang aku mahu salam ialah Razif.Ternyata Razif terus ego di situ.Dia hanya buat selamba sahaja saat aku mahu minta ampun dengannnya.Begitu juga dengan Aina dengan ibu mertuaku.Kehadiranku di situ memang tidak perlu ditangisi.Mereka seakan jijik denganku.Menurut ibu mertuaku,aku sudah merosakkan nama baik keluarga ini .Aku redha,dengan kutukan itu.Aku hanya mampu diam sahaja .Sungguh aku tidak percaya yang rakan karibku,Aina akan bertindak sebegitu.Rakan yang aku kenal sejak aku di sekolah tadika begitu membenciku sehingga tidak mahu melihat wajahku disaat aku mahu menyalamnya.

Dengan langkah kanan,aku terus keluar dari rumah itu.Masih ada kebaikan di hati mereka kerana mereka telah menyediakan teksi untukku naiki.Itu pun sudah membuatku rasa bersyukur sekali.Keadaan di luar rumah agak panas sekali.Matahari terik sekali.Anakku,Rayqal mula menangis.Aku tidak pasti sama ada dia panas atau kerana dia kesal apa yang berlaku.Aku terus menaiki teksi itu.Aku sendiri tidak tahu mana yang harus aku tuju.Ibu bapaku sudah meninggal dalam satu kemalangan sewaktu aku dan Razif pergi berbulan madu di Bali.Kini,aku sudah tidak ada sesiapa lagi.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku saat ini.Aku terima ya Allah…

Razif masuk ke bilik.Baru sahaja dia mahu masuk bilik,dia terdengar

“Abang,percayalah.Saya dengan Aisya tak buat apa-apa pun.Aisya bukan perempuan yang abang sangka’,

Razif menoleh ke belakang.Dia memandang Mikael yang patah tangan akibat dipukulnya itu sedang berdiri di luar biliknya sambil memandang ke arah Razif.Razif terus menjeling dan masuk ke dalam biliknya.

Cuaca di bandar Tokyo itu agak panas.Maklulah,sudah musim bunga.Razif pun mengambil keputusan untuk duduk di bangku di hadapan rumah sewanya itu sambil menghirup udara petang.Sedang dia duduk di bangku milik pemilik rumah yang disewanya itu,dia ternampak ada seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 7 tahun berjalan di hadapannya.Razif berasa tertarik sekali dengan kanak-kanak itu.Tiba-tiba hatinya berkata ,Rayqal dah besar mana agaknya ini..

Keesookan harinya,setelah pergi bermesyuarat dengan dengan pelanggan syarikatnya,dia menunggu budak lelaki itu di tempat biasa.Semenjak Razif ditugaskan ke sini,dia sering nampak budak lelaki itu.Tetapi,hari ini tidak pula.Razif mula kehairanan.Dia pun berjalan ke arah taman permainan.Razif tahu,kanak-kanak pasti suka pergi dekat situ.Ternyata tekaan Razif tepat.Budak lelaki itu sedang bermain dengan budak-budak Jepun yang lain.Terbit satu soalan di hati Razif.Kenapa muka dia bukan macam orang Jepun?

Razif pun menghampiri budak lelaki itu.Dia sekarang sedang bermain buaian.Budak itu comel sekali.Sudahlah putih,tembam pula itu.Siapa yang terjumpa dengan budak itu,pasti akan cair dengan kecomelannya.Termasuklah Razif yang semakin cair hari demi hari takkala ternampak budak itu.

“Hai.What’s your name?’,kata Razif.Dia main agak sahaja bertutur Bahasa Inggeris.Sebab hatinya yakin budak lelaki itu bukan orang Jepun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience