BAB 8

Romance Completed 8106

‘Pandainya.Itu siapa,mak Harihta ya?’,kata Razif takkala terpandang seorang wanita yang terbaring sahaja.Dia tidak mampu bergerak.Mukanya kelihatan tua sekali.Mukanya bercengkung.Badannya kurus sekali hingga nampak tulang.

Harihta mengangguk lalu tersenyum.

Razif pun berjalan ke arah wanita itu bersama Harihta.Dia pun duduk bersila di sebelah wanita itu memandangkan wanita itu terbaring di atas tilam di lantai.Dia rasa simpati sekali melihat wanita itu.

“Razif,jemput minum’,

Razif menoleh ke belakang.Dia lihat,Asyikin sedang memegang secawan air untuknya.Setelah memberikan cawan itu kepada Razif,Asyikin duduk di sebelah wanita itu.Dia mengambil kain yang dibasahkan lalu mengelap di tubuh wanita itu.Razif pandang sahaja.Dia rasa sedih sekali melihat keadaan wanita itu.

“Pak Cik,cantik tak gambar ibu Harihta?’,kata Harihta lalu menghulurkan sekeping gambar kepada Razif yang sedang minum air itu.

“Harihta!Pak Cik Razif kan tengah minum itu.Minta maaf ya Razif.Dia ini memang macam ini sedikit’

‘Tak apa.Pandai kau ajar dia cakap Bahasa Melayu.’

‘Aku tak nak ajar sebenarnya.Mak dia ini yang nak sangat Harihta ini pandai cakap Melayu’

‘Oh ya ke.Mana gambar itu?Meh pak cik tengok’,kata Razif sambil memandang Harihta yang duduk di sebelahnya itu setelah dimarahi Asyikin itu.

Razif tersenyum takkala melihat Harihta yang comel apabila dimarahi Asyikin tadi.Pandai dia mencebik setelah dimarah.

“Dah la.Jangan sedih-sedih.Meh pak cik tengok gambar ini’,kata Razif lalu mengambil gambar yang dipegang Harihta.

Dia terkejut bukan kepalang.Dia memandang Asyikin.Air mata kejantanannya membasahi pipinya.Dia terus duduk ke belakang sedikit.Dia bersandar di dinding sambil menghentak kepalanya berulang kali di dinding.

“Betul apa yang kau tengok itu,Razif.Harihta ini Rayqal,anak kau yang aku buang masa budak ini masih 20 hari.Aku tukar nama itu sebab aku tak nak dia tahu yang dia ada ayah tak guna macam kau’,kata Asyikin sambil menangis.

‘Jadi,yang ini Aisya?’,kata Razif sambil menahan kesedihan.

Asyikin hanya mengangguk lalu dia keluar dari bilik itu.Razif menangis sepuas-puasnya.Patutlah semenjak-menjak ini dia selalu termimpi Aisya.

“Pak Cik Razif,kenapa pak cik nangis?Kenapa Mak Ikin pun menangis?’,kata Harihta ataupun Rayqal.

Razif terus memeluk budak lelaki itu sambil menangis.Dia menangis sekuat-kuatnya.

‘Maafkan ayah,Razif’,kata Razif sambil menangis.

Pagi itu,cuaca di bandar Jepun agak mendung kerana sudah berakhirnya musim bunga dan tiba pula musim luruh.Anakku,Razif sudah pergi ke sekolah tadi.Dia setiap hari bertanya kepadaku.Ibu,nanti kalau Harihta balik sekolah,ibu ada lagi tak dekat sini?Tanpa jemu,dia asyik menanyakan soalan itu sahaja.Maafkan ibu nak,kerana ibu kamu harus jadi risau begini.Itu sahaja ayat yang mahu aku katakan padanya kalau aku diberi satu lagi peluang untuk aku bercakap.Aku masih ingat lagi masa aku memberitahunya yang aku sakit dan aku ada sedikit masa sahaja lagi untuk terus hidup,dia tidak henti-henti menangis sehingga tidak mahu pergi ke sekolah kerana takut kehilanganku.Tapi,apa yang boleh ibu buat?Penyakit barah di otak ibu terlalu kejam nak.Ibu tak mampu nak melawannya..

Razif duduk di sebelahku.Pada mulanya,dia kelihatan tenang sekali.Tetapi,lama kelamaaan dia gagal mengawal emosinya.Dia terus menangis sambil memeluk tubuhku yang tidak ubah seperti orang tua yang sedang nazak ini.Dia tidak henti-henti memohon ampun kepadaku.Puas tanganku diciumnya memohon dosanya diampunkan olehku.Bersungguh-sungguh dia menangis dan memohon ampun.Air mataku mengalir membasahi pipiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience