BAB 9

Romance Completed 8106

Aku memegang tangannya dan aku genggam.Dia terkejut.Dia memandangku lalu tersenyum.Dia tidak henti-henti mengucup dahiku.Air matanya mengalir di dahiku.

“Abang’,kataku dengan lemah sekali.Sebenarnya aku masih boleh bercakap.Cuma,aku tidak mahu bercakap dengan Rayqal.Demi Allah,bukan sebab aku tak sayang dia,cuma aku takut suara ini akan membuat dia tidak boleh tidur pada malam kematianku nanti.

‘Ya sayang.Abang ada dekat sini,sayang’,katanya sambil mendekatkan telinganya di bibirku.

‘Abang,halalkan makan minum Aisya bang.Halalkan apa yang terkurang sepanjang Aisya jadi isteri abang’,kataku dengan nada lemah.Ayat itulah yang aku simpan sekian lama untuknya.Khas buat bekas suamiku..

“Abang halalkan sayang.Sayang kena kuat.Abang akan cuba ubatkan Aisya ok.’,katanya sambil menangis.

“Abang,tolong besarkan Rayqal dengan kak Asyikin ya.Dia suka kan abang sejak dulu lagi.Kan kak?’,kataku dengan tenang sekali .

Razif menoleh ke belakang.Dia lihat,Asyikin sedang berdiri di belakangnya sambil menangis teresak-esak.

“Akak’,kataku dengan lemah.

“Ya Aisha’,kata kak Asyikin lalu duduk di sebelahku.

“Akak,maafkan Aisya kak.Aisya tak tahu yang akak suba Abang Razif sejak hari pertama akak masuk universiti.Kalau Aisya tahu,akak tak kacau dia kak’,kata ku lalu air mata ku mengalir takkala teringat peristiwa itu.

Pada malam aku keluar dari rumah itu,aku terus memesan tiket ke Jepun bersama anakku itu.Aku habiskan wang simpananku untuk ke sana.Setibanya di sana,aku berserah kepada Allah sahaja apa yang bakal berlaku denganku.Ternyata kuasa Allah menandingi segalanya.Kak Asyikin berada di lapangan terbang di situ kerana ketika itu dia baru menghantar emaknya pulang ke Malaysia setelah menjenguknya.Oleh sebab kasihan melihat keadaanku dan anakku ,Kak Asyikin terus membawa aku ke rumahnya.Semenjak hari itu,aku duduk di situ bersama Rayqal .Hingga satu hari sewaktu kak Asyikin menghantar Rayqal ke sekolah , aku mengemas bilik kak Asyikin,aku terjumpa diarinya.Semua perasaannya terhadap Razif dicoret di situ.Aku menyesal kerana tidak tahu tentang perasaan Kak Asyikin terlebih dahulu sebelum bersetuju menerima cinta Razif.Jadi,setelah doktor memberitahuku tentang penyakit ini,aku anggapnya sebagai satu balasan untukku dan bukannya satu musibah.Aku redha se redhanya.

Razif memandang Asyikin.Asyikin hanya tunduk sahaja sambil menangis .Memang benar apa yang dikatakan Aisha.

Razif terus mengenggam tanganku.Tiba-tiba aku rasa bagai nyawaku sedang dicabut.Aku mula sesak nafas.

“Mengucap Aisya.Ingat Allah’,kata Razif sambil membisikkan kalimah Allah di telingaku.

Aku rasa sakit sekali.Dari sakit yang ku tanggung sebelum ini.Begini rasanya sakaratul mautmu Ya Allah,bisik hatiku.

Rayqal berlari masuk ke dalam rumah.Dia ternampak jiran-jirannya yang beragama Islam berkumpul di rumahnya.Dia terus berlari ke atas untuk masuk ke bilik yang menempatkan ibunya.

“Ibu!!!!!’,jerit Rayqal.

Razif terus memeluk Rayqal yang menangis itu sebaik sahaja Rayqal tiba di bilik itu.

“Ibu dah tak ada ,Rayqal’,kata Razif sambil mengucup dahi anaknya itu.

“Pak cik tipu!!!!’,kata Rayqal menjerit minta dilepaskan.

Pelukan Razif tidak berjaya apabila Rayqal berjaya meloloskan badannya.Rayqal terus membuka pintu bilik itu.Dia ternampak ibunya sedang ditutup dengan kain kafan oleh Mak Ikinnya dan beberapa jirannya.

“Ibu!!!Rayqal nak ibu!!!’,jerit Rayqal sambil menangis.Semua di situ menjadi sebak.

“Assalamualaikum.Mari kita pergi sekarang’

Asyikin menoleh ke belakang.Dia lihat,Razif sedang mendukung Rayqal yang sedang ketiduran.Asyikin tersenyum.

“Akak pergi dulu ya,Aisya.Assalamualikum.Nanti akak datang lagi ya’,kata Asyikin sambil memegang batu nisan yang tertulis namaku, Nur Aisya bt Hishamudin dalam tulisan jawi itu.

Mereka pun berlalu meninggalkan kawasan perkuburan itu.Mereka bersepakat untuk menanam jenazahku bersebelahan dengan kubur orang tuaku.

Ketika berjalan menuju ke kereta,Razif menarik tangan Asyikin .Asyikin terkejut.Mereka berpandangan antara satu sama lain.

“Adakah awak masih mencintai saya seperti mana awak mencintai saya sebelum ini?’,kata Razif dengan sepenuh hati.

Asyikin memandang Razif .Dia hanya tunduk sahaja.

“Saya tahu,saya tidak sekuat arwah.Saya perlukan awak untuk bantu saya.Saya nak awak jadi pengganti kepada arwah.Saya nak menebus kembali dosa saya kepadanya’

Asyikin tersenyum.Apabila Razif berkata begitu,baru hati Asyikin terbuka untuk menerimanya kembali.Aku terima Ya Allah jika ini yang terbaik. Izinkanlah aku berteduh di bawah lindungan kasih sayang Mu Ya Allah, jadikanlah lelaki ini pelindungku, penjaga ku, imam ku, suami dan teman yang menjadi tempat ku berpahut dan berlindung. Jadikanlah hatinya sebagai satu-satunya tempat untukku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience