BAB 3

Romance Completed 8106

Asyikin berjalan menghampiri Razif sambil membawa buku notanya.Banyak betul yang dia mahu Razif bantu.Dia pun menarik kerusi lalu duduk di hadapan Razif yang seakan sedang menulis sesuatu.

Sedang dia beriya-iya memberitahu tentang bab dalam buku engineering yang dia kurang jelas,tiba-tiba Razif berkata sesuatu

‘Aisya itu lawa kan?’

Asyikin terdiam.Setelah penat aku cakap,itu sahaja dia mahu balas balik?

“Lawa.Kenapa?Kau suka ke?’

“Kau tolong bagi surat ini dekat dia.Cakap dengan dia,esok jumpa aku dekat sini pukul 10 pagi’,katanya sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Asyikin.

“Surat apa ini?’,kata Asyikin sambil membelek-belek surat itu.

“Surat cinta lah.Kau ini macam tak biasa pula.Kau jangan baca tau.’,kata Razif lalu berlalu pergi.

Asyikin mengeluh lemah.

Sedang dia sedang melayan perasaannya,dia terdengar,

“Oh ya.Lupa pulak’,

Asyikin menoleh ke belakang.Razif terus membentangkan kertas lukisan di atas meja itu.Dia terus mengenggam tangan Asyikin yang sedang memegang pensel itu .Asyikin seakan terpinga-pinga dengan apa yang Razif mahu buat.Asyikin hanya diam sahaja.Tangannya dipegang Razif lalu dilukiskan tentang bangunan yang merupakan jawapan kepada persoalan Asyikin tadi.Bangunan yang agak complicated itu seakan senang sahaja Razif lukis.

Baru sahaja Asyikin mahu cakap terima kasih,Razif sudah pergi.Asyikin tersenyum.Pandainya dia ini,bisik hati Asyikin.

Semenjak itu,hubungan aku dan Razif mula rapat.Hampir setiap hari,kami akan berjumpa.Razif ternyata baik orangnya.Rakan-rakan sekuliahku yang lain semuanya memujiku kerana berjaya dapat lelaki ssesempurna Razif.

Razif agak nakal orangnya tetapi sewaktu dia belajar,dia serius sekali.Itu yang membuatkanku bertambah cinta akan Razif.Dia ternyata lelaki yang aku cari selama ini.Tidak pernah aku jumpa lelaki sebaiknya dan juga sealimnya.

Dia ternyata menghormatiku sebagai teman wanitanya.Dia tidak pernah menyakiti hatiku malah menyentuhku.Dia sangat menjaga perhubungan kami.Jadi,tidak hairanlah ,kalau ayah dan ibu sangat suka aku berkawan dengannya.Hubungan kami maju lebih setapak takkala dia melamarku pada petang itu.Aku seakan tidak percaya yang dia serius untuk membawa hubungan kami ke hubungan yang diredhai Allah.

Aku menoleh ke arah Kak Asyikin yang sedang membaca buku tentang negara matahari terbit,Jepun itu di sebelah katilku.Dia gemar membaca buku itu sebelum tidur.Katanya,dia mahu duduk di sana kalau duit dia sudah cukup.Dalam banyak-banyak pelajar di universiti ini ,orang yang paling rapat dalam universiti ini ialah Kak Asyikin.Tanpanya,pasti aku tidak seceria sekarang.Dan tanpa dia juga,aku pasti tidak berjumpa dengan bakal suamiku,Razif.

Aku menggenggam kad kahwin aku dan Razif untuk diberikan kepada Kak Asyikin.Entah mengapa,sukar benar untuk aku mahu sampaikan khabar gembira ini kepadanya.Lidahku seakan kelu.

Akhirnya,aku memberanikan diri.Aku pun menghampiri katilnya.Baru aku mahu cakap,telefonku berdering mahu diangkat.Aku pun pergi mengambil telefonku.Ternyata benar tekaanku.Ini mesti dia dah rindu ini,bisikku dalam hati.Aku seakan sudah tahu siapa sahaja orang yang akan menelefonku waktu malam-malam seperti ini.Setelah puas berbicara dan memberi kata –kata rindu kepadanya,aku meneruskan hasratku.Aku pun pergi ke katil Kak Asyikin.Matanya yang sepet itu membuatkanku tidak nampak rupa-rupanya dia sudah terlena.

Aku pun naik balik ke katilku.Gagal lagi,nak cakap dengan dia,bisik hatiku.

Asyikin berjalan ke luar dewan.Tadi,dia nampak Razif.Kemudian,Razif sudah hilang dari pandangannya.

“Ikin,cepatlah.Mak nak ambil gambar kamu konvo dengan si Razif itu’,kata mak Asyikin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience