BAB 4

Romance Completed 8106

Asyikin masih mencari Razif tetapi tidak jumpa.Hatinya berlonjak gembira takkala nampak Alif,rakan baik Razif.

“Alif,Razif mana?’

‘Eh ,kau tak tahu ke?’

‘Tahu apa?’

‘Dia kan dah balik kampung dia.Esok dia menikah dengan si Aisya itu’

‘Tapi kan,Aisya itu belum habis belajar’,kata Asyikin dengan kehairanan.Setahunya,inilah tahun pertama Aisya melanjutkan pengajiannya.

‘Mana lah aku tahu.Dia berhenti agaknya.Eh,aku dah lambat ini.Aku nak ambil gambar dengan awek aku ini.Bye’,katanya lalu pergi.

Asyikin mengeluh lemah.Dia memandang maknya yang sedang mendukung adik bongsunya itu.

Aku memandang Razif yang sedang menyiapkan tugasnya di ruang tamu rumah ibu mertuaku.Semenjak aku berkahwin,aku tinggal di sini.Ikutkan hati,aku mahu sambung belajar.Tetapi,Razif tidak bagi kerana dia kata gajinya sudah cukup untuk menyaraku.Lebih-lebih lagi selepas aku disahkan mengandung ini.Makin dia tidak setuju kalau aku kata aku mahu sambung belajar.

Aku pun duduk di sebelahnya.Hujung minggu seperti ini,Razif suka duduk rumah daripada keluar berjalan-jalan.Dia lebih suka menghabiskan waktu lengangnya di rumah.

“Abang,jomlah kita keluar’,kataku dengan suara manja.Aku seakan sudah bosan duduk di rumah.Mana tidaknya,hari-hari aku duduk rumah.Kalau mahu keluar sekalipun,terpaksa tengok mood Razif bagaimana.Ya,memang benar aku ada kereta.Tetapi,Razif takut apa-apa terjadi kepadaku.Dia lansung tidak izinkan aku bawak kereta terutama waktu kandunganku masih awal ini.Terpaksa aku ikut kerana takut nanti digelar isteri derhaka pula.

“Abang banyak kerjalah.Banyak kes yang abang kena siapkan ini,sayang.’,katanya sambil senyum kepadaku.

Aku hanya senyum sahaja.Dalam hatiku,mengeluh lemah.Bosan.Itu sahaja perkataan yang bermain di benak hatiku ini.Razif memang suami yang baik.Cuma dia terlalu sibuk dengan kerjanya sahaja.

Aku pun duduk bersandar di bahunya sambil memandang dia menyiapkan kerjanya.

Tidak lama lepas itu,adik iparku,Mikael yang tua denganku hanya setahun turun tangga sambil membawa hadiah seakan mahu pergi ke majlis perkahwinan.

“Mikael,nak pergi mana?’,

“Nak pergi dewan.Ada kawan kahwin hari ini.Kenapa tanya?Nak ikut ke?’,kata Mikael kepadaku.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

“Pergilah siap.Mikael tunggu dalam kereta’,katanya lalu keluar dari rumah.

Aku memandang Razif.Razif memandangku.Aku cuba membuat muka secomel boleh.Kalau boleh,aku siap mahu buat Gwiyomi lagi agar dia mengizinkan aku pergi.

“Ok lah.Abang izinkan.Tapi baik-baik tau’,katanya lalu mencubit pipiku.

Aku tersenyum.Mahu sahaja aku menjerit di situ.Tetapi,ibu mertuaku ada di situ sedang menjahit.Apa yang aku mampu buat ialah dengan memeluk suami yang ku sayangi itu.

“Sayang abang’,kataku sambil mememeluknya.

Aku pun mengikut Mikael pergi ke majlis perkahwinan rakannya itu.Ternyata aku dan Mikael mempunyai minat yang sama.Kami suka lagu yang sama,artis yang sama,dan banyak lagi benda yang sama.Aku selesa sekali dengannya.Dalam kereta sewaktu mahu pergi majlis itu,kami asyik menyanyi sahaja dengan sekuat-kuatnya sehingga pemandu sebelah pun menoleh ke arah kami.Kami tidak kisah.Yang penting,kami happy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience