BAB 2

Romance Completed 8106

Aku pun duduk di tempat dia.Ternyata lelaki itu belajar Engineering rupanya.Patutlah nampak pandai.

Setelah puas menggunakan komputer itu,aku mula rasa bosan.Aku mahu Skype dengan Aina.Tetapi,lelaki ini belum ada tanda-tanda mahu berhenti lagi.Aku pun mengambil keputusan untuk tidur sementara menunggunya.

Aku tersedar daripada tidur.Aku menoleh ke arah sebelah.Lelaki itu sudah tidak ada.Aku bingkas bangun.Sedang aku terpisat-pisat aku terdengar,

“Awak dah guna komputer sudah 3 jam.Semua pelajar di sini perlu guna komputer sampai 2 jam sahaja.Jadi,awak kena bayar RM100 sebagai denda.’,kata pelajar perempuan yang bermuka garang itu.

Aku terdiam.RM100?Aku rasa mahu menangis sekarang ini juga.Kelibat lelaki itu lansung aku tidak nampak.Terpaksa aku mengeluarkan RM100 pemberian ayah kepada perempuan itu.

Aku terus mencapai begku lalu keluar dari perpustakaan itu.Aku rasa mahu menangis sekali.Pengalaman minggu pertaman di universiti ini sudah jadi begini.Aku tidak tahu apa lagi kejadian buruk yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Aku terus berjalan dengan lemah.Aku rasa janggal sekali di universiti ini.Semua di sini memandangku seperti nampak hantu sahaja.Walaupun mereka tak anggap begitu,aku sekadar mengaagak yang mereka membenciku.Aku terus berjalan dan terus berjalan sehingga nampak kakak seniorku,Kak Asyikin.Aku rasa gembira sekali.Aku terus berjalan ke arahnya walaupun aku tahu dia sedang belajar di situ.

“Aisya,duduklah’,katanya takkala nampakku.

Aku pun duduk di sebelahnya.Aku terus memeluknya.Aku menangis di bahunya.Entah mengapa,aku tidak dapat tahan emosiku hari ini.Mungkin sebab aku diserang penyakit P.M.S agaknya.

“Kenapa ini,dik?Cakaplah dengan akak’,katanya sambil menenangkanku.

Baru aku mahu ceritakan kepadanya,aku terdengar sebuah suara yang aku sangat kenal sekali suara itu.

“Nah RM100 duit kau aku ganti balik’

Aku terus menoleh ke hadapan.Lelaki itu dengan muka selamba duduk di hadapan kami berdua.Aku terus mencapai duit itu dan masukkan ke dalam begku.

“Kenapa kau duduk sini?Tak ada tempat lain ke nak duduk?’,kataku dengan geram.

“Kau diam.Kau budak kecil dekat sini’,katanya dengan selamba.

Aku terdiam.Rasa benci aku terhadapnya mula membuak-buak.Kak Asyikin hanya tersenyum sambil menenangkanku.Dia seakan faham perasaan aku.

Aku lihat,lelaki itu belajar dengan kak Asyikin.Lelaki itu seakan fokus sekali sewaktu belajar.Dari raut wajahnya,aku dapat agak yang dia ini seorang yang pandai.Dia pandai sekali dalam bidang Engineering ini.Lukisan-lukisannya sungguh cantik.

Dalam masa sekejap sahaja,dia mampu menyiapkan lukisan bangunan secantik itu.Kalau aku,mesti ambil masa berjam-jam ini kalau nak siapkan lukisan macam ini,kataku yang terpegun dengan kehandalan lelaki itu.Mujur,aku mengambil bidang pendidikan.Jadi,otakku tidak perlu tekanan sangat seperti mereka berdua ini.

Setelah minum banyak air,aku rasa mahu terkencing pula.Aku melihat sekeliling kalau-kalau ada nampak papan tanda tandas.Ternyata tidak ada.

“Kak,teman saya pergi tandas boleh?’,kataku setelah lama bertahan.

“Ish diamlah.Kau ini memekak sahajalah.Kacau aku dengan dia ajalah kau ini’,kata lelaki itu dengan marah.

“Razif,tak baiklah kau ini.Ok jom.Akak teman’,kata Kak Asyikin lalu menarik tanganku pergi dari situ.Sambil berjalan pergi,aku sempat menjelirkan lidah kepada lelaki itu.Baru puas hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience