BAB 1

Romance Completed 8106

“Boleh tak kalau Aisya pergi jalan-jalan dulu atau ke cyber café coz akak ada perbincangan lagi ni,’’ ujar Kak Asyikin kepadaku.

Aku mengangguk tanda setuju dan segera bangkut dari kerusi yang ku duduk tadi.

Aku pun berjalan ke arah CyberCafe itu.Ramai sekali pelajar yang mahu guna komputer hari ini.Aku mengeluh lemah.Dalam hatiku,tidak henti-henti menyesal kerana terlupa mahu charge komputer ribaku semalam.Nak tak nak,aku kena komputer di sini.Sudahlah aku baru di sini.

Setelah mendaftarkan diri,aku pun mencari tempat kosong.Ternyata ramai pelajar pada hari ini yang turut mahu menggunakan komputer.Aku tidak boleh berputus asa.Mataku terus mencari tempat kosong.Hatiku berlonjak gembira takkala nampak komputer kosong di situ.Aku pun berjalan pantas ke situ.

Baru aku mahu duduk,lelaki yang menggunakan komputer di sebelahku itu meletakkan buku-bukunya di situ.Penat aku berdehem,lelaki itu buat pekak sahaja.Aku mula geram.

“Harapkan muka sahaja kacak,pekak rupanya’,kataku dengan perlahan.

Dia memandangku.Aku mula cuak.Kuat sangat ke aku cakap,bisikku dalam hati.

“Assalamualaikum.Mak awak tak ajar bagi salam ya?’,katanya.

Aku terdiam.Aku rasa malu sekali diherdik begitu.Ish kenapa aku lupa bagi salam ini,bisikku dalam hati.

Dia terus mengangkat bukunya selepas kata begitu.Aku ingat,dia mahu pergi rupanya tidak.Dia masih duduk di situ.

Aku pun menekan butang Skype.Rasa tidak sabar sekali mahu Skype dengan rakan baikku,Aina.

“Hai Aisya!!Best tak dekat sana?’,kata Aina dengan teruja.

“Best lah jugak.Tapi kita nak balik Johor lah.Kita rindu ibu dengan ayah kita’,kataku dengan lemah.

“Ala relakslah.Lama-lama awak biasa lah.’,kata Aina lalu tersenyum.

Aku hanya mengiyakan sahaja.Ternyata pengalaman berpisah dengan ibu bapaku ini membuatku rasa ini sebagai titik hitam dalam hidupku.

“Dah la.Malas nak fikir semua itu.Aina,awak kata awak nak cakap fasal budak lelaki yang awak minat dengan universiti awak tu.Siapa nama dia?Ceritalah’,kataku yang sengaja menukar topik agar hariku tidak bertukar kesedihan.

“Errmm.Rasanya macam tak bolehlah.’

‘Kenapa ini?’,kataku takkala melihat riak wajah Aina yang tiba-tiba berubah

‘Abang kita ada dekat belakang awaklah’

‘Abang awak yang mana?Bukan abang awak belajar dekat KL ke?’

‘Itu Mikael.Ini Razif.Abang pertama kita.’

Aku terus menoleh ke belakang.Aku lihat,lelaki poyo tadi terkejut takkala perasan aku menoleh ke belakang tiba-tiba.

“Apa dia?’,katanya dengan sombong.

‘Patutnya saya yang tanya awak,awak dah kenapa nak sibuk dekat sini.Saya nak Skype dengan kawan baik saya lah’,kataku dengan geram.

“Aina itu adik aku.Kau itu kawan dia.Dah ke tepi.Aku nak Skype dengan dia pula.’,katanya terus menolak kerusiku ke tepi.

Aku mula geram.Ikutkan hati,mahu sahaja aku gantung lelaki ‘gila’ ini di kipas syiling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience