Bab 7

Humor Series 41240

Setibanya di café hotel yang telah ditempah oleh papa, kami mengambil tempat masing-masing. Setelah memesan makanan kami berbual-bual sambil menunggu ketibaan tetamu.

“Assalamualaikum Sir Asraf Maureen.” Seorang lelaki dalam lingkungan umur papa datang menyapa kami lalu menghulurkan tangan kepada papa untuk bersalaman. Papa berdiri tanda hormat lalu menyambut huluran tangan lelaki itu.

“Waalaikummussalam..silakan duduk.” Jawab papa sambil menghulurkan senyuman yang cukup manis buat sahabatnya. Kemudian, papa duduk kembali di tempat duduknya.

“Mana isteri you and your son ?” Tanya Papa.

'Your son? Apa makna semua ni? Takkan mama dan papa ada rancangan lain pula? Erk' fikirku dalam kepala.

“Owh..ada ..diorang pergi toilet. Ahh,tu pun mereka,” kata kawan papa sambil tanganya menunjukkan isteri dan anak lelakinya sedang berjalan ke arah meja kami.

Aku memandang ke arah pemuda yang tinggi lampai berkulit cerah dan bercermin mata yang sedang berjalan menghampiri kami.Kejap,kenapa aku macam kenal je dengan lelaki tu.

“Hai uncle,auntie... Sihat ?”sapa pemuda itu sopan. Senyumanmanis dilemparkan kepada mama dan papa dan kemudian matanya beralih ke arajh aku. Kali ini dia merenung lama sikit dari pandangan yang diberikan pada mama dan papa. Apa pula maknanya ni?

Dia yang menyedari jelingan maut aku terus menghadiahkan kenyitan mata dan senyuman sinis kepada aku. Kenapa mamat ni boleh cakap Melayu? Bukan ke dia orang Singapura? Selalu cakap mat saleh 24 hours!

“Kalau ya pun nak sapa kami ni duduk la dulu anak,”jawab mama ku ramah. Mama pun kenal mamat perasan ni? Apa semua ni? Apa yang sedang berlaku ni?

“Kami ni sihat je, kan?” soalan papa yang ditujukan kepada aku hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman yang sengaja dibuat-buat.Macam ada sesuatu yang bermain di fikiran papa. Tricky!

“Zahra,you macam mana sekarang ?”tanya wanita yang anggun mengenakan baju gaun biu muda yang berjalan bersama mamat perasan tadi. Mungkin mamanya..bisik hatiku.

“I ? macam ni la ..Tapi yalah sejak anak dara I ni yang menguruskan syarikat tak la sibuk sangat...” Mata mama terus mengerling ke arah aku. Terus aku tersipu malu-malu kucing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience