Bab 3

Humor Series 41240

Kini kami berdua tiba di seat hadapan.Rupa-rupanya Ila menempah tempat duduk yang paling depan! Aish...budak ni sorang ada-ada je lah. Aku ingatkan duduk belakang sikit ke. Ini betul-betul boleh pegang penyanyi kalau dia hulur tangan la. Sampai macam tu sekali.

Tak henti-henti dia tersenyum. Seronok sangat. Kami mengambil tempat masing-masing. Selang beberapa minit kemudian,muncul dua orang pengacara majlis yang segak dan anggun mengenakan tuksedo dan gaun masing-masing.

“Hadirin sekalian. Terima kasih kerna sudah sudi hadir di konsert Afghan Riza ini.” Suara pengacara lelaki dengan bahasa Indonesia yang mendalam. Sedap juga sesekali aku mendengarnya.

“Tanpa membuang waktu,kami menjemput Afghan Riza ke atas panggung.” suara pengacara perempuan pula dengan diikuti jeritan serta tepukan yang gemuruh dari para penonton.Termasuk orang yang disebelah aku ni. Hishh,perempuan..perempuan..Ehh,aku kan perempuan jugak tapi alhamdulillah mujur aku tak jadi macam orang kat sini.Semua macam tarzan menjerit sana-sini.

Mujurlah di konsert. So memang begitulah fiil nya. Teruja campur gembira sama dengan tarzan. Haha. Semakin kuat jeritan dari para penonton apabila mereka melihat kelibat lelaki yang diminati dengan kata lain yang lebih sesuai adalah ‘digilai’. Tengok dekat-dekat aku akui memang kacak orangnya. Aku pun sama berangan bila dia melemparkan senyuman kepada kami. Auwww!

“Assalamualaikum semua. Maaf ya kerna sedikit terlewat dari masa yang dijadualkan. Tapi enggak apa-apa kan? Kamu semua masih okay menunggu saya sebentar saja lagi?” Kata penyanyi itu cuba mengajuk bahasa Indonesia kerana rata-rata peminat yang hadir adalah orang tempatan Indonesia sendiri.

“Ya..enggak apa-apa. Kami emang mahu nungguin Afghan sih,”jawab semua yang ada di sini kecuali aku.

“Aduh... Terim aksih pada semua. Apakah kalian udah enggak sabar untuk dengar aku nyanyi? eh, betul atau enggak apa yang aku bicarakan ini,”seloroh penyanyi lelaki di atas pentas ini.

"Benar mas!" teriak salah seorang peinat perempuan dari belakang. Wajahnya tak dapat aku nak cam mana satu.Smpai macam tu sekali respon dan galakan peminat dia.

"Terima kasih yang menjawab. Alhamdulillah ada peminat di sini," katanya lagi mengundang deraian ketawa penonton.

Alah...Nak basa-basi pulak mamat perasan ni.Gumam aku dalam hati. Nak nyanyi, nyanyi je lah cepat. Main tarik-tarik pula dengan penonton. Mujurlah mereka ni faham juga bahasa kau. Kalau tidak mahu menganga semua orang. Bahasa Indonesia pun bukan nya betul sangat. Tapi supporter ramai so okay lah.

Setelah itu,dia mula mengalunkan satu persatu bait liriknya.Tanpa aku sedari mulut aku terkumat-kamit mengikuti baris-baris lirik yang dinyanyi olehnya. Sedap jugak suara mamat ni. Lagu pun not bad. Layan juga. Aku macam biasalah naik berangan sorang-sorang. Ila yang duduk sebelah aku ni macam dah naik syeikh sorang-sorang. Aku kat sebelah dia ni macam tak wujud dah.

Aku perhatikan sahaja lah dia enjoy. Tapi persembahan penyanyi lelaki ni memang menarik. Kira kata best lah. Patutlah si Ila ni seronok sangat nak pergi konsert dia. Penyanyi handsome, suara sedap lagu pun ok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience