Bab 4

Humor Series 41240

Satu persatu lagunya dialunkan dengan merdunya.Tanpa disedari tiga buah lagu sudah dinyanyikannya. Sebelum dia meneruskan lagunya yang keempat,ada satu kejutan untuk semua penonton iaitu Afghan Riza akan memilih diantara beribu-ribu wanita di sini untuk menyanyi bersamanya.

Terus Ila menggeletis. Dia pun turut smaa menjerit nama Afghan supaya dipilih. Tangannya dilambai-lambai ke arah penyanyi lelaki itu. Aku tengok pun dah senyum dan geleng kepala. sampai macam ni sekali kawan aku histeria tengok penyanyi lelaki ni. Aku keluar phone dan lihat instagram. MAlas nak tengok apa yang terjadi depan mata aku sekarang ni. haha

Aku yang sedang ralit menghadap iPhoneku terkejut apabila menyedari Ila melihatku sambil tersenyum-senyum. AKu kehairanan mengangkat kening.

“Apahal kau tengok aku macam tu?”tanyaku. Tadi macam tak nampak aku sekarang dok senyum-senyum aku hairan lah pulak.

“Tahniah Sha.Cuba kau pandang depan. Ada kejutan.” katanya ringkas. Kali ini dia pula yang naikkan kening sebelah sambil tengok aku. Aku pulak cuba mengoyakkan senyuman. Takkan aku kot? Alih-alih pandang terus nampak muka penyanyi lelaki handsome ni. Afghan Riza!

Mak aih! Terkejut aku bila menyedari Afghan Riza menghulurkan tangannya kepadaku. Siap tersenyum manis lagi.

Tanpa mendengar jawapanku,dia terus menarik tanganku ke atas pentas. Aku kaku. Rasa nak turun balik tapi nanti menjatuhkan air muka si mamat ni pulak. Aku cuba kawal diri dan ras amalu aku. Pipi aku memang dah merah dah sejak aku terlihat muka dia depan pentas tu.

Aku disuruh duduk di atas kerusi yang disediakan.Aku cuba menarik tanganku dari genggamannya namun semakin aku cuba semakin erat tanganku digenggam. Gatal pulak mamat ni kan. Geram je aku tengok. Mujur ramai orang di sini. Kalau tak aku jerit dah kat muka dia.

Tiba-tiba dia mengalunkan sebuah lagu. Lagunya aku tak ingat tajuk. Tapi kenapa macam kenal je lagu ni.

“Finally,I found you but I don’t expect here.” bisiknya di telingaku tapi nasib baik dilindungi oleh tudung yang melitupi kepalaku. Aku kebingungan.Mamat ni kenal ke aku? Macam mana dia boleh tahu lagu ni. Pelik sungguh aku rasa.Tak selesa dia rapat-rapat dengan aku pun ya juga.

Tanpa rasa bersalah dia meneruskan nyanyiannya. Aku cuba mengawal debar didada yang semakin menggila.Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya di wajahku. Haih. Ini dah lain macam. Apa pula dia nak buat.

Dengan pantas aku menoleh. Dia tersenyum bila menyedari jelingan aku. Ingat aku terpikat ke ahh dengan lelaki macam kau ni? Memang tak lah!!! Geram pula aku pada dia sebab cuba nak menggatal lagi. Sabar Sha... Tangan aku ni dah ringan je. Kalau tak sabar, naik dah tangan bagi satu das lempangan kat pipi dia. Tak kiralah handsome ke tidak. Kena juga dia ni kejap lagi dengan aku.

Aishah dah tak mampu nak senyum. Mukanya dah mula masam ada, kelat pun ada. Perasan dengan perubahan mood Aishah, penyanyi lelaki itu menjarakkan dirinya sedikit dan memberi ruang kepada Aishah. Aishah dah mula memberi jelingan tajam macam singa nak makan orang.

'Tahu pun nak ke sana sikit. Kalau tak, asyik nak menghimpit je. geram aku dibuatnya,' kata Aishah dalam fikirannya saja. Tap imata masih menjeling dan bibir takmenguntum senyuman macam kerang busuk lagi. Memang dah maksimum marah agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience