Deruan ombak bagai mengalirkan setiap rasa yang mengcengkam hatiku .Aku menguntum senyuman ,sengaja ingin melepaskan kebuntuan yang kini beraja dalam jiwa.Mengapa semua ni terjadi padaku. Kini aku cuba merehatkan minda yang sedang kacau ini di kampung Asya iaitu di Kelantan.Aku benar-benar memerlukan masa bersendirian.
Aku mengorak langkah menghampiri sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis makanan laut yang segar. Aku memesan coconut milk shake serta bihun tomyam seafood. Aku mengeluarkan iPhoneku.Tertera banyak missed call dari nombor yang tak pernah aku kenali. Aku mendail nombor tersebut semula.
“Assalamualaikum..”kedengaran sebuah suara yang cukup aku kenali menjawab panggilanku.
“Waalaikummussalam encik..Maaf encik..Encik siapa,erk?”tanyaku.
“Sha,this is me Afghan..your future husband..takkan you tak kenal suara I?”jawabnya.
Aku terpegun lalu menutup panggilan. Aku mengaup mukaku perlahan...
Beberapa saat kemudian,pelayan datang membawa makanan yang dipesan.Perutku sudah menangis kelaparan,makanan pun nampak sedap.Sekelip mata mamat perasan hilang dibalik bihun tomyam aku.Hahaha...
*****
Setelah puas bersiar-siar di sekitar pantai,aku terus mengambil tempat di pinggir pantai untuk melihat keindahan cipataan tuhan iaitu semestinya matahari terbenam.Sedang ralitku dibuai keindahan ciptaan ilahi.
“Hai..”tegur seorang pemuda. Aku memalingkan kepalaku untuk melihat pemuda tersebut. Aik, kenapa aku macam kenal mamat ni? Nak kata mamat perasan tak mungkin kot sebab yang ni tak pakai kaca mata.
Tapi kenapa aku rasa ni mamat perasan? Arghh! Mana mungkin tu mamat perasan sebab yang ni lebih handsome dari mamat perasan tu.
“Hai..”jawabku perlahan.
“Suka tengok matahari terbenam, erk?”tanyanya sambil mengambil tempat di sebelahku.
“Suka..cantik ciptaan tuhan, kan?”jawabku sambil menatap keindahan fenomena alam semula jadi di depan mata ni..
“Yes..semua sempurna..tak de yang tak sempurna.” katanya lagi. Lain macam sebab matanya menghala ke arah aku bukan pemandangan kat depan mata aku ni.
“Erm..encik saya nak tanya boleh?” kata ku meminta izin.
“Boleh..apa dia?” soalnya kembali.
“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” tanyaku kepada mamat handsome depanku ini.
“Dah pun ..banyak kali jugak.” jawapan yang selamba tapi cukup untuk menarik perhatianku.
“Bila tu ya,encik?”soalku kehairanan.
“Dekat sini dah banyak kali lebih kurang tujuh lapan kali lah jugak,dekat konsert saya,dekat hotel...”jawabnya tanpa menghiraukan aku yang sedang kebingungan.
“Dekat sini,dekat konsert ? Setahu saya memanglah sini saya selalu datang tapi konsert tu... ada saya pernah pergi sekali je dalam hidup saya tapi bukan dekat Malaysia... kejap,saya tahu! mamat perasan,erk ?” kataku pantas tak bertapis lagi.
“Mamat perasan ?”soalnya.
Share this novel