Udara yang nyaman membuat aku dibuai oleh perasaan. Mulalah rasa nak berangan sekali. Inilah masa yang terbaik untuk aku merehatkan diri dari terus dibelenggu dalam urusan kerja. Mujurlah aku selalu ada teman disisi yang selalu menemani aku dikala aku senang dan susah. Siapa lagi kalau bukan Syahila.
“Aishah!! cepat datang sini.” Jerit Syahila atau lebih senang dipanggil Ila.
“Apahal yang pagi-pagi buta kau dah menjerit-jerit macam tarzan ni?" marah aku. "Kacau betul la budak sorang ni. Tak boleh tengok orang senang sikit. Ada je nak mengganggu," kataku lagi.
“Ni,cuba kau tengok lelaki ni. Ni lah Afghan Riza, penyanyi Singapura yang terkenal tu. Yang aku selalu cerita pada ka tu. Inilah dia! Auwww.” Ila bagaikan sudah seperti orang angau melihat gambar penyanyi pujaannya.
“Habis tu kenapa? Bukan aku kenal pun lelaki ni. Kau ni dah kenapa?”tanya aku tidak puas hati.
“Handsome gile dia Sha..Ha,tu kau tak cuba tengok dia tak pakai cermin mata,lagi handsome dari ni. Kalaulah aku ni boleh jadi kekasih dia..mesti akulah wanita yang paling gembira dalam dunia ni, kan?" Angan si dara yang tak sudah-sudah. Ila dah menggeletis teringat kekacakan penyanyi itu. Tak henti-henti dia tersenyum. Dah macam kerang busuk pun ada ditambah pula dengan perangai gatal dia dah keluar. Sama sangat.
“Mana ada handsome..biasa je aku tengok... Kau ni je yang angan lebih-lebih. Nak bercinta dengan penyanyi seberang. Macamlah kau boleh dapat!” selorohku. Sengaja menidakkan tapi dalam hati aku pun suka melihat penyanyi lelaki yang satu ini. Memang kacak. Macam tag line marketing jenama tu, Terlajak Kacak!
"Tak payahlah nak berpura-pura. AKu tahu kau pun nak kata dia handsome sebenarnya. Tapi kau malu-malu. Haha," Kata Ila sambil hujung jari telunjuk kanannya mencuit bahu pipi aku. Tergelak juga aku dibuatnya.
"Suka-suka hati je kau kan? Main cuit-cuit. Kau ni ada benda nak bagi tahu aku ni. Tapi macam segan. Ke kau ada buat salah dengan aku. Baik cakap sekarang!" Aku sengaja mengugut dengan muka serius.
“Tak ada maknanya. Suka hati kau lah nak fikir apa pun... yang penting kau kena teman aku hari ni.” balas Ila.
“Pergi mana pulak? Kalau aku tak nak pergi kau nak buat apa?” tanyaku lagi sengaja menaikkan darah kawan sendiri.
“Hari ni dia ada buat konsert dekat area ni.Aku dah beli pun tiket untuk kita berdua. So kau kena pergilah. Tak boleh tidak!” tegas Ila. Dia pun sengaja nak membalas dan menaikkan darah aku ni. Tak puas hati agaknya.
“Hah? Memandai je kau beli tiket untuk aku. Dah la tak tanya. Main beli aje. Skerang ni, aku cakap betul-betul yang aku tak nak pergi. Titik.” kataku sedikit menggertak. Sengaja nak tengok reaksi minah sorang ni. Menggelabah ke tak.
'Chop. Betul ke aku tak nak pergi? Tiket konsert free ni kot. Ila dah tolong sponsor kot. Kang aku juga yang rugi kalau tak pergi. Ye ke tak?" soal aku dalam diam.
“Argh! Aku tak kira kau kena pergi jugak kalau tak aku balik Malaysia. Tinggallah kau sorang-sorang kat sini mereput. Kalau kau nak macam tu, aku okay je. Memang peluang aku dah terbuka luas untuk tak mahu pedulikan kau,” kata Ila. Kali ini di amengugut guna isu tingal-tinggalkan pula. Nak kena dia ni!
Tanpa menunggu jawapan dariku yang dah terlopong dengan ugutannya tadi, Ila terus mengatur langkahnya meninggalkan aku sendirian. Ini tak boleh jadi!
Share this novel