“Bertuahlah you berdua ..yelah syarikat perkapalan Asraf diuruskan oleh your son ni syarikat batik you pulak diuruskan oleh your daughter..Boleh la you all berdua rehat sikit kan..”luah auntie Safiah.
“Alhamdulillah Pia...Semua ni rezeki dan kurniaan dari Ilahi. Kalau dia tak nak, kena juga I buat semuanya sendiri,” jawab mama sambil mengusap-usap bahuku. Aku cuma tersenyum,mengiakan tidak,menidakkan tidak.Senyum je la. Macam biasa.
“Aishah,kan? Kalau tak silap uncle ...” tegur uncle Razlan.
“Yes, uncle ... Aishah Aqila Maureen...”jawabku dengan sopan disertakan senyuman yang manis. Bangga je aku sebut nama sendiri. Harap uncle Razlan tak perasan fasal hal itu.
“Dah besar kamu ya,semakin cantik pulak tu..ya tak,ma ?” kata uncle Razlan menjeling ke arah isteri di sebelahnya. Tambah malu-malu kucinglah aku dibuatnya apanbila dipuji sedemikian.
“Ye la pa .. lama tak jumpa budak ni dah besar dah. Memang dari dulu lagi cantik,kan ? Auntie ingat lagi kamu waktu kecil-kecil dulu memeng comel. Memang auntie pun geram. Bila dah besar ni memang cantiklah kan,”ujar Auntie Safiah. Senyuman meleret apabila teringat wajah aku masa kecil-kecil dulu.
Kata-kata auntie Safiah cuma dibalas dengan senyuman. Blushing dah pipi aku n. Karang mengaku ,jadi macam orang dekat depan ni pulak. Perasan handsome tak habis-habis. menyampah aku.
“Pa,mama kan berkenan sangat dengan Aishah ni,dah la cantik, merendah diri, bijak dan yang paling penting pandai jaga aurat, kan pa ?" kata auntie Safiah lagi. Matanya tak habis-habis menjeling anak lelaki yang duduk disebelahnya. Dia apalgi tesengh-sengih je la.
“Betul tu mama..Papa setuju ..tapi ma, sebelum nak masuk taman larangan,kita kena tanya tuan punya taman bunga dulu boleh tak ,nak memetik bunga mawar berduri dalam taman ni?” seloroh uncle Razlan.
Aku dan Afghan saling berpandangan. Dia merenung tajam ke dalam anak mataku. Aku yang mula menyedari pandangan tajamnya melarikan anak mata ke arah lain. Kegelisahan mula mengcengkam hatiku. Terus rasa tak sedap hati!
Biar benar apa yang aku dengar dari mulut kedua-dua orang tua Afghan ni. Dah lah aku terkejut mereka rupanya saling berkenalan. Sekarang nak memetik bunga di taman larangan pula. Ini tak boleh jadi.
Apakah ini memang sudah lama dirancangkan. KAlau tak masa mama dan apap beria-ia benar mahu aku mengikut mereka untuk acara dinner ini. Aku ni dah tertipu ke? MAsuk jerat mama dan papa sendiri yang buat?
Nasib... Nasib!
Share this novel