Bab 2

Humor Series 41240

“Sha....Kau dah siap ke belum? Apa yang lama sangat tu.” tanya Ila.

"Sikit lagi. Kejap la. Kau tunggu je diam-diam kat situ boleh tak? Bisinglah kau ni. Aku dah kata tak nak pergi, kau ugut. Sekarang macam ni pula. Paksa-paksa suruh cepat. Hidup kau ni memang macam ni eh?" bebel ku dari dlaam bilik. Bengang pula ken apaksa dengan si Ila ni. Minah ni memang nak kena!

"Iyalah. Kot ye pun cubalah cepat sikit. Hari tu kata tak nak. Sekarang ni beria-ia pula kau bersiap. Pelik lah aku." balas Ila tak mahu kalah dengan bebelan panjang aku macam kereta api laju tadi. Eh?

Aku menguak pintu perlahan. Aku bagi pandangan sinis pada Ila. Kecik je mata aku tengok minah ni. Dia boleh buat tak tahu je. Pandangan sepi dia balas balik.

“Dah...”jawabku dengan malas tapi excited pun ada sebenarnya. Yelah first time jumpa artis Singapore face to face. Handsome pulakk tu. Ha... dah termengaku pulak.

“Jom!”jawabnya sambil menarik tangan kananku. Macam tak ada apa-apa pula yang berlaku.

"Oi. tak payah tarik-tarik. Tak kemana hilangnya penyanyi kesayangan kau tu." sengaja Aku membakar.

"Cepatlah.. kita dah lambat ni tahu tak?" kata Ila lagi. Geram dah kot dengan aku. Haha

Kami menaiki kereta kepunyaan papaku.Kereta ini memang sudah disediakan di villa milik keluargaku supaya mudah untuk kami pergi keluar bersiar-siar di bumi Indonesia ini tanpa perlu menyewa mana-mana kenderaan. Kebetulan pula, villa ini dijaga oleh kawan papa jadi lebih memudahkan apabila kami meminta disediakan pemadu juga.

Mujurlah pemandu yang dicadangkan oleh kawan papa sangat baik dan ramah. Terhibur juga kami berbual dengannya. Kalau nak harapkan si Ila pastilah bertekak kami jadinya nanti. Masing-masing nak menang kan. Tambahan pula dia dah lah geram dengan aku fasal aku tak mahu pergi ke konsert ini untuk menemani dia.

Jalan tidak pula sibuk dan macet bak kata orang tempatan di sini yang membawa erti kesesakan lalu lintas atau orang KL panggil 'jam'. Kedengaran poyo pula.

Setelah lebih kurang sepuluh minit perjalanan kami akhirnya sampai jua ke destinasi yang dituju. Ila sangat teruju. Nampak wajahnya tersenyum sentiasa apabila kami melangkah keluar dari kereta.

"Nanti kami telefon bapak ya selesai konsertnya," kataku berbahasa basi. Pemandu itu hanya mengangguk sebelum menghadiakan kami senyuman.

"Cepatlah Sha. Jom ikut aku ke depan. Aku nak ambil tempat paling depan sekali. cepat. Cepat,”suara Ila yang terlebih excited. Nak tergelak aku dibuatnya. Jarang sekali dia berkelakuan sebegitu bila kami berdua. Hanya untuk certain occasion sahaja.

Tak mahu membuatkannya bengang, aku cuma mengikut langkahnya tanpa banyak soal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience