Bab 5

Humor Series 41240

Apabila selesai menyanyikan dua buah lagu lagi, maka akan berakhirlah konsert ini. Aku pun dah tak tahan dah duduk atas pentas ni macam patung cendana yang boleh diperlakukan sesuka hati. Aku pelik kenapa laa sangat mamat ni tahan aku kat atas pentas. Bukan aku buat apa pun. Jadi patung cendana, aku ulang. Entah apa-apa aktiviti untuk konsert ni.

Aku pun tambah pelik apabila melihat gadis-gadis dihadapanku yang menangis teresak-esak kerana tak terpilih. Meraung-raung kat bawah pentas, menjeritbagai. Aku nak je bagi tempat aku ni kat mereka supaya senyap sikit. Memang tak ada harga diri betul la, ke macam mana? Menangis sebab lelaki yang tidak mungkin jadi milik mereka.Aku yang duduk kat atas ni macam duduk dalam neraka.Tapi tidak mustahil bagi Allah kan?

Dalam kepala ku ni rasa nak turun je. sebab aku tak ada ungsi apa pun kat atas pentas. Tapi mamat ni asyik jalan-jalan keliling aku macam aku ni pelakon video muzik dia pula. Ala.. macam klip video penyanyi tahun 80-an atau 90-an tu... Ada penyanyi ada satu model perempuan buat muka sedih Tapi dalam kes aku ni aku buat muka macam singa. Sebab tadi aku balas senyuman, mamat ni naik menggatal pula.

Lambat lagi ke? Aku nak turun ni! Gumam aku. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya aku di sini. Maafkanlah aku ya Allah bukan ini yang aku mahu. Dipegang oleh lelaki yang bukan muhrimku. Aku nak mengelak! Arghhh ..

Setelah seratus tahun aku rasa, akhirnya berakhir juga konsert mamat tepi aku ni. Dia dah ucap terima kasih dan selamat malam. Habislah maknanya kan. Aku bangun dari duduk dan cepat-cepat cuba mengatur seribu langkah ke arah Ila. Kalau papa tahu aku jadi 'model ala klip video era 90-an' ni, habis aku kena leter tiga hari, tiga malam.

Tiba-tiba Afghan Riza memaut bahuku. Aku baru melangkah sikit kot. Tajam pula mata di mamat ni. Ingatkan dia dah tak perasan sebab ramai pulak krew yang kerumun dia nak bukakan pelatan kat badan dia.

“Perkenalkan ini teman wanita aku merangkap calon isteri aku. Namanya Aishah Aqila Maureen.” katanya kepadaku. Aku tercengang seketika apabila mendengar perkataan 'calon isteri aku' tu. Rasa nak terbatuk kuat pun ada sebab rasa nak tersedak!

Aku memandangnya dengan pandangan yang tajam. Setelah rasa nak tersedak tu hilang sikit, aku pula bersuara.

“Macam mana kau tahu nama aku?” tanyaku dengan tegas. Suara pun dah meninggi sikit. Tak kisahlah dia nak fikir apa.

“Of course I know your name, sayang...”jawabnya tenang. Siap tersengih lagi. Tangannya menyentuh lenganku dan kemudian melepaskannya. Tipulah aku tak tergoda. Tapi hal ini belum settle! Aku tak habis lagi soal siasat dia macam amana dia tahu nama aku. Sedangkan aku tak pernah kot jumpa dia sebelum ini. So aku buat muka bitch face lagi.

“Gila! I don't know you. How could you can come up with that kind of statement? This is ridiculous!” jeritku. Nasib baik tak kuat sangat kalau tak jatuh maruah papa aku.

Aku menolak dengan sekuat hati tubuhnya yang nyaa rapat dengan tubuhku dan terus berjalan meninggalkan Afghan yang sedang termanggu terkejut dengan tindakanku sebentar tadi. Aku menarik tangan Ila dan menuju ke pintu keluar. Panggilan dari Afghan langsung aku tidak hiraukan. Mamat ni memang gila ada ke patut cakap kat semua aku ni teman wanita dia da merangkap calon isterinya. Sah memang dah sewel dah mamat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience