BAB 3

Humor Completed 706

Selesai menunaikan solat maghrib, mereka semua dikehendaki melaporkan diri di dewan. Antara tidak percaya mereka yang bergelar pelajar baru suatu ketika dulu kini sudah menjadi biasa akan tugas yang perlu dilakukan. Masa 6 bulan begitu pantas berjalan, sehinggakan mereka tidak sedar yang mereka akan menghadapi peperiksaan penting lagi beberapa bulan. Yup! PMR, yang menentukan titik aliran mana yang akan dipilih semasa menaiki tingkatan empat.

“pening kepala la.” Adu Laluna sambil memegang kepalanya. Mereka berempat yang berjalan beiringan ke dewan berhenti melangkah. “aku rasa kau dah mula nak demam la.” Fikir Zana sambil meletakkan telapak tanganya ke dahi Laluna . Farishya hanya membiarkan, dia betul-betul tak larat sekarang ni. kepala pula terasa berat. “kalau macam tu, kau balik kolej puteri dulu la.” Cadang Ecah sambil mengambil kain telekung yang di pegang Laluna kemudian di masukkan ke dalam beg. “nak Dila bagitau kak Wawa ke, mana tahu dia ada ubat untuk sakit kepala.” Dila kemudian besuara. “tak apa la, aku ikut korang ke dewan. Takut aku sorang-sorang dalam kolej tu.” suara Laluna tenggelam timbul memberitahu. “eh! Budak ni, time sakit macam ni pun sempat takut lagi. Kalau kau dah tidur, tak ada maknanya nak piker benda-benda macam ni.” Marah Dila memberi nasihat. Laluna sudah tersengih seperti kerang busuk. Boleh lagi dia senyum dalam keadaan sakit macam ni. “aku n..” belum habis kata-kata yang ingin dicakap, Farishya sudah pun jatuh ke atas jalan raya. “Laluna !” tepik mereka bertiga menarik perhatian Adam dan Hamka yang turut lalu di situ. Laju langkah mereka mendapatkan Laluna yang sudahpun ‘tidur’ di atas jalan raya.

“macam mana boleh pengsan ni.” tanya Hamka cemas sambil memangku kepala Laluna . Mereka yang berada di situ tidak menjawab pertanyaan Hamka , malah pelik dengan kelakuan senior mereka tu. Gila! Sesuka hati dia ja memangku Laluna , walaupun berlapik tetapi keadaan macam ni tetap diaggap tidak sopan. Adam yang berada di sebelah hanya memerhati tindakan berani Hamka memegang dahi Farishya. Dia terasa, gadis yang di sukainya berada di dalam genggaman orang lain. Sepatutnya dia yang berada di tempat Hamka . Tentang perasaan nya pada Laluna juga sudah diberitahu kepada Hamka , tapi kenapa Hamka seaakn lupa. “dia demam panas, panggil kak Wawa cepat!.” Sedikit tinggi suara Hamka membuatkan mereka tersedar dari asyik memerhati. Zana dan Ecah belari mendapatkan kak Wawa, ketua warden kolej puteri yang berada di dewan.

“Gila, gila, gila…” Ecah besuara sambil berulang-alik di hadapan Zana dan juga Dila. Laluna yang baru tersedar sebentar tadi mengerutkan kening tanda tidak faham kelakuan kawanya itu. “apa yang gila?” tanya Laluna setelah mendapat kekuatan untuk besuara. Sudah la baru tersedar dari pengsan, pening-pening ikan masih kekal di kepalanya. Kini kena tengok pula si Ecah membuat senaman ringan dengan belari ke sini sana, menambahkan sakit kepala.

“You know wahat?” tanya Ecah mula berbicara.
“What?” Tanya Laluna pula tidak mengerti. Zana dengan Dila yang menjadi pemerhati dari tadi turut tidak sabar mahu menyampuk dalam perbincangan mereka bedua. Ecah mula melabuhkan duduk di birai katil Laluna dan mula becerita tentang kejadian saat dia pengsan sehingga sampai ke sini.

“What?” Giliran Laluna pula terkejut beruk. Ok! Bukan beruk, Cuma terkejut macam tu ja. Pernah tengok beruk terkejut? Apa! Tak pernah, ok! Korang cari je la kat youtube, godek-godek tengok. Mesti ada. Ha! Macam tu la rupa si Laluna waktu tu.

“Kan aku dah cakap, kau lagi terkejut kan.” Ecah besuara serius. Zana dan Dila hanya mengangguk. Seakan tidak percaya, Laluna sudah mula memandang ke syiling. Membayangkan keadaan yang diceritakan oleh Ecah tadi. “hahahhaha, alhamdulilah!” ketawa Laluna sambil menadah tangan, tanda syukur dan meraup mukanya. “hah!” kini mereka bertiga pula yang terkejut. Jatuh rahang bawah mulut tanda tidak percaya. Melopong.

“Uit, kau ni. macam suka je. Bukan ke sepatutnya kau marah. Setahu aku kau pantang kalau orang lelaki bukan mahram kau sentuh badan kau?” soal Zana pelik.

Laluna sudah mula gelabah, merona merah pipinya seaakan baru lepas memakai pemerah ppi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience