BAB 7

Humor Completed 706

“kau pun suka dekat Laluna kan. Sanggup rampas kekasih sahabat sendiri.” Khairul menambahkan bara ke atas api yang sedang marak menyala. Laluna sudah pun memegang ppinya, perit terasa. “tapi sekarang aku dah tak kisah, kau boleh ambil dia. Tapi sebelum tu..” Khairul memberhentikan kata, dia sekali lagi menampar pipi Laluna . “kau panggil aku setan kan. Sekarang kau tengok setan ni mengamuk.” Kata-kata keras Khairul dilemparkan.

“woi bangsat! Sejak kecil Laluna tak pernah kena pukul.” Tepik Hamka geram. Adam yang berusaha melepaskan diri terhenti. Kepalanya seratus peratus berpaling memandang Hamka di sebelah. “begitu hebat cinta Hamka pada Laluna , sampaikan kehidupan Laluna turut di ketahuinya.” Fikir Adam dalam hati.

Semakin kuat Khairul ketawa, “kau tengok tu. Hamka boleh tahu pasal Laluna lebih dari kau adam.” Sengaja Khairul menimbulkan perbalahan. Laluna sudah tak tertahan air matanya, mengapa semua ni harus berlaku. Dia tidak meminta semua begini, adakah ini ujian dari Allah padanya.

Khairul yang baru nak menampar Laluna sekali lagi kini sudah terjatuh ke lantai. Di pegang pipinya yang terasa perit di ditumbuk oleh Hamka . Entah bila lelaki tu berjaya melepaskan diri, dia sendiri tak perasan.

Kolar baju Khairul dipegang kasar oleh Hamka . “perempuan yang kau pukul ni ADIK aku, ADIK aku. Bangsat!” teriak Hamka sambil melepaskan tumbukan pada muka Khairul. Hilang kawarasanya.

Ternyata kata-kata yang baru diucapkan Hamka membuatkan Adam seaakan tidak percaya. Ecah yang baru tiba bersama pak gurd juga terhenti dari berlari mendapatkanya. Cikgu Zafuan bersama Dila dan Zana turut terkejut. Masing-masing membantukan diri memerhati Hamka memukul teruk Khairul. Geng-geng Khairul sudah pun bertempiran lari di kejar pak guard.

Laluna memejamkan matanya, jatuh berguguran air mata tanda syukur. Kata-kata itu sebenarnya yang ingin didengar sejak kecil, yang baru di ucapkan abangnya. Ya! Hamka adalah abang kandungnya. Jika kejadian ini mampu mengembalikan kasih sayang Hamka padanya, dia rela andai dipukul seberapa banyak kali pun. Asalkan dia dapat mendegar sekali lagi Hamka mengaku bahawa dirinya adalah adik kandungnya.

“Hamka , sudah!” panggil cikgu lembut mendapatkan Hamka yang tidak berhenti membelasah Khairul, sehingga lembik tak bermaya dibuatnya pada budak tu. Adam turut menghampiri. Laluna sudah berada di kalangan kawan-kawanya, tangisanya begitu syahdu malam ni.

Kringggggggggggggggg… loceng tamat persekolahan berbunyi nyaring. Seketika riuh pelajar belari keluar kelas. Masing-masing tak sabar nak balik. Sedang Laluna berjalan keluar kelas Hamka menghampirinya dari belakang dan menarik beg yang di sandangnya. Sengaja mengusik. “abang!” marah Laluna sambil mengetap bibirnya, tanganya pantas membetulkan tali beg yang terlurut dari bahu. “sorry ok, tak sengaja.” Balas Hamka sambil mengeyitkan mata nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience