BAB 8

Humor Completed 706

“Hamka !” laung Adam di hadapan mereka berdua. Hamka mengangkat tangan pada Adam kemudian memandang Laluna yang sudah pun tertnduk. “tu buah hati dah sampai.” Sakat Hamka sambil menyiku lembut tangan Laluna . Tajam pula jelingan maut yang ditunjukkan oleh adiknya itu. Ketawa Hamka meletus, dia kemudian berlalu mendapatkan Adam yang hairan, kenapa dia tiba-tiba ketawa. Laluna yang memandang dari jauh, hanya mampu merunggus geram. Nasib baik abangnya itu dah tamat belajar, diaorang datang hari ni pun sebab nak mengambil result SPM. Abangnya dapat 12A1. Berpeluang masuk ke maktab matrix.

Akhirnya Hamka dapat membuang perasaan ego dan marah pada Laluna . Salah dia selama ni sebab marahkan Laluna atas kematian ibu mereka. Ibu mereka betarung nyawa melahirkan Laluna walaupun tahu dia akan kehilangan nyawa. Hamka yang merasa kehilagan kasih sayang ibu cukup benci akan kehadiran Laluna , sebab itu mengapa dia suruh ayah hantar adiknya itu ke rumah atuk dan nenek. Kini dia sudah cukup dewasa menilai, adiknya itu tiada salah apa pun sebenarnya. Biarlah kini dia menjaga adiknya itu dengan penuh kasih sayang, bagi membayar balik perbuatan salahnya pada Laluna sejak kecil.

Bangku yang terdapat di bawah pokok kekabus berhadapan padang sekolah duduknya Laluna besama Adam. “saya hanya nak tahu jawapan.” Adam meminta kepastian, matanya masih tegak memandang padang di hadapan. “Laluna tak menolak, tak juga menerima. Ketentuan ini berat untuk diputuskan. Laluna akan menghadapi SPM tahun ni. yang itu Laluna fikir dulu. Biarlah ketentuan jodoh ni kita serahkan pada takdir.” Balas Laluna lembut. Adam mengangguk, menerima keputusan Laluna dengan baik. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience