BAB 1

Humor Completed 706

Kringgggggggggggggg….
Kedengaran loceng waktu rehat sudah berbunyi, beberapa pelajar sudah mula menapak ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Masing-masing dengan wajah yang gembira membawa bekalan tidak kurang juga yang sudah mula beratur untuk mendapatkan makanan yang pertama dari mak cik kantin.

Keriuhan mula kedengaran di tingkat bawah, tetapi tidak pada kelas 5 Alfat di tingkat dua. Wajah sesetengah pelajar menunjukkan ketidakpuashatian terhadap Laluna yang sudah pun bediri di atas kerusi. Tetapi bagi sebahagian yang lain sudah pun tersenyum nakal, puas hati dengan tindakan kawan mereka pada hari ni.

“selagi kawan awak ni tak minta maaf dengan saya, jangan harap kamu semua boleh keluar rehat.” Garang lantunan suara cikgu Kamsiah, guru subjek matematik yang paling tidak disukai kebanyakkan pelajar dengan sikapnya. Kedengaran pula bisikan-bisikan sayu merayu kepada tuan yang bediri di kerusi supaya memohon maaf. Laluna serba salah, kalau nk di ikutkan apa yang dia buat pada cikgu Kamsiah hari ni tidak setimpal dengan apa yang telah cikgu tu lakukan kepadanya semalam dan hari-hari sebelumnya.

“ahhahaha, kena denda lagi budak ni”
Kedengaran pula pelajar darjah 6 yang baru keluar dari makmal ketawa mengejek. Telinga Laluna sudah panas, setiap hari kena gelak. Mata Laluna tak lepas dari memandang setiap pelajar yang lalu di luar kelasnya. Merenung bagaikan harimau yang mencari sasaran untuk diterkam. Seketika melintas pula beberapa pelajar lelaki di sebelahnya, mata yang tadi membesar kini menjadi kecil, perasaan gah dalam diri tiba-tiba menjadi kerdil apabila berpandangan dengan seorang lelaki yang cukup dikenalinya, berpakain pengawas biru dan bersongkok. Renunganya bagaikan mempunyai ilmu sihir untuk memukau, serta merta Laluna mengalihkan pandanganya. “cikgu saya minta maaf!” laung Laluna pantas.

Peh!! Itu dia penangan ketua pengawas Hamka Adlan Shah bin Ungku Zafran

Waktu rehat masih berbaki 10 mnit. Laluna sudah berpeluk tubuh, sedang besandar di pintu kelas sambil tersenyum kecil. Entah apa yang bermain di fikiranya tiada siapa yang tahu. Dila, Zana dan Ecah sudah mula mencerna pemikiran yang logik akan situasi dalam kelas tadi, kenapa Laluna sanggup minta maaf kepada cikgu Kamsiah. Mesti ada kaitan dengan ketua pengawas kegilaan ramai tu.

“woi, kau ni aku tengok macam dah angau je dengan ketua pengawas sekolah kita tu.” tegur Ecah tidak dihiraukan. Dila sudah pun menyiku Zana menyuruh kawanya itu mengembalikan Laluna dari alam fantasi khayalanya. Segera tangan kananya mencuit pinggang Fariha. “eh! Hensem sungguh kau” latah Laluna membuatkan tawa mereka betiga sudah bederai. Laluna yang mengerti akan usikan kawan-kawanya sudah merah pipi akibat malu kerana melatah. Aish! Apa la yang kawan-kawanya ni fikir tadi. mesti diaorang ingat dirinya sedang memikirkan ketua pengawas glamor kat sekolah ni.

“kau teringat dekat Hamka ye tadi.” sakat Dila.
Ha! Kan aku dah cakap, mesti diaorang ingat aku sudah jatuh syok dekat senior mereka si Hamka .

“mana ada la, sesuka hati je buat ramalan sendiri.” Balas Laluna malas. Dia kemudian beredar ke arah TANDAS!!. Tercengang-cengang kawanya memerhati Laluna yang sudah pun berlalu pergi. Pelik sungguh, tadi gelagat macam sudah tangkap cintan sama si Hamka , tapi kini macam tak ada apa-apa pula. Begitulah selalunya sikap Laluna kalau dikaitkan dengan Hamka .
“biarlah diaorang tak mengerti.” Bisik hati kecil Laluna di hadapan cermin besar yang bersebelahan bilik guru.
Kringggggggggggggggg, waktu rehat sudah pun tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience