BAB 2

Humor Completed 706

4 tahun berlalu…

Dewan masih kedengaran riuh dengan pelajar-pelajar baru tingkatan 3. Hari pertama orentasi bagaikan malapetaka bagi mereka berempat. Siapa lagi kalau bukan Zana, Dila,Ecah dan Laluna !. Ecah sudahpun menggaru kepalanya yang tak gatal, menahan bingit bising di sekitarnya. Dila masih dengan undang-undangnya sendiri membawa henfon untuk bermain game. Zana sedang membetulkan tali kasutnya yang tercabut semasa belari dari asrama ke dewan. Laluna pula asyik terleka dengan alunan lagu Baby dari Justin Bieber di telinganya, earphone telah pun berjaya diseludup di dalam tudungnya, itu satu kelebihan. Matanya pula meliar mencari seseorang di barisan hadapan. Senior ataupun lebih mudah dengan gelaran fasilatator sudah bediri di hadapan pentas, hanya setengah. Masih ada beberapa senior lagi yang belum tiba.

“tak kan la dah mula cari mangsa kut.” Sakat Dila pada Laluna . Tahu maksud mangsa yang diucapkan kawanya itu membuatkan dirinya hanya tergelak kecil.

“tak terpikir langsung, korang tu yang lebih-lebih.” Laluna membalas sambil membetulkan kedudukan earphone di telinganya. “selalu jual mahal.” Bebel Zana pula. “belum masa lagi la, lagipun hal ni bukan penting. Tak ada dalam subjek kat sekolah pun” bidas Laluna menyedarkan kawan-kawanya. “memang la tak penting, ni hobi diwaktu lapang.” Ecah pula besuara mengeluarkan pendapatnya. Seperti biasa kawan yang berdua tu akan mengangguk mengiakan. “eh!, yang senior berbaju kelabu tu, smart lor.” Zana besuara ceria. “mana-mana?” serentak pula Ecah dan Dila bertanya. Laluna hanya mampu menggelengkan kepala seraya tersenyum.

Tak sangka, waktu telah berlalu terlalu pantas…

“Hari pertama orentasi dah mula buat perangai, memang tak takut disiplin langsung. Kamu semua sengaja nak kena denda ke?” tanya salah seorang senior yang berbaju T berkolar bewarna ungu tua. Badanya tegap macam ahil kelab taekwondo, lagaknya seperti ayah yang marahkan anaknya kerana berbuat salah. Mereka berempat menundukkan wajah, tak tahu mana nak sorok muka akibat malu. Salah mereka juga kerana ponteng perbarisan orentasi dan duduk melepak di belakang blog kantin sekolah. Kan sudah kantoi dengan fasilatator yang memegang jawatan disiplin.

“Adam! Sudah la. Biar aku uruskan mereka. Dekat dewan memerlukan kau sekarang ni.” celah seorang lelaki yang tiba-tiba datang dari belakang mereka berempat. “elok la tu, abang serahkan korang dekat ketua MPP sekolah ni.” Adam besuara lantang sambil menepuk bahu sahabatnya yang baru sampai itu, kemudian berlalu meninggalkan mereka di situ. Di tengah terik panas matahari tengah hari. Cari nahas sendiri, elok-elok orang bagi beteduh di dalam dewan, galak pulak wat undang-undang sendiri tanpa hadir ke perbarisan. “abang?” soal mereka berempat dalam diam. Laluna sudah buat muka ingin termuntah mendegar kata-kata senior yang menggelarkan diri sendiri dengan panggilan abang. Menyampah!

“korang lagi!, hebat sungguh persahabatan korang sampai masuk ke sekolah ni pun sama-sama.” Lelaki yang dikenali sebagai ketua MPP tu besuara datar sambil kedua tanganya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Serentak itu mereka berempat mengangkat muka dan melihat seseorang yang mereka kenali suatu masa dulu. Ternyata pertemuan ini membuatkan Dila, Ecah dan Zana bagaikan tidak percaya. Tetapi tidak bagi Laluna . Dia masuk ke sedolah ni pun di sebabkan lelaki di hadapanya. Ya! Siapa masih lupa akan ketua pengawas yang menjadi kegilaan ramai di sekolah rendah dulu, Hamka Adlan Shah bin Ungku Zafran.

Mereka bertiga sudah memikirkan hal yang sama tentang Laluna dan Hamka seperti zaman sekolah rendah, manakala bagi Laluna adalah kosong. Entah! Fikiranya sukar untuk mencerna kan perasaan terhadap pertemuan semula di sini.

Bagi fikiran Hamka pula, dia sendiri masih ragu-ragu dengan perasaanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience