BAB 6

Humor Completed 706

“ingat tu, sampai mati tak akan pernah ada cinta pada kau.” Laluna mengulangi kata-katanya sekali lagi. Tetapi kali ni dengan nada yang lebih serius dan lantang mengingatkan.

Baru saja kakinya mahu melangkah pergi, tangan kananya sudah disambar oleh tangan keras Khairul, dicengkam tanganya tidak melepaskan Laluna pergi.

Mencelung mata Laluna merenung tindakan berani Khairul.

“woi! Lepaskan Laluna . Kau tak ada hak nak pegang dia.” Marah Adam yang baru tiba besama Hamka dan kawan-kawan Laluna .

“habis tu, kau ingat kau ada hak ke adam?” balas khairul laju. Laluna sedaya upaya menarik tanganya dari genggaman Khairul. Ecah, Zana dan Dila sudah takut, risau bercampur baur. Macam mana kalau sesuatu yang tak diingini berlaku pada sahabat mereka. Hamka Nampak tenang, namun dalam hatinya penuh dengan amarah. Tangan sudah di kepal, digenggam erat. Nak saja dia berlalu ke kahirul dan melepakan tumbukan pada muka Khairul. Berani sungguh perbuatan kurang sopan Kahirul pada Laluna .

Kawan-kawan Kahirul juga sudah mula menghampiri, kononya tunjuk ganster dengan menyokong di belakang ketua mereka.

“sakit la bodoh!” tepik Laluna geram bila tak berjaya menarik tanganya dari genggaman Khairul.
“kau yang paksa aku buat cara kasar, kalau kau terima tawaran jadi kekasih aku kan. Dah senang.” Balas Kahirul lembut di telingan Laluna . Meremang rasanya bulu tengkuk bila Kahirul begitu dekat dengan mukanya. Kang aku ludah juga muka budak ni. fikir Laluna di luar batasan akal fikiran.

Sebelum Adam, Hamka terlebih dahulu sudah menumbuk muka Kahirul dan sekaligus genggaman tanganya melepaskan Laluna . “kurang ajar, budak macam kau ni memang layak ditumbuk.” Marah Hamka pada Khairul. Serentak itu kawan-kawan Khairul sudah memegang badan Hamka menghalangnya dari terus membelasah ketua mereka.

Khairul memegang bibirnya yang sudah berdarah, dadanya turun naik menahan amarah. Niat untuk membalas tindakan Hamka terbantu bila Adam menahan dengan memegang tanganya.

“wah!, lagi sekor beruk nak tunjuk hero. Bikin panas je.” Gumam Khairul geram. Rancanganya gagal hari ni. satu das tumbukan hinggap di pipi Adam membuatkan Laluna menjerit menyuruh berhenti. Dia yang tadi berada besama kawan-kawanya kembali berhadapan dengan Khairul. Adam juga kini sudah di pegang oleh budak-budak suruhan Khairul.

“masalah kau dengan aku, bukan dengan dua orang ni. lepaskan diaorang.” Laung Laluna geram di depan Kahirul. Lelaki tu hanya ketawa sinis sebelum kembali memegang tanganya. “kau ingat semudah tu. tak ada yang mudah dalam dunia ni, dan kalau untuk mendapatkan kau ia begitu sukar. Aku sanggup hadapinya juga.” Khairul membisikkan di Laluna . Serentak itu Laluna berpaling, menghalang mukanya dari bersentuhan dengan muka Kahirul.

“pukul je.” Arah Khairul pada kawan-kawanya, memberi peluang kepada mereka mengasah bakat memukul Hamka dan Adam. Laluna sudah mengalirkan air mata, tidak tahu nak buat macam mana lagi. Kedua lelaki yang cukup rapat denganya dipukul dengan teruk, semata-mata ingin menyelamatkanya. “kau lepaskan diaorang setan!” marah Laluna dalam tangisanya sambil sedaya upaya menarik tangannya dari genggaman. Perkataan yang paling di bencinya, kini terpaksa keluar laju dari mulutnya, tidak tahan melihat keadaan sebegini. Zana dan Dila sudah berlari ke taman perumahan guru, meminta bantuan. Ecah pula ke pak guard meminta tolong.

“kau panggil aku apa tadi.” Khairul rasa tercabar, dia memandang Laluna dengan penuh kebencian. Sayang yang bermukin di hatinya kini bertukar benci. “kau ulang lagi!” tekan Khairul kepadanya.

“aku panggil kau setan!, puas hati!” Laluna melantukan voltan suaranya seberapa kuat, supaya lelaki di hadapanya dapat mendengar dengan jelas apa yang baru dikatakanya.

“pangggggggg” satu tamparan hinggap di pipi Laluna . Terkejut mereka yang berada di situ. “woi! Kau memang layak dipanggil setan!, lelaki dayus je yang pukul perempuan.” Laung Hamka sedaya upaya melepaskan diri. Khairul yang mendengar hanya ketawa, lucu kerana dia perlu berebut cinta Laluna dengan dua orang lagi lelaki di hadapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience