BAB 5

Humor Completed 706

Rumah di mana menjadi tempat lahir, di mana dia mengenal erti kehidupan dan zaman kanak-kanak riang. Cuma yang membezakan dia sudah lama tidak pulang, sejak duduk dengan atuk dan nenek di kampung.

“welcome home sweet home.” Abangnya yang turut keluar dari kereta berkata pelahan di sebelahnya. Terukir senyuman manis Faisya memandang lelaki yang begelar abang.

“anak ayah dah balik, sorry sebab tak dapat ambil dekat asrama. Ayah ada meeting penting tadi.” seorang lelaki dalam lingkungan 50 an sudah pun berada di muka pintu memandang mereka bedua. Pantas kaki Laluna atur ke arah lelaki yang masih berkot, mungkin baru balik dari meeting seperti katanya tadi. di salamnya lelaki yang bergelar ayah, sudah lama dia tidak bermanja begini. Rindu pula rasanya. “tak apa, abang kan ada.” Jawab Laluna pelahan sambil melihat abangnya berlalu pergi ke tingkat atas. Pembantu sudah pun membawa beg pakainnya dan dia beiringan masuk ke dalam rumah besama ayah tercinta.

“puteri nak minum apa, biar mak Mah buat.” Pembantu rumah yang sudah lama berkihmat di rumah ayahnya besuara. Laluna tersenyum kelat, sudah lama gelaran puteri itu tidak berpangkat kepadanya, kini setelah 15 tahun baru dia merasainya sekali lagi. “air apa-apa je la, tapi pastikan ada ais ye mak Mah.” Laluna mengigatkan. Pembantu rumah yang tengah memegang baju yang baru diambil dari ampaian hanya mengangguk senang. “mak Mah tak akan lupa kesukaan puteri kecil ni.” Balas mak Mah sambil berlalu ke dapur setelah meletakkan baju-baju di dalam bakul. Selepas buat air, dia harus melipat pakaian dan menggosoknya pula. Begitulah rutin harian mak Mah di rumah. Memasak, mengemas, mencuci dan menggosok pakain sudah biasa dengan dirinya sejak isteri majikanya meninggal dunia.

Mata Laluna merenung ke arah bilik yang tertutup di tingkat 1. Abangnya masih berada di bilik, sama seperti dulu. Tidak turun seaindaya dia berada di bawah. Dia sedar itu, sebab itu mengapa dia tidak hairan. Tanpa sedar Laluna telah mengeluh pelahan.


Hari pertama melangkah ke sekolah setelah bercuti panjang, membuatkan hati Laluna berlagu riang. Tidak seperti kawan-kawan yang lain, masih belum cukup bercuti katanya. Mungkin kerana sepanjang cuti dia telah memperolehi kasih sayang dari semua orang yang diperlukan PMR sudah pun lama berlalu, dan dia mendapat 9A1. Sengaja aliran Sastera yang dipilihnya, dia lebih suka dengan alam-alam puitis ni. Wajahnya juga boleh dikatakan sentiasa murah dengan senyuman, sehinggakan kawan-kawanya sudah merasa dia disampuk dengan jin ‘cuti’. Adoi! Pandai-pandai saja mereka bertiga menyimpulkan keadaan. Fikir Laluna lucu menahan ketawa yang akan meletus pada bila-bila masa saja.

“wei Laluna , kau ingat tak lagi Khairul. Budak yang syok dekat kau tu la.” Tiba-tiba Dila besuara mengigatkan kepadanya lelaki itu. Dia kalau boleh tak nak dikaitan lagi dengan lelaki yang menyeramkan sebegitu. “kenapa dengan dia?” tanya Laluna acuh tak acuh. “dia suruh aku bagitahu kau yang dia nak jumpa. Petang ni dekat kantin, katanya kalau kau tak datang dia akan sebarkan gambar ‘biru’. Mata Laluna sudah membulat tdak percaya. “dah gila agaknya budak tu. disampuk setan.” Marah Ecah meluap-luap. Zana hanya mampu menggelengkan kepala. gila! Gambar yang dimaksudkan oleh Dila itu gambar mereka semasa mandi di air terjun sekayu. Sewaktu mengikuti program perkemahan sekelas dulu. Jika gambar itu di sebarkan, memang mereka akan mendapat malu. Berani si budak Khairul tu tangkap gambar curi-curi mereka, sejak Khairul memiliki gambar tu mereka berempat selalu berhati-hati kalau beurusan denganya. Silap langkah, sekejap saja gambar yang berada di tanganya akan tersebar. Ugutan segebitu sememangnya di benci oleh Frisya, tapi apakan daya mereka untuk melawan. Kudrat wanita hanya mampu melawan mulut, tidak lebih daripada itu.

“Apa kata kita bagitau abang adam, sekurang-kurangnya kita akan selamat nanti.” Cadang Dila.
“tak boleh! Ni pertaruhan maruah kita, aku kalau boleh tak nak sesiapa yang tahu. Biarlah aku selesaikan sendiri. Aku pergi jumpa dia petang nanti.” Titik! Keputusan Laluna membuatkan mereka tiada kuasa untuk membantah cakap penolong kanan MPP sekolah.

Kelihatan khairul berpeluk tubuh memandangnya. Keadaan kantin tiada sesiapa waktu sebegini. Kebanyakkan pelajar masih belum balik memandangkan masih ada 1 hari lagi untuk memulakan kelas. Mak cik kantin juga belum datang, mungkin esok baru dibuka. Yang kelihatan hanya kawan-kawan Khairul seramai 5 orang, geng sekolah yang paling nakal.

Laluna menelan air liur, kecut perut di buatnya apabila dia beseorangan berhadapan dengan 6 orang lelaki. Macam mana kalau sesuatu yang tak diingini berlaku, memang tindakan berani betul la. Padan muka! Kutuk Laluna pada diri sendiri dalam hati. Kelihatan Khairul sudah tersengih menampakkan lesung pipitnya. Hensem, tetapi tak serupa bikin dengan perangai. Kalau cinta padanya tak kanlah sampai guna teknik kotor macam ni. marah Laluna dalam diam.

“hah! Cakap cepat apa kau nak. Aku ada banyak lagi keje nak buat dari buang masa duduk dengan kau ni.” laung Laluna yang bediri tidak jauh daripada Khairul.

“amboi, garangnya cik Laluna kita ni. relax la sayang. Waktu masih muda.” Khairul berkata sambil menghampirinya. “waktu muda kepala hotak kau, dah nak dekat maghrib ni.” marah Laluna dengan bahasa kasar. Sudah tak tertahan amarahnya yang berbakul-bakul pada si Khairul. Mata Kahirul menculang tak percaya, tak sangka perempuan yang di sukainya Nampak manis, tetapi garang juga sebenarnya. Dia tertawa kecil.

“ok la, aku Cuma nak cakap yang aku suka dekat kau. Sudi tak kau jadi kekasih aku. Oh ya! Lagi satu, gambar yang berada dekat tangan aku ni juga aku boleh bagi dekat kau. Tapi dengan syarat, kau jadi kekasih aku.” Khairul memberitahu sambil menebarkan kepingan gambar yang berada di tangan ke hadapan muka Laluna . Serentak itu Laluna pantas memegang gambar yang berada di tangan Khairul. “sampai mati pun aku tak ingin jadi kekasih kau.” Laluna memberitahu sambil tersenyum sinis dapat mengambil gambar-gambar yang berada di tangan Khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience