BAB 4

Humor Completed 706

“aku buat reaksi gembira ke tadi.?” soalan bodoh yang dikeluarkan oleh Laluna . Serentak ketiga-tiga sahabatnya mengangguk laju.

“salah tu, reaksi tak sengaja. Aku tengah pikir benda lain tadi.” Laluna memberitahu untuk menutup keterlanjuran kata yang boleh menyebabkan kawan-kawanya salah faham.

Oooooooooooooo…… serentak pula mereka bertiga besuara. Lega.

Sementara di kolej putera, keadaan di bilik prep malam ni seaakan tidak berrnaya. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berada di sini malam ni, sebahagian yang lain lebih senang memilih untuk menelaah pelajaran di perpustakaan. Hamka yang sedar akan kelakuan Adam malam ni, cuba mencari kata untuk bertanya. Adakah Adam marah akan perlakuan nya tadi terhadap Farishya?. Fikir logik akalnya.

“kau marah dengan aku ke pasal kes Laluna pengsan tadi?” soal Hamka memecahkan kebisuan antara mereka berdua sedari tadi. mata Adam yang menumpu pada buku teks pelajaran geografi beralih memandang kepada sahabatnya. Dia sendiri tidak tahu hendak memberitahu macam mana. Hamka yang seakan memahami hanya tersenyum kecil.

“kan aku dah beritahu kau, aku tak kisah kalau kau nak jatuh cinta pada Laluna .” Hamka memberhetikan kata, cuba mencari nafas. Dia kena bercakap ikut arus yang betul, takut nanti Adam akan salah faham. “tindakan aku tolong Laluna tadi hanyalah tindakan reflex, spontan. Cuba kau tengok situasi kalau bukan Farishya, aku akan tolong juga. Sebab apa, aku kan ahli PBSM.” Terang Hamka berhati-hati. Adam mula membuka minda, betul juga kata-kata Hamka . Nampaknya dia sahaja yang mempunyai perasaan tidak baik. “aku minta maaf, aku terlalu ikutkan perasaan.” Adam memohon maaf. Menyesal mencurigai sahabat karib sendiri.

“aku maafkan kau, lagipun aku tak ada perasaan pada Laluna . Dan kalau kau nak teruskan memikat hati dia, aku setuju seratu s peratus. Lagipun Laluna tu baik orangnya.” Hamka memberitahu serius, seaakan memang dia yakin sangat Adam akan menjaga Laluna .

“Cara kau cakap, macam dah lama kenal Laluna .” Soal Adam pelik. Sebenarnya soalan ni sudah lama ingin ditanya pada sahabatnya itu, tetapi baru hari ni terluah. Dia pelik juga, macam mana Hamka boleh tahu akan kelakuan Farishya.

“aku kenal dia dari kecil lagi.” Balas Hamka selamba seraya tersenyum manis.
Rahang bawah Adam jatuh. Tidak percaya.

“kau kenal Farishya dari kecil? Biar betul” Adam besuara menahan tawa. Lucu, rupanya si Hamka dengan Laluna ni saling berkenalan.

“junior masa sekolah rendah.” Kata-kata Hamka sekali lagi membuatkan nya terganga.

Laluna keseorangan duduk di bangku bawah pokok kelapa, yang terdapat di taman kecil sudut bangunan bersebelahan kantin. Buku Tamadun Sejarah berada di genggaman, dia kena pulun habis-habisan menelaah. Hari ni adalah hari terakhir peperiksaan sebelum petang ini dia berangkat balik ke rumahnya. Cuti selama seminggu ni memang ditunggu-tunggu. Ayahnya sudah berjanji akan membawa dirinya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor.

“Demam dah kebah?” tanya seorang lelaki yang tiba-tiba menghampirinya dari belakang. Laluna tdak tahu hendak membalas, masih ada perasaan terkejut bercampur gembira. Entah! Sukar mentafsirkanya. Akhirnya dia hanya mengangguk kecil bagi menjawab soalan Hamka yang kini sudah duduk berhadapan denganya.

“baguslah, abang cuma nak sampaikan salam Adam pada Laluna .” Hamka besuara lagi. Laluna mengangguk laju. “waalaikummusalam.” Jawabnya pelahan. Dia tidak terkejut akan pemberitahuan salam tu, tetapi terkejut dengan lelaki di hadapanya ini membahasakan dirinya sebagai abang. Mungkin dia memang tak ada perasaan lain, ye la. Hamka kan senior, memang layak pun digelar abang kan. Fikir Laluna dalam diam.

“petang nanti balik ayah ambil.” Laluna memberanikan diri besuara, dia rimas apabila duduk berdua tetapi tiada sebarang topik yang ingin dibincangkan. Giliran Hamka pula mengangguk cuma. Belum sempat Hamka ingin bertnya lebih lanjut, cikgu Zahidan sudah pun memanggilnya untuk membantu di dalam makmal. Kini Laluna kembali beseorangan. Gembira, tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman seikhlasnya.

Laluna dan rakan-rakanya melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan wajah yang gembira. Akhirnya mereka semua boleh rehat dari memikirkan segala macam ‘rencah masakan’ yang penting. Cuti pertengahan tahun ni memang memberi peluang mereka untuk menikmati rehat secukupnya sebelum mereka kembali ke sekolah dan berhadapan dengan peperiksaan yang lebih besar. Ya! Peperiksaan PMR.

“jumpa masa naik sekolah nanti.” Serentak mereka berempat besuara, dan kini masing-masing membawa haluan.

Kereta lanser hitam berhenti di gerai yang berhampiran. Laluna yang berada di dalam kereta membuka tingkap dan memandang rumah banglo yang terletak indah di atas bukit. Ditatapnya lama, sekali lagi dirinya kembali ke rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience