Selesai acara makan malam,keluarga tan sri halim kembali pulang ke rumah..syifa yang ingin masuk ke dalam bilik tetapi dipanggil oleh dato zamarul kembali ke ruang tamu untuk berbicara tentang pernikahannya dengan danish..
“papa tak mahu dengar sebarang bantahan daripada kamu kerana papa nak ada orang yang boleh jaga kamu nanti”ucap dato zamarul
“syifa tak mahu lah papa..lagipun dia dah tua,tak setanding dengan syifa”jawab syifa
“kan papa dah kata jangan nak bantah apa yang papa katakan..kamu nak nikah dengan danish atau nak papa tarik balik semua yang papa bagi pada kamu”marah dato zamarul
“okey,syifa terima dia tapi kalau dia yang ceraikan syifa,papa jangan salahkan syifa dengan apa yang jadi”balas syifa
Syifa terus pergi dari ruang tamu dan masuk kedalam bilik..syifa menjerit sekuat hati sambil menekup bantal di wajahnya..disebabkan terlalu geram dengan apa yang jadi pada dirinya tadi..danish yang sejak tadi asyik tersenyum kerana akan menikah dengan orang yang dia suka..
“saya akan pastikan awak jatuh cinta dengan saya”ucap danish
Keesokkan hari,syifa berjalan dikoridor menuju kelas dan dia bertemu dengan danish tetapi dia tidak memandang atau menoleh ke arah danish..amanda yang memerihati dari jauh sangat geram dengan sikap syifa yang seolah-olah tidak layan danish sedangkan dia menarik perhatian danish..
“kau tunggu lah..aku akan balas supaya kau serik untuk mencari perhatian cikgu danish..”ucap amanda
“apa yang kau akan buat”soal sarah
“tunggu dan lihat sahaja...yang pasti dia akan menyesal sebab buat aku sakit hati”jawab amanda
Syifa yang baru sahaja sampai kelas dan duduk di bangku..amanda datang dan menolak syifa sehingga jatuh ke lantai,syifa bangun sambil membersihkan bajunya yang kotor..linda dan lisa datang membantu syifa,lisa menolak amanda...
“korang kenapa cari pasal dengan syifa”tanya linda
“korang berdua jangan masuk campur dalam hal ini”ucap amanda
“kenapa pulak kitaorang tak boleh ikut campur sedangkan sarah pun ikut campur sekali dalam hal ini”marah lisa
“sudah..tak payah layan budak tak cukup vitamin nie”ucap syifa
“kau cakap aku budak tak cukup vitamin”marah amanda
“betul lah..ada yang salah ke”tanya syifa
“kau memang nak kena kan”marah amanda sehingga angkat tangan untuk menampar syifa
“kau tak akan menang lawan aku”ucap syifa menolak amanda sehingga jatuh
Danish masuk ke kelas tetapi dia melihat amanda dan syifa sedang bergaduh..amanda bangun dan menghampiri danish agar mendapat perlindungan tapi sebenarnya dia ingin menjebak syifa agar kena marah..
“cikgu..tengok syifa dia tolak saya sampai jatuh” ucap amanda
“ada apa nie”soal danish
“tak ada apa cikgu,Cuma latihan tinju sahaja”jawab linda
“baiklah..semua duduk dekat tempat masing-masing”balas danish
Amanda tidak terima dengan apa yang danish lakukan dan membiarkan syifa bergitu sahaja..dia akan membalas apa yang syifa lakukan kepadanya dan mengambil perhatian danish daripadanya..syifa tak heran dengan apa yang danish lakukan demi mendapatkan hatinya..
“kau ingat apa yang kau buat hari ini,aku akan jatuh cinta pada kau..tak akan pernah dan tak akan mudah untuk kau daptkan hati aku nie..”ucap syifa dalam hati
Selesai pelajaran,danish memanggil syifa ke ruang displin untuk berbicara..amanda tersenyum kerana syifa akan dimarah oleh danish sebab buat amanda jatuh..
“padam muka kau”ucap amanda
“urusan kita tak selesai lagi”balas syifa
Syifa mengikuti danish dari belakang dan tidak banyak bicara..danish membuka pintu bilik displin dan syifa masuk kedalam..danish mengunci pintu bilik itu,lalu tersenyum ke arah syifa..
“ada apa panggil saya ke sini”soal syifa
“kenapa tak suka ke saya nak jumpa awak”jawab danish
“tak suka dan tak akan pernah suka”balas syifa
“saya nak awak tidak lakukan perkara itu berulang kali nanti awak akan digantung sekolah”ucap danish
“saya bukan setakat gantung sekolah,kalau boleh saya nak keluar dari sekolah nie daripada tengok muka awak tu setiap hari” balas syifa
Danish tertawa dengan apa yang syifa katakan kepadanya...dia menganggap semua itu kelakar sedangkan syifa sangat serius dengan ucapannya itu..danish duduk dan hanya melihat syifa tanpa berbicara..
“dah kenapa”tanya syifa
“tak ada apa sayang”jawab danish
“tak payah nak panggil sayang kat sini”ucap syifa
“kenapa pulak”tanya danish
“hey...ini sekolah okey dan jangan sampai ada yang tahu pasal kita”jawab syifa
“okey boleh sahaja tapi ada syaratnya”ucap danish
“apa? Soal syifa
“nanti saya whatsapp awak...sekarang awak masuk ke kelas”ucap danish
Syifa keluar dari bilik displin dengan wajah yang sangat sedih seperti kena marah sedangkan dia berbincang dengan danish sahaja..syifa yang sangat pandai berlakon dihadapan semua orang...syifa tiba di kelas dan semua terkejut dengan wajah syifa yang sangat sedih seperti baru sudah menangis...amanda tersenyum melihatnya..
“hey..kenapa nie”tanya linda
“kena marah teruk”jawab syifa
“apa..tapi bukan salah kau kan”ucap lisa
“tak apa lah,aku redha”balas syifa
Amanda bangun dan datang menghampiri syifa dengan senyuman kemenangan sedangkan dia tidak tahu yang syifa berlakon sahaja..
“seronok kena marah”tanya amanda
“tolong lah jangan kacau aku lagi”ucap syifa
“jangan main-main dengan aku lepas nie dan aku akan buat lebih teruk daripada ini”ancam amanda
Syifa menangis kuat sehingga cikgu izyan masuk melihatnya..amanda sangat panik dengan apa yang syifa lakukan..
“kenapa ini”tanya cikgu izyan
“amanda ancam syifa cikgu”jawab lisa
“ancam apa”soal cikgu izyan
“dia kata akan buat syifa sehingga syifa kena berhenti sekolah”balas linda
“tak cikgu..dieorang tipu”ucap amanda
“kamu ikut saya sekarang”ucap cikgu izyan
Syifa menghapus air matanya yang dia kerana rancangannya berjaya untuk kenakan amanda lebih teruk lagi..linda dan lisa sangat faham akan sikap syifa yang seperti itu..dia bukan seorang yang mudah menangis kerana dia dimarah...sejak syifa masuk ke kelas dia sudah tahu yang syifa hanya berlakon sahaja dan bukan betul-betul pun...
“MANTAP”ucap linda
“korang tahu yer yang aku berlakon sahaja”ucap syifa
“kenal sangat kau tu macam mana..”balas lisa
“kenapa pulak”tanya syifa
“mana ada orang kena marah muka happy dan menangis macam kau tu tadi”ucap linda
“tapi kau memang terbaik lah,boleh buat macam tu kat amanda...”balas lisa
Amanda didenda oleh cikgu izyan membersihkan tandas kerana telah mengugut teman sekelasnya sehingga menangis..semua tertipu dengan drama yang syifa lakonkan itu..tak sia-sia dia buat semua itu untuk memberi pelajaran kepada amanda agar jangan bermain api dengannya..
“padan muka kau amanda...itu baru sikit aku balas untuk kau”ucap syifa dalam hati
Sudah tiba pulang sekolah dan syifa dijemput oleh Pak Mat seperti biasa..kali ini syifa tidak bisa keluar seperti selalu dan lepak sehingga malam kerana dia dipantau oleh papanya..
“papa mana”soal syifa
“dato dekat office,Cik Syifa”jawab Pak Mat
“bila papa balik rumah”tanya syifa
“petang nanti”jawab Pak Mat
Syifa yang ingin keluar tetapi dia tahu akibat dari perbuatannya itu dan akan menyusahkan dirinya sendiri nanti..sampai sahaja di rumah,syifa terus masuk bilik dan baring di atas katil..
Ting...ting...
Share this novel