CHAPTER 27

Romance Series 8429

Danish menarik bantal yang ada di wajah syifa tetapi syifa menutup wajahnya dengan tangan..dengan sabar danish memujuk syifa sambil membelai rambut syifa..

“sayang”panggil danish
“tak mahu”jawab syifa
“hey,kenapa sayang keluar rumah tak bagi tahu abang..”tanya danish
“tak mahu”jawab syifa
“abang tahu sayang marahkan abang sebab tak bawak sayang pergi shopping kan”ucap danish
“tak payah cakap kalau dah tahu”balas syifa
“sebenarnya abang bukan tak nak bawak tapi sayang itu belum sihat sepenuhnya lagi dan sayang pelukan banyak rehat”jelas danish
“tak mahu dengar”balas syifa
“okey..macam nie,esok abang bawak pergi shopping dan sayang pilih sahaja apa yang sayang nak...okey...”ucap danish

Syifa memandang ke arah danish dengan mata yang sembab akibat menangis..danish sebenarnya ingin tertawa tetapi dia hanya tahan takut syifa semakin merajuk...

“betul”tanya syifa
“betul sayang...”jawab danish sambil mengelap air mata syifa
“janji”ucap syifa
“janji sayang”jawab danish

Akhirnya syifa memeluk danish dan gembira kerana danish akan membawanya shopping esok pagi...

“apa yang terjadi sebenarnya”tanya datin zulaikha
“salah danish sebab tak bawak syifa pergi shopping sebab syifa masih kurang sihat...jadi danish ingat nak bawak esok pagi like suprise tapi danish yang dapat suprise bila bangun tidur tengok syifa tak ada dekat sebelah..call phone syifa tapi papa yang angkat..jadi danish tahu syifa ada di sini”jelas danish pada semua
“jadi syifa merajuk sebab kamu tak bawak pergi shopping”ucap dato zamarul
“iya papa”jawab danish
“mungkin syifa mengidam nak pergi shopping tak”balas tan sri halim
“mungkin jugak”ucap puan sri nora

Sementara itu,di hadapan pintu cikgu izyan datang kembali untuk bertemu dengan dato zamarul dan datin zulaikha...bik su memberitahu ada tetamu yang datang untuk berjumpa dengan dato zamarul...

“dato ada tetamu”ucap bik su
“siapa”tanya dato zamarul
“cikgu puan syifa,dato”jawab bik su
“suruh sahaja masuk”ucap datin zulaikha

Cikgu izyan dipersilakan masuk dan dia dihantar ke ruang tamu untuk berjumpa dengan dato zamarul dan yang lain..sementara itu,syifa sedang tidur dalam dakapan danish yang membuatkan danish tidak bisa bangun untuk membawa syifa ke dalam bilik..

“selamat malam dato,datin”ucap cikgu izyan
“selamat malam”balas mereka
“maaf kalau saya menganggu dato sekeluarga”ucap cikgu izyan
“apa tujuan kamu datang ke sini dan apa niat kamu”soal tan sri halim
“saya datang ini ingin mohon maaf pada keluarga dato serta tan sri”jawab cikgu izyan
“maaf...apa maksud kamu”tanya dato zamarul
“sebenarnya tujuan saya datang ke sini untuk memohon maaf pada keluarga dato serta tan sri,terutamanya syifa kerana selama ini saya sudah banyak melakukan kesalahan terhadap syifa”jelas cikgu izyan
“kenapa baru hari ini nak datang minta maaf dan kenapa sebelum ini tak datang untuk minta maaf atau awak takut jika nanti mahkamah akan memberikan hukuman yang berat”ucap danish
“iya memang betul tapi jujur saya sudah sedar dengan apa yang sudah saya lakukan itu sudah melampaui batas sehingga menjejaskan kesihatan syifa”ucap cikgu izyan
“kamu ingat dengan kamu datang ke sini dan kami akan maafkan kamu dengan bergitu mudah”balas datin zulaikha
“saya tahu tapi...”ucap cikgu izyan tetapi dipotong oleh danish
“awak tahu tak yang awak lakukan itu sudah sangat berbahaya sehingga hampir membuat isteri saya keguguran sebab fitnah yang awak sebarkan itu...”ucap danish dengan tegas

Disebabkan nada danish kuat yang membuatkan syifa terjaga dari tidur..syifa mengosokkan matanya dan memandang ke arah danish dengan tatapan yang seperti biasa apabila dia bangun tidur..danish mengusap rambut syifa agar dia tidur kembali tetapi syifa tidak mahu tidur dan duduk di sebelah danish...

Dia melihat ada cikgu izyan disana...

“buat apa datang sini”tanya syifa
“cikgu datang sini nak minta maaf dengan kamu syifa”jawab cikgu izyan
“sebab apa”soal syifa

Saat ini semua orang diam kerana syifa yang berhak menentukan sama ada kes itu mahu diteruskan atau tidak..

“cikgu tahu yang cikgu banyak salah dengan kamu selama ini dan cikgu datang untuk mohon maaf dengan kamu”jelas cikgu izyan
“mudah betul cikgu datang sini dan minta maaf macam itu sahaja dengan saya setelah apa yang cikgu lakukan pada saya dan sahabat saya”ucap syifa
“cikgu dah banyak membahayakan nyawa saya sejak cikgu tak sukakan saya sehingga cikgu pernah kunci kami dalam toilet yang gelap....cikgu suruh kami berdiri di tengah panas selama berjam-jam,lepas itu cikgu hukum kami berlari 50 kali keliling padang sekolah tanpa berhenti”tambah syifa sambil menahan air mata

Danish menenangkan syifa dengan yang sedang meluapkan apa yang dia rasa selama ini kerana sikap cikgu izyan kepadanya...banyak yang syifa sembunyikan sejak cikgu izyan pindak ke sekolah itu sehingga sekarang...

“cikgu betul-betul minta maaf dengan awak syifa dan cikgu tahu banyak salah cikgu tapi tolong tarik balik laporan itu”ucap cikgu izyan
“saya boleh maafkan cikgu tapi untuk tarik balik laporan itu,maaf saya tak boleh”balas syifa

Syifa terus bangun dan pergi dari ruang tamu diikuti oleh danish...mereka tidak sangka banyak perkara yang cikgu izyan lakukan kepada syifa dan sahabatnye kerana dia tidak menyukai syifa...

“maaf cikgu...bukan bermaksud halau tapi saya harap cikgu bisa pulang”ucap datin zulaikha dengan sopan

Cikgu izyan terus pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat sakit dan dia tidak dapat memujuk syifa untuk menarik balik laporan itu..sementara itu,amanda masih dalam permainan panas sebelum dia kembali ke rumahnya..

“terima kasih banyak-banyak”
“sama-sama my dear...are you happy”ucap amanda
“tentulah happy dan esok I nak lagi okey”
“baiklah tapi yang macam tadi tahu”ucap amanda
“baiklah”

Seminggu kemudian...

Pihak mahkamah sudah memutuskan bahawa cikgu izyan dikehendaki membayar saman sebanyak 200,000 ribu kepada syifa atas tindakannya yang menjejaskan kesihatan syifa serta cikgu izyan juga diberhentikan perkhidmatan sebagai seorang guru kerana masalah tatatertib..

“alhamdulillah sayang..selesai jugak masalah ini”ucap danish
“iya abang..sayang lega dengan keputusan hakim”balas syifa

Mereka pulang ke rumah selepas selesai urusan di mahkamah...syifa didatangi oleh dua orang tetamu istimewa ke rumah..samapi di rumah,syifa terus menjerit keseronokan kerana melihat sahabatnya di sana...

“bila korang sampai”tanya syifa
“baru sahaja”jawab linda dan lisa
“apa mimpi korang datang nie”tanya syifa
“ada gosip terbaru dan terhangat di pasaran”jawab lisa
“apa”tanya syifa
“pasal mika”bisik lisa
“kenapa”soal syifa
“sebenarnya dia sudah banyak bermain dengan perempuan dan salah satunya adalah amanda”ucap lisa
“pasal amanda itu aku memang tahu”balas syifa
“tapi ini info baru yang aku rasa kau tak tahu lagi”ucap linda
“apa”tanya syifa
“amanda selalu mencari perempuan untuk dijadikan korban untuk Mika”ucap linda
"korang biar betul”balas syifa
“betul..kau tengok ini”ucap lisa

Sebuah video yang memaparkan amanda sedang mabuk dan bercerita tentang itu di sebuah club dengan rakannya..mereka tidak sedar yang pelayan itu adalah lisa sehingga amanda bercerita sesuka hati..

“send video itu pada saya”ucap danish secara tiba-tiba

Mereka terkejut apabila mendengar suara danish semasa mereka sedang berbual tentang amanda..

“sejak bila abang ada dekat sini”tanya syifa
“dari tahu abang dengar semua yang korang cakap”jawab danish sambil duduk di samping syifa
“saya nak kamu tolong saya cari tahu sesuatu”ucap danish
“apa itu cikgu”tanya lisa
“saya syak amanda ada kaitan dengan kematian sarah”ucap danish
“betul” sokong syifa
“kenapa pulak”tanya linda
“sarah tidak mahu membantu amanda lagi dalam rancangannya untuk menjebak saya dan amanda mengancam sarah untuk menyebarkan gambar bog*lnya di media sosial...jadi sejak dari itu,sarah menghilang”jelas danish
“kejap...apa yang cikgu cakap itu memang betul sebab masa permakaman sarah,amanda tersenyum dan mengucapkan kalimat yang agak mencurigakan”ucap linda
“maksud kau apa”tanya syifa
“amanda senyum dan dia seolah seronok macam itu”balas linda

Danish menghubungi pihak polis dan menceritakan apa yang dia dapatkan daripada lisa serta linda...sedik sebanyak dapat membantu pihak polis dalam siasatan kes sarah..

“terima kasih atas maklumatnya”ucap detective amri

Maklumat itu disalurkan ke ASP zulina untuk siasatan lanjut...mereka membuka kertas siasatan dari awal dan mengetahui sesuatu yang mengejutkan...dia tiada dalam senarai suspek tetapi dia adalah dalangnya...

“cari dia sampai dapat”ucap ASP zulina
“baik puan”balas amri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience