Sekarang sedang kecoh di group whatsapp selepas danish post gambar kahwin mereka di media sosial....lisa dan linda juga sangat terkejut sehingga menghubungi syifa untuk bertanya tentang semua itu..mereka melakukan panggilan video dan sementara itu danish sedang keluar..
“syifa...betul ke apa yang kitaorang nampak ini”tanya lisa
“bila kau kahwin dan kenapa kitaorang tak tahu pun”tanya linda
“guys...slow-slow okey,jangan macam peluru berpandu...macam mana nak jawab kalau korang tanya”balas syifa
“okey sekarang kau jawab”ucap lisa
“apa yang korang nampak itu memang betul”jawab syifa
“ha..jadi kau dah kahwin dengan cikgu danish”ucap linda
“iya sudah...kami nikah masa cuti sekolah awal tahun”jawab syifa
“kenapa kitaorang tak tahu pun”soal lisa
“maaf guys sebab rahsiakan semua itu dari korang sebab pada mulanya aku memang terpaksa nikah dengan cikgu danish..sebab aku rahsiakan pernikahan kami kerana aku masih sekolah lagi”jelas syifa
“maknanya kau mengandung anak cikgu danish lah”ucap linda
“iya...sayang-sayangku sekalian”jawab syifa
“tak adil lah...kau tak bagi tahu kita orang”ucap lisa
“betul”sokong linda
“maaf”ucap syifa
Tiba-tiba....
“hahahahahaha” gelak lisa dan linda
“kenapa korang gelak”tanya syifa
“sebenarnya kitaorang dah syak lama sebab setiap kali kau pergi jumpa dengan cikgu danish mesti lama dan balik kelas baju kau melekat bau perfume cikgu danish”jelas linda
“korang...kenapa tak cakap”ucap syifa
“lagipun itu punca amanda makin marah dengan kau sebab baju kau melekat bau perfume cikgu danish”balas lisa
Tiba-tiba....clekkkkk.....
“cakap dengan siapa sayang”tanya danish
Belum sempat syifa menjawab danish melihat pada layar telefon syifa dan mendapati dia sedang berada dalam panggilan video bersama sahabatnya...
“cikgu”tegur linda
“ohhh you guys rupanya”balas danish
“dari mana”tanya syifa
“beli makanan sayang”jawab danish smbil mencium dahi syifa
Linda dan lisa hanya bisa menonton kemesraan mereka sahaja..dan sementara itu amanda sedang mengamuk bagai nak gila kerana dapat tahu yangdanish sudah menikah dengan syifa...
“aku akan bunuh kau...bunuh kau syifa emyliana..tak akan ada yang bisa mengambil dia daripada aku dan aku akan pastikan kau mati”ucap amanda sambil menangis
Syifa dan sahabatnya telah selesai panggilan video...danish datang menghampiri syifa dengan wajah yang sangat masam kerana syifa dan sahabatnya bergosip tentang dirinya... dan banyak rahsia syifa mereka berdua buka kepada danish...
“amboi sayang...sampai macam itu sekali sayang tak sukakan abang yer”ucap danish
“ala..itukan dulu bukan sekarang”balas syifa
“mmmmm...muah”cium danish pada pipi syifa
Wajah syifa terlihat sangat merah apabila danish mencium pipinya...danish tertawa dengan sikap syifa yang sudah mempunyai anak tetapi masih malu jika dicium..selesai pemeriksaan,syifa dibenarkan pulang ke rumah..
“nak minta tolong boleh”ucap syifa
“apa sayang”tanya danish
“nak makan nasi goreng tapi abang yang masak”ucap syifa
“a..a..apa..”terkejut danish
“iya..abang masakan sayang nasi goreng”ucap syifa
Danish mengikuti apa yang syifa inginkan dan menuju ke dapur untuk melakukan apa yang diminta..syifa menunggu di ruang tamu sementara danish masak di dapur..syifa memainkan telefon milik danish dan dia melihat banyak chat yang masuk..
“apa perempuan ini nak sebenarnya”ucap syifa
“siapa sayang”tanya datin zulaikha
“eh..mama,mummy,papa,daddy”ucap syifa
“danish mana”tanya puan sri nora
“abang masak nasi goreng”jawab syifa
Mereka semua terkejut apabila mendengar yang danish sedang masak..syifa santai melihat chat yang masuk tadi dan.....
“Arhhhhhhhhhh”jerit syifa
Danish berlari dari dapur ke ruang tamu kerana mendengar jeritan syifa...mereka semua panik dengan syifa yang tiba-tiba menjerit..
“kenapa sayang....”tanya danish
“ini”tunjuk syifa pada danish
“biarlah sayang..dia memang macam itu tapi abang tak pernah balas”ucap danish
“nasi goreng mana”tanya syifa
“dah siap nanti abang bawak ke sini..boleh makan sama-sama”balas danish
Puan sri nora dan tan sri halim sangat ragu dengan masakan danish kerana mereka pernah merasa makanan buatan danish tetapi tidak jadi kerana makanan itu hangit..danish membawak nasi goreng dibantu Bik Su ke ruang tamu...
“sedapnya bau”ucap syifa
“tapi abang tak yakin kalau sedap atau kena dengan selera sayang”balas danish
“tak per asalkan abang yang masak”ucap syifa
Danish mengambil nasi goreng dan menyajikan kepada syifa..danish sangat faham yang syifa ingin disuap olehnya...danish menyuap syifa dan.....apa yang terjadi yer?
“macam mana sayang”tanya danish
“abang”panggil syifa
“kenapa”tanya danish
Mereka sangat menanti apa reaksi syifa selepas makan masakan danish..syifa terus menangis dan membuat mereka terkejut...
“kenapa”tanya tan sri halim
“sedap sangat”jawab syifa
Mereka terkejut dengan apa yang syifa katakan..mereka tidak percaya dan ingin merasanya sendiri..selepas mencuba masakan danish,mereka ingatkan syifa sengaja untuk menjaga hati danish tetapi memang betul sedap....
“nak lagi”ucap syifa
“sedap sangat ke sayang”tanya danish
“sedap dan bertambah sedap bila abang suap sayang”jawab syifa
Kring...kring...
Telefon milik danish berdering dan syifa melihat siapa yang menghubungi...danish tahu jika wajah syifa sudah berubah seperti itu bermakna cikgu izyan yang hubungi...danish menjawab dengan membuka lockspeaker supaya semua boleh dengar apa yang dia ingin katakan..
“assalamulaikum danish”ucap cikgu izyan
“walaikumsalam..ada apa call”balas danish
“saya nak awak jujur dengan saya”ucap cikgu izyan
“apa...cakaplah”tanya danish
“betul ke awak dah kahwin dengan syifa”balas cikgu izyan
“iya kenapa”soal danish
“awak tahukan yang saya cintakan awak tapi kenapa awak kahwin dengan perempuan tiada maruah itu..”jawab cikgu izyan
“izyan awak jangan melampau sehingga menghina isteri saya macam itu...saya hanya cintakan isteri saya sahaja dan tak akan ada perempuan lain dalam hati saya selain isteri saya”marah danish
“tapi dia tak sebaik yang awak kira sebab dia mengandung anak luar nikah”ucap cikgu izyan
“syifa mengandungkan anak saya dan saya akan buat laporan terhadap awak yang sudah mengfitnah serta mencemarkan nama baik isteri saya”tegas danish
Panggilan itu ditutup oleh danish dengan emosi..syifa hanya menatap danish dengan wajah biasa dan dia memegang tangan danish dengan lembut...danish memalingkan wajahnya ke arah syifa dan memeluk syifa dengan erat..
“jangan marah-marah..”ucap syifa manja
“abang tak boleh dengar ada yang hina isteri abang”balas danish
“apa kata kalau kita sambung makan”ucap syifa
“sayang masih lapar lagi ke”tanya danish
“masih”jawab syifa
Danish sambung menyuap syifa makan dan selepas kenyang makan,syifa bersandar di badan danish sambil mendengar perbincangan mereka semua..sedar tak sedar,syifa sudah lena dibuai mimpi dalam pelukkan danish...mereka tertawa dengan sikap syifa..
“dah kenyang makan,tidur pulak”ucap datin zulaikha
“biarkan dia..dia dah kenyang mesti nak tidur dalam dakapan suami dia”balas tan sri halim
“nampak macam syifa tak boleh berengang dengan danish pulak”ucap puan sri nora
“betul sebab dia asyik melekat sahaja dengan danish”tambah dato zamarul
“makin susah kamu nak bergerak danish lepas ini”ucap dato zamarul
“tak apa lah papa..lagipun danish memang nak jaga syifa selama dia mengandung dan danish tidak mahu apa-apa terjadi pada syifa lagi”ucap danish
Danish membawa syifa ke bilik agar lebih selesa untuk tidur..sebergitu sayangnya danish terhadap syifa sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk syifa..danish membaringkan syifa dia atas katil berbantalkan lengannya agar syifa semakin selesa...
“kau akan terima akibatnya sebab sudah menipu aku dan membuat hati aku hacur sehancurnya...”
Pihak polis sudah menjumpai di mana mika berada dan saat ini dia masih tidak menyadari ada yang mengikutinya...mika sedang makan dia sebuah restoran seorang diri dan disaat dia keluar,detektif khairul datang menahannya..
“encik mika ke”tanya detektif khairul
“iya saya mika,ada apa yer”jawab mika
“encik sila ikut kami ke IPD untuk membantu dalam kes pembunuhan Sarah Nadia”balas detektif khairul
“tapi saya tak salah”ucap mika
“salah atau tidak,nanti kita bicarakan..jalan encik”balas detektif khairul
Mika hanya pasrah dibawa ke IPD Bukit Aman untuk di minta keterangan..amanda sedang menyusun rancangan untuk membalas apa yang sepatutnya syifa dapatkan dan merebut danish kembali...
“bagaimana encik mika”tanya ASP zulina
“saya memang tidak tahu apa-apa”ucap mika
“jangan bohong”balas detektif amri
“saya tak bohong..puan”jawab mika
“awak dibenarkan balik dan jika kami perlukan bantuan,kami akan hubungi awak”ucap ASP zulina
“baik puan”balas mika
Share this novel