Kring...kring...
Waktu rehat sudah tiba dan syifa bersama kawan-kawannya kini berjalan menuju kantin...syifa tidak perasaan jika danish dari tadi memerhatikannya yang tidak senyum langsung seperti ada yang tidak kena...
“ada apa dengan dia”ucap danish sendiri
Tiba di kantin,amanda melihat syifa dan berjalan mendekati syifa..dia menjatuhkan dirinya dan membuat seperti syifa yang menolaknya..syifa tidak memperdulikan amanda yang jatuh,dia terus membeli makanan dan duduk..sarah membantu amanda untuk bangun dan menyalahkan syifa...
“apa yang kau tak puas hati dengan amanda,sampai kau tolak dia jatuh”ucap sarah
“bila pulak syifa tolak amanda nie”soal linda
“kau buta ker yang syifa tolak amanda”jawab sarah
“aku tahu lah yang syifa tak puas hati dengan amanda sebab tu dia tolak amanda”tuduh sarah
Amanda berjalan menghampiri syifa dan amanda seolah-olah ingin meminta maaf tetapi dia menjatuhkan dirinya ke lantai...syifa hanya pandang sahaja dan meneruskan makan..
“aku nak minta maaf jer dengan kau tapi kenapa kau tolak aku”ucap amanda yang pura-pura menangis
“SYIFA...kau nie dah gila agaknya..sesuka hati main tolak orang”marah sarah
“kau buta ker yang amanda nie memang senjaga cari perhatian orang sekeliling sebab tu dia buat semua ini”balas linda
Syifa bangun dari kerusi dan terus pergi dari kantin,diikuti oleh linda dan juga lisa..syifa tidak ingin mencari pasal dengan sesiapa kerana dia malas nak mengadap muka danish lagi nanti..amanda tidak puas hati dan mengikuti syifa kemana syifa pergi untuk membuat syifa dihukum..
“minah gila tu follow kita lah”ucap linda
“biarkan jer lah”balas syifa
“asal dia ikut kita”soal lisa
“entah-entah dia nak buat drama lagi tak”ucap linda
Tekaan linda memang betul dan dia menghalangi jalan syifa di tangga...
“kau nak kemana”soal amanda
“kelas”jawab syifa
“urusan kita belum selesai lagi”ucap amanda
“urusan drama kau yang tak menjadi tu”balas syifa
Disaat itu cikgu izyan dan cikgu izzati lalu di sana yang membuatkan amanda melakukan aksinya itu..
“AMANDA”jerit sarah
Cikgu izyan dan juga cikgu izzati datang menghampiri amanda yang sudah tergolek macam nangka busuk tepi tangga..melihat apa yang terjadi membuatkan syifa dan kawan-kawanya di panggil ke bilik displin..amanda dibawa ke ruang rawat untuk mendapatkan rawatan,sedangkan dia tak sakit pun..
“masalah apa lagi yang kamu bertiga lakukan”soal cikgu danish
“kitaorang tak salah”ucap linda
“saya yang tolak amanda sampai jatuh..mereka berdua tak salah”ucap syifa
“syifa..asal kau kena mengaku benda yang kau tak buat..”marah lisa
“kamu berdua dah boleh masuk kelas”ucap cikgu danish
“tapi cikgu”balas linda
“masuk kelas sekarang”ucap cikgu danish dengan tegas
“baik cikgu”ucap linda dan lisa
Danish bangun dan kunci pintu bilik..sekarang ini hanya ada dia dan syifa sahaja dalam bilik itu..danish menatap syifa seperti ingin menerkam sahaja...syifa hanya diam dan dan tidak berani menatap danish kerana syifa telah melanggar peraturan yang disetujui oleh mereka berdua...
“hey,tengok sini”ucap danish
Syifa hanya tunduk dan tidak mendengar apa yang danish katakan..
“pandang sini bila suami tengah bercakap”ucap danish dengan tegas
Syifa pandang ke arah danish dengan pandangan yang biasa sahaja dan sebenarnya dia sangat takut jika danish memberi hukuman itu di rumah.faham-faham sahaja lah bila dah kahwin nie..hahahaha
“kenapa mengaku perkara yang sayang tak buat”ucap danish
“hah”terkejut syifa
“abang nampak semuanya dan abang tahu yang amanda buat semua tu dengan cara sengaja”ucap danish
“tapi..”jawab syifa
“dah..tak perlu risau,nanti sayang berdiri sahaja depan kelas setengah jam”ucap danish
“untuk apa”soal syifa
“untuk orang nampak seolah-olahnya,sayang kena denda dengan abang”jawab danish
“baiklah”balas syifa
Syifa keluar dari bilik displin dan berdiri di balkoni kelas seperti apa yang diminta oleh danish..sebenarnya danish tidak mahu menghukum syifa tetapi ini juga sebahagian besar cara danish agar tiada sesiapa yang curiga tentang hubungannya dengan syifa..
“kau tahu tak yang syifa kena hukuman apa”soal amanda
“dia kena berdiri dekat koridor kelas jer”jawab sarah
“WHAT”terkejut amanda
“apasal pulak kau nie”tanya sarah
“aku nak dia kena hukuman yang berat bukan setakat kena berdiri dekat koridor sahaja”ucap amanda
“nanti buatlah plan lain yang lebih bagus daripada ini”ucap sarah
“plan apa”soal amanda
Sarah memberitahu apa yang patut amanda lakukan agar syifa dapat hukuman yang lebih berat sehingga syifa akan digantung sekolah..amanda tersenyum mendengar apa yang sarah bisikkan kepadanya..dia sangat suka dengan apa yang sarah katakan..
“nanti kita akan buat dan aku nak tengok sama ada dia akan menang atau kalah nantinya”ucap amanda
“kali ini dia tak akan menang kalau dia lawan kau sebab rancangan itu tak mungkin gagal”balas sarah
Syifa balik rumah dengan muka dan wajah yang sangat penat..dia terus masuk bilik dan membersihkan diri..selesai baut semua itu,syifa terus tidur dan tidak memikirkan tentang makan..danish balik dan bertembung dengan datin zulaikha...
“kenapa dengan syifa tu danish..mama tengok penat semacam jer”soal datin zulaikha
“dia kena denda mama”jawab danish
“tak habis-habis buat masalah”ucap datin zulaikha
“salah faham jer mama”balas danish
Danish masuk bilik dan melihat syifa sedang tidur..danish membersihkan badan dan mengambil minyak untuk disapu pada kaki syifa kerana danish tahu mesti penat berdiri selama setengah jam,walaupun sebenarnya syifa pernah berdiri lebih lama daripada itu..
“abang tahu sayang mesti akan marah dengan abang sebab buat macam tu dekat sayang..maafkan abang”ucap danish
Syifa merasa tidurnya terganggu kerana kakinya di urut oleh seseorang..dia membuka sedikit mata dan melihat danish sedang urut kakinya dengan bergitu lembut dan tidak mengambil kesempatan..syifa ingin mengetahui sikap danish dengan meletakkan kakinya di bahu danish untuk menguji danish..
“ya ampun sayang...lasaknya tidur...”ucap danish sambil meletakkan kaki syifa di atas bantal untuk di urut..
Respon luar biasa yang dia dapat dari sikap danish terhadapnya..dia mencuba lagi dengan menendang danish sehingga jatuh dan ingin melihat reaksi danish..danish bangun dan kembali duduk di atas katil untuk mengurut kaki syifa..
“kenapa dia tak marah sedangkan aku tendang dia kot”ucap syifa dalam hati
Danish sebenarnya tahu yang syifa sudah bangun dari tidur tetapi dia pura-pura tak tahu sebab tak nak menimbulkan kegaduhan antara mereka berdua..selesai urut kaki syifa,danish menarik selimut menutupi kaki dan badan syifa agar lebih selesa untuk tidur..
“semoga tidur yang indah yer sayang”bisik danish di telinga syifa
Merinding syifa mendengar apa yang danish ucapkan padanya...danish masuk ke dalam bilik air untuk mencuci tangan...syifa terus sambung tidur selepas merasa selesa dengan kakinya yang telah di urut oleh danish..sudah ada rasa cinta tetapi masih ditutupi dengan amarah...apa lah syifa nie,suami punya handsome dia biarkan..nanti di ambil orang baru tahu..
Share this novel