cikgu izyan sekarang ini sedang di dalam masalah kerana surat saman yang dia dapatkan itu dan tiada siapa yang membantunya untuk menyelesaikan masalah itu..
Pihak sekolah mendapat khabar tentang sarah yang sudah meninggal dan akan dikebumikan pada esok hari seepas waktu asar kerana pihak polis ingin membuat posmotem terhadap sarah..
“assalamulaikum w.b.t kepada semua warga sekolah,saya ingin menyampaikan berita duka kepada semua seorang pelajar kita telah kembali ke rahmatulallah sbentar tadi iaitu Nur Sarah Nadia Binti Mohd Lokman,kelas 5 Mawar dan akan disemadikan pada esok hari selepas waktu asar..mari kita membacakan Al-Fatihah untukunya dan semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang yang beriman”ucap pengetua
Berita itu membuat seluruh sekolah menjadi gempar dan ada yang menangis kerana kehilangan kawannya..amanda seperti tidak merasa apa-apa atau mungkin dia terlibat dalam kes sarah..tiada yang tahu semua itu sehingga siasatan polis berakhir dengan jawapan yang pasti..
“tak mungkin sarah meninggal”ucap amanda
“sabar amanda”ucap cikgu farah
“saya nak balik...saya nak balik”ucap amanda
“saya akan hubungi keluarga awak untuk jemput awak balik rumah”ucap cikgu farah
Sementara itu di balai polis,syifa di soal siasat dengan pelbagai soalan dan syifa menjawabnya dengan tenang dan jujur seperti yang diminta..selesai soal siasat dan syifa dibenarkan pulang ke rumah kerana semua persoalan sudah dijawab oleh syifa dengan baik...
“sayang tak sangka pengakhiran hidup sarah bergitu tragis”ucap syifa
“abang lagi tak angka yang sarah dibunuh dan siapa yang lakukan itu terhadap dirinya”balas danish
“sayang harap pembunuh sarah cepat ditangkap dan dihukum seberat-beratnya”ucap syifa
Amanda tiba di rumah sarah dan terus menemui puan nia..amanda tidak sangka semua itu terjadi terhadap sarah...apa sebenarnya yang berlaku kepada sarah???
“aunty”ucap amanda
“amanda...”ucap puan nia
“sabar aunty..manda sudah tahu tentang sarah dari sekolah dan manda terus datang sini”ucap amanda
“sarah satu-satunya anak yang aunty ada dan sekarang sudah tiada sesiapa lagi...”ucap puan nia
“bila jenazah sarah akan tiba dekat ruamh”tanya amanda
“nanti petang pihak hospital akan hantar ke sini”jawab puan nia
Syifa dan danish sudah tiba di rumah selepas seharian keluar tanpa khabar berita daripada mereka berdua..datin zulaikha sudah mengetahui tentang kematian sarah dari berita yang disiarkan tadi...dia ingin tahu adakah itu betul atau tidak..
“syifa...betul ke apa yang mama dengar tentang kawan kamu yang namanya sarah sudah meninggal”tanya datin zulaikha
“betul mama dan kami baru balik dari balai polis”jawab syifa
“kenapa kamu berdua pergi balai polis”tanya datin zulaikha
“polis ambil keterangan kami sahaja”jawab danish
“tak perlah..kamu berdua pegi rehat yer”ucap datin zulaikha
“baiklah mama”syifa
Jenazah sarah kini telah tiba di rumahnya dan saat ini ramai yang datang menziarahi ke rumah sarah termasuk beberapa guru dan juga rakan sekolah kerana memandangkan saat itu sudah malam..
Cikgu izyan juga berada di sana melawat keluarga sarah...bapa sarah baru sahaja mendarat di lapangan terbang antarabangsa dan terus kembali ke rumah setelah mendengar tentang anaknya..
“sarahhhhh”jerit Encik lokman
Berbagai rasa sedang menyelubungi hati dan perasaannya saat ini..satu-satunya anak sudah tiada dan meninggalkan buat selama-lamanya..
“sarah...jangan tinggalkan papa sayang”ucap encik lokman
“bawak bersabar,semuaya sudah terjadi”ucap puan nia
“tapi sarah satu-satunya nak yang kita ada tapi siapa yang lakukan semua inii terhadap sarah”balas encik lokman
Lisa dan linda jugak datang ke rumah sarah untuk menziarah keluarga dan mereka memberikan doa yang baik buat sarah walaupun selama ini sarah selalu mencari masalah kepada mereka..amanda datang ke arah linda dan lisa..
“korang ikut aku”ucap amanda
Lisa dan linda ikut apa yang amanda katakan..mereka pergi tidak agak jauh dari kawasan rumah sarah..amanda terus membalikkan badan ke arah mereka berdua..
“kenapa korang datang sini”tanya amanda
“kita orang datang nak menziarah lah,apa lagi”jawab linda
“tak payah nak buat baik kalau korang adalah penyebab sarah meninggalkan”ucap amanda
“kau merepek apa nie”soal lisa
“aku tahu kau,linda dan syifa yang bunuh sarah kan”tuduh amanda
“kau memang gila”marah linda
Linda dan lisa meninggalkan amanda di sana kerana mereka tidak mahu mendengar tuduhan dari amanda terhadap mereka bertiga..linda menghubungi syifa untuk memberi tahu tentang perkara itu..
“kau biar betul dia cakap macam itu”ucap syifa
“iya,takkan aku nak tipu kau pulak”balas linda
“sampai macam itu sekali dia cakap pasal kita”ujar syifa
“aku rasa di simpan dendam dengan kau sebab dia kena gantung sekolah tu”balas linda
“tak apa lah..nnti esok kita borak pasal itu semua okey..”ucap syifa
“okey”balas linda
Danish mendengar semua apa yang linda ceritakan kepada syifa mengenai apa yang amanda katakan kepada mereka bertiga..sepertinya amanda memang tidak berpuas hati dengan syifa dan dia masih tidak dapat miliki danish..
“kau akan menyesal syifa emyliana”
Keesokan harinya,hampir semua warga sekolah datang menziarahi sarah buat kali terakhir di tanah perkuburan islam wilayah...awan mendendung mengiringi jenazah sarah di tanah perkuburan...suasana pilu dan sedih disana kerana kehilangan seorang anak,kawan dan pelajar..
“semoga kau tenang disana sarah dan aku doakan semoga kau dikelilingi orang yang beriman”ucap syifa
Banyak yang mendoakan sarah..
“tenang disana sarah” ucap lisa
“semoga kita bertemu nanti sarah”ucap linda
“semoga tenang S-A-H-A-B-A-T” ucap amanda
“semoga tenang disana sarah”ucap cikgu izyan
Syifa datang bertemu dengan keluarga sarah di rumah kerana ada perkara yang ingin dia sampaikan kepada mereka berdua...dia disambut baik oleh kedua orang tua sarah di rumah itu dan dia dipersilakan duduk di ruang tamu..
“saya minta maaf dengan uncle dan aunty sebab ganggu waktu macam ini”ucap syifa
“tak mengapa,ada apa yang kamu ingin sampaikan”tanya encik lokman
“saya datang kesini kerana ada amanah dari sarah yang perlu saya sampaikan pada aunty dan uncle”jawab syifa
“amanah..maksud kamu apa”soal puan nia
“saya dapat pesanan ini sehari sebelum sarah dilaporkan hilang”jawab syifa sambil menghulurkan telefon miliknya
Terdapat sebuah video dari sarah untuk mama dan papanya yang dia ingin syifa sampaikan kepada mereka jika dia tidak kembali..video itu dimainkan..
“assalamulaikum papa,mama...ini sarah dan sarah ingin mohon maaf pada papa dan mama jika sarah tak akan pulang lagi kerana sarah sudah tiada...sebenarnya saya ingin mama dan papa tahu yang sarah sangat sedih apabila mama dan papa bercerai..sarah tahu yang sarah bukan anak yang baik tetapi sarah nak yang terbaik buat papa dan mama..maafkan sarah sebab sarah sudah tidak lagi berada disisi papa dan mama...sarah sayangkan papa dan mama sampai akhir hayat sarah walaupun sarah tak sempat untuk menjaga papa dan mama tapi sarah harap papa dan mama tak akan lupakan sarah...sarang sayang papa dan mama..”
Puan nia dan encik lokman terus menangis apabila mendengar video ucapan sarah yang sarah sediakan sebelum dia menghilang..syifa turut bersedih kerana apa yang dia dengar itu adalah luahan hatinya yang terdalam..
“boleh kamu send video itu pada aunty”ucap puan nia
“boleh aunty”jawab syifa
“apa lagi yang sarah cakap kepada kamu”tanya encik lokman
“sarah hanya pesan untuk berikan video itu pada aunty dan uncle sahaja dan beritahu jangan risau tentang keadaan dia walaupun dia....”ucap syifa
“walaupun dia apa...”tanya encik lokman
“walaupun dia tiada di dunia ini lagi”jawab syifa sambil menahan air mata
Setelah selesai memberi amanah yang arwah sarah tinggalkan untuk kedua ibubapanya,syifa pun pulang dan dia dijemput oleh zul kerana danish ada urusan penting dengan peguam yang menguruskan kes syifa dengan cikgu izyan..
“maaf puan..saya yang jemput”ucap zul
“tak mengapa”jawab syifa
Amanda menahan kereta yang dinaiki syifa untuk berhenti lalu dia memberi nota kepadanya..syifa menutup tingkap kereta dan menyuruh zul jalan untuk pulang ke rumah..
“puan okey ker’soal zul
“ada nampak saya tak okey ker”balas syifa
Sampai sahaja di rumah,syifa terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam agar tiada siapa yang bisa masuk..zul menghubungi danish dan menceritakan apa yang terjadi yang membuatkan danish kembali ke rumah dengan pantas untuk mengetahui apa yang terjadi pada isterinya...
Tok...tok...
Clekkkk...
“sayang”panggil danish
Hikssss.....hikssss....hikss...
“kenapa nie sayang”tanya danish
Syifa hanya menunjukkan kertas yang dia pegang itu kepada danish...danish sangat terkejut apabila melihat tulisan di atas kertas itu...
“P-E-M-B-U-N-U-H”
Danish menenangkan syifa dan syifa pun tertidur kerana terlalu penat menangis..danish pergi balai polis untuk membuat laporan yang isterinya dia beri kertas yang bertulisan “PEMBUNUH”...
“saya harap kes ini disiasat dengan sangat teliti dan jangan buat kesilapan sedikit pun” ucap danish
“baik...saya faham apa yang encik danish katakan”balas ASP hazrul
Danish pulang kerumah dan dia dipanggil ke ruang tamu oleh daddynya..
“apa yang dah jadi ini danish”ucap tan sri halim
“ini”balas danish sambil menunjukkan gambar tulisan itu
“siapa punya kerja nie”tanya puan sri nora
“danish pun tak tahu dan sekarang danish nak call dokter untuk periksa keadaan syifa..”balas danish
Share this novel