Chapter 2

Romance Series 8429

Sampai di rumah,syifa terus ganti baju dan terus keluar semula untuk berjumpa dengan lisa dan linda...mereka janji untuk lepak di cafe sambil melakukan kerja sekolah...

"Mama...syif keluar dulu dengan lisa dan linda"ucap syifa
"Jangan balik lambat"balas Puan Zulaikha
"Baik mama"ucap syifa

Mereka sudah berkumpul sambil buat kerja sekolah dan tiba-tiba telefon syifa berdering...

Kring...kring...

"Mika"

Syifa tidak menjawab panggilan itu manakala dia terus slient kerana tidak mahu diganggu...

"Siapa call"soal lisa
"Siapa lagi kalau bukan si mika tu"jawab syifa
"Dia masih berharap nak get back dengan kau"tanya linda
"Maybe"balas syifa
"Gila tu orang...dah curang tapi tak sedar diri"ucap lisa
"Memang tak sedar diri pun"balas syifa

Mereka berbual-bual setelah selesai melakukan kerja sekolah....sedang mereka berbual tiba-tiba ada orang menarik tangan syifa...

"Lepas lah"ucap syifa
"Ikut I sekejap"ucap Mika
"No"balas syifa
"Kenapa"soal mika
"Antara kita sudah selesai dan tak akan ada apa-apa lagi sampai mati"jawab syifa
"Ikut I"ucap mika sambil menarik syifa

Pang....

Satu tamparan hebat melekat di pipi Mika daripada syifa...bergitu geramnya syifa dengan mika sehingga melakukan perkara itu...

"I dah cakap yang I tak akan ikut U dan I dah cakap lepaskan tangan I tapi U degil...lebih baik U pergi daripada sini"marah syifa
"Okey I akan pergi tapi U kena ingat yang I tak akan lepaskan U"ucap mika

Mika pun pergi daripada situ selepas ditampar oleh syifa...linda dan lisa sangat terkejut dengan syifa yang menampar mika secara tidak sengaja...

"Mantap"ucap lisa dan linda

Syifa duduk dan masih diam kerana dia ingin menenangkan dirinya agar tidak marah lagi...bagi dia mika sudah keterlaluan sehingga dia menarik tangan syifa dengan kasar...

"Melampau sangat"ucap syifa
"Betul"balas lisa
"Tapi kenapa dia tak boleh move on"tanya linda
"I don't know "jawab syifa

Mereka bergerak ke Track untuk melihat Racing yang selalu mereka datangi walaupun mereka di bawah umur tetapi mereka selalu datang sebagai penonton...

"Tak seperti biasa"ucap lisa
"Betul"balas linda

Syifa hanya melihat tanpa bersuara kerana dia masih memikir apa yang akan mika lakukan selepas ini agar mereka kembali bersama...dia masih tidak bisa menerima mika lagi selepas apa yang dia lihat...mika lebih tua daripada syifa...

"Kau pahal"tanya lisa
"Tak ada apa lah"jawab syifa
"Releks lah"ucap linda
"Aku nak balik lah..."ucap syifa
"Awal lagi"balas linda
"Tak ada mood lah"jawab syifa

Mereka kembali ke rumah masing-masing selepas dari Track..syifa memang tidak mahu ada urusan lagi dengan mika kerana dia tidak ada perasan lagi pada mika...

Keesokkan paginya....

Syifa berlari dari pagar sekolah ke arah kelas tetapi dia terlanggar seseorang sehingga dia jatuh dan terluka...

Bugh...

"Aduh..."ucap syifa
"Maafkan saya"ucap Danish
"Tak apa-apa...saya yang minta maaf sebab dah terlanggar"balas syifa
"Mari saya tolong"ucap danish
"Tak mengapa"balas syifa

Syifa bangun dan terus ke kelas kerana dia sudah terlambat....sampai di kelas dia terus duduk dan melihat luka di tapak tangannya akibat jatuh...

"Kenapa dengan tangan kau"soal lisa
"Jatuh"jawab syifa
"Macam mana boleh jatuh"tanya linda
"Aku terlanggar seseorang tadi"jawab syifa
"Siapa"soal lisa
"Mana lah aku tahu dan korang tanya aku macam polis pulak"ucap syifa

Itu adalah hari pertama Danish lapor diri di sekolah dan dimana syifa pun sekolah di sana...danish pindah dari sekolah lama kerana ingin dekat dengan keluarga... selepas lapor diri,danish kembali ke rumah kerana dia akan mula mengajar pada esok hari...

"Semua pelajar perempuan tingkatan 5 diminta pergi ke dewan semasa rehat nanti"

Mereka semua terkejut kenapa hanya pelajar perempuan sahaja yang dipanggil ke dewan dan bukan semua pelajar...semua pelajar datang ke dewan dan duduk mengikut kelas...

"Asal kita kena panggil ke sini"tanya Rina
"Itu lah..kenapa yer"balas zila

Syifa sudah duduk dalam barisan sambil makan nugget yang dibeli di kantin sebelum ke dewan...syifa yang sedang makan tiba-tiba makanan dia di rebut dan dibuang ke lantai oleh Amanda...

"Kau apa hal"tanya syifa
"Sahaja jer"jawab amanda
"Kau memang suka cari pasal dengan aku kan"ujar syifa
"Memang...kenapa ada masalah atau kau tak suka"soal amanda
"Kau memang gila"ucap lisa
"Jangan ikut campur"balas amanda sambil menolak lisa sehingga jatuh

Akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri di dewan itu sehingga ada guru yang datang meleraikan pergaduhan itu...

"SUDAH" marah Cikgu Aiman

Mereka tidak bergerak dari tempat mereka kerana takut....mereka disuruh duduk kembali dan selesai sahaja daripada perjumpaan itu baru mereka akan dibawa ke bilik disiplin....

"Nama yang saya panggil sila ke depan"ucap Cikgu Mia

• Amanda
• Sarah
• Lisa
• Linda
• Mimi
• Rina
• Aina
• Syifa

Mereka ke depan selepas nama mereka disebut oleh Cikgu Mia...entah sebab apa mereka di panggil ke depan dan atas alasan apa....

"Saya nak tanya awak 8 orang...siapa yang sudah mempunyai 'Boyfriend' tak kesah di dalam sekolah atau luar sekolah"ucap cikgu izyan

Tidak ada yang mengaku sehingga mereka dipaksa menjawab jika tidak mereka akan kena sebat sebanyak 10 kali daripada cikgu aiman...6 orang mengaku mempunyai 'Boyfriend' kerana tidak mahu di rotan..

"Awak syifa"soal cikgu izyan
"Dah putus"jawab syifa
"Sejak bila"tanya cikgu izyan
"8 bulan lepas"jawab syifa

Amanda geram dengan syifa yang dikira berlakon supaya tidak terlibat dalam keadaan seperti itu dan dianggap tidak bersalah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience