Chapter 22

Romance Series 8429

“sila jawab soalan yang saya tanya tadi”ucap ASP zulina
“saya tak tahu apa-apa”jawab amanda
“awak yakin yang awak tak tahu”soal ASP zulina
“iya”jawab amanda
“tapi kami ada bukti yang awak datang ke hotal di mana sarah menginap dan ingin berjumpa dengannya tetapi dia tiada”ucap ASP zulina
“saya tak faham”balas amanda
“awak datang ke hotel untuk berjumpa dengan sarah tetapi sarah tiada di sana...tarikh yang awak datang itu adalah 3 hari sebelum sarah dilaporkan hilang..bermakna awak tahu sebenarnya sarah ada dimana sebelum dia hilang..kan amanda..”ucap ASP zulina

Amanda hanya diam sahaja dan tidak menjawab apa yang ditanya kerana semua itu benar..ASP zulina membenarkan amanda pulang dan dia akan dipanggil jika ada keterangan yang diperlukan lagi...amanda sangat lega kerana dia dibenarkan pulang dan dia tidak disyaki sebagai suspek..

“esok sayang akan ke sekolah kerana esok paper terakhir sayang”ucap syifa
“sayang yakin nak ke sekolah”tanya danish
“yakin dan esok paper akhir..lagipun sayang rindu dengan lisa dan linda,lama tak jumpa dengan dieorang”jawab syifa
“baiklah tapi ingat,jaga keselamatan dan jaga baby kita elok-elok..”pesan danish pada syifa
“baik abang”jawab syifa sambil peluk lengan danish

Keesokan paginya,selesai sarapan syifa ke sekolah dihantar oleh zul yang ditugaskan oleh danish menjaga keselamatan syifa lebih ketat lagi selama berada di sekolah..

“pagi guys”ucap syifa
“pagi syifa”jawab linda dan lisa
“korang kenapa”tanya syifa
“kau tahu tak yang amanda semalam kena panggil polis sebab kes sarah tu”jawab linda
“mana kau tahu”soal syifa
“aku dengar dari irfan sebab amanda dengan irfan kan satu taman”jawab linda
“ooo” balas syifa

Perbualan mereka terhenti apabila melihat amanda yang sudah tiba di dewan ujian...amanda memandang syifa dengan segala rasa yang ada...sementara itu,cikgu izyan yang kini sudah berada di hadapan danish untuk berbicara sesuatu....

“nak cakap apa”tanya danish
“maaf kalau saya ganggu masa awak”ucap cikgu izyan
“boleh teruskan”balas danish
“sebenarnya saya nak awak lamar saya jadi isteri saya”ucap cikgu izyan
“APA”terkejut danish
“iya...saya nak awak lamar saya jadi isteri awak yang sah dan saya janji akan jadi isteri yang baik buat awak”ucap cikgu izyan
“saya hanya anggap awak rakan sekerja sahaja dan tak lebih dari itu”balas danish
“tapi kita boleh cuba kan”tambah cikgu izyan
“saya rasa dah tak ada yang hendak dikatakan lagi..saya pergi dulu”balas danish

Syifa sudah selesai menjawab soalan peperiksaan dan itu adalah subjek terakhir...syifa dan sahabatnya bergambar untuk kenangan dan saat itu amanda membaling batu ke arah syifa..batu yang dibaling terkena bahagian kepala syifa dan berdarah..

“kau apa pasal amanda”jerit linda
“pura-pura baik dan suci sedangkan kau itu manusia bertopengkan syaitan syifa”ucap amanda
“mulut kau baik sikit cakap tu”marah lisa
“kenapa kau nak backup perempuan hipokrit ni sedangkan dia sendiri tak bela diri dia,maknanya apa yang aku akap itu betul”ucap amanda
“kau ini dah melampau lah”marah linda

Linda ingin menampar amanda tetapi lisa menghalang kerana dahi syifa mengeluarkan darah..mereka membawa syifa ke ruang rawatan untuk mengubati luka syifa..

Perkara itu diketahui oleh cikgu mawar yang sememangnya guru bertugas pada masa itu..dia datang ke ruang rawat untuk mengetahui bagaimana keadaan syifa sekarang..

“macam mana dengan syifa”tanya cikgu mawar
“dahi syifa luka dan sedang diubati cikgu”jawab lisa
“apa yang terjadi sebenarnya”tanya cikgu mawar
“amanda lempar batu pada syifa dan dia yang mulakan semuanya dulu”jawab linda

Sementara itu,zul memberi mesej pada danish untuk memberitahu bahawa syifa terluka akibat dilempar batu oleh amanda..

“saya suruh awak jaga syifa tapi kenapa awak lalai”marah danish
“maaf tuan..tadi saya ke tandas sekejap dan bila saya kembali ke dewan tengok puan syifa dah terluka sahaja”jawab zul
“sudahlah..awak tunggu syifa di ruang rawat dan selepas itu bawa dia pulang ke rumah dengan SELAMAT”ucap danish
“baik tuan”balas zul

Zul terus ke hadapan ruang rawat yang disana ada lisa,linda dan cikgu mawar yang sedang menunggu khabar tentang syifa..

“encik siapa dan buat apa kat sini”tanya cikgu mawar
“saya driver cik syifa dan ditugaskan untuk membawa cik syifa pulang ke rumah selepas selesai ujian”jawab zul
“tapi ini masih jam sekolah”ucap cikgu mawar
“saya tahu tapi tugas saya adalah menjaga cik syifa agar selamat”balas zul
“baiklah”ucap cikgu mawar

Keadaan syifa sekarang ini tidak terlalu serius dan sekarang ini syifa bisa melakukan aktiviti seperti biasa..kemana sahaja syifa pergi,dia akan diikuti oleh zul kerana itu adalah arahan daripada danish yang tak ingin syifa terluka lagi..

“kenapa awak ikut saya”tanya syifa
“maafkan saya puan,ini arahan tuan”jawab zul
“baiklah..tapi ingat jangan panggil saya puan”ucap syifa
“baik puan”jawab zul

Mendapat jelingan tajam dari syifa menbuatkan zul terdiam dan merasa sangat takut...dia tersilap cakap sehingga membuat syifa menjadi marah..syifa dan sahabatnya ke kantin untuk membeli makanan dan ikuti oleh zul yang membawa barang miliknya..

“pergi sekolah pun nak bawak bodyguard ke”sindir amanda
“jelouse lah tu”ucap syifa
“hahahaha...kau cakap aku jelouse sebab kau ada bodyguard...dah macam budak kecik”balas amanda
“kau kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh ke”ucap syifa
“tak boleh selagi kau tak mati dan menghilang sebab selagi kau ada,selagi itu cikgu danish tak pandang aku”balas amanda
“malas aku nak layan”ucap syifa

Syifa terus mengambil makanan dan duduk bersama sahabatnya ditemani zul yang sentiasa berada di dekat syifa..mereka makan dan tertawa bersama sehingga ada suatu kejadian berlaku...

Byurrrrr.....

“apa nie”ucap syifa
“hadiah khas untuk kau”ucap amanda
“tolong jangan buat masalah dengan cik syifa”ucap zul
“eh..kau tu Cuma bodyguard sahaja dan tak ada hak nak halang aku untuk cari pasal dengan perempuan tak ada maruah ini”ucap amnada
“saya ada hak sebab ini anak majikan saya”ucap zul

Pang....

Mendarat sebuah tamparan di wajah zul kerana lantang berbicara dengan amanda...amanda memang tidak bisa ditegur dan dia mengambil kuah sup yang panas untuk disimbah di wajah syifa tetapi kuah sup itu terkena di badan zul yang melindungi syifa..

“eh pengawal b*d*h ketepilah....ini urusan aku dengan perempuan tak tahu malu ini”jerit amanda

Saat itu pengetua yang sudah tiba di sana pun melihat apa yang amanda lakukan terhadap syifa dan memanggil mereka berdua ke biliknya untuk diminta keterangan apa yang berlaku..amanda sudah melampau terhadap syifa dan ibunya diminta ke sekolah..

“apa yang terjadi”tanya pengetua
“syifa yang mulakan cikgu,dia yang tumpahkan kuah mee sup saya sebab itu saya marah”ucap amanda

Syifa hanya diam kerana dia merasakan mual yang membuatkan syifa ingin muntah..masa itu cikgu izyan yang kebetulan datang kerana ingin berjumpa dengan pengetua melihat amanda dan syifa di sana..

“apa kesalahan yang awak berdua lakukan kali ini”tanya cikgu izyan
mereka berdua hanya diam sahaja dan tidak menjawab pertanyaan cikgu izyan..syifa bangun dan keluar dari bilik pengetua terus ke tandas kerana ingin muntah..semasa berada di tandas,syifa muntah dan dia diberikan minyak oleh linda..

“kau okey tak”tanya lisa
“okey..Cuma mual sahaja”balas syifa
“kau kenapa mual-mual macam nie”tanya linda
“aku okey sahaja”jawab syifa
“syifa...kau...”ucap lisa sambil menutup mulut

Apa maksud lisa berbicara seperti itu atau lisa tahu yang syifa mengandung....linda terlihat bingung dengan sikap lisa selepas terpegang perut syifa..

“diam...kalau kau tahu sesuatu”ucap syifa
“maknanya betul lah”soal lisa
“korang cakap pasal apa”tanya linda
“syifa menga...”ucap lisa

Mulut lisa ditutup oleh syifa kerana dia tidak mahu ada yang tahu tentang itu dahulu..linda sudah tahu apa maksud lisa dan syifa...linda menutup mulutnya kerana terkejut apabila dia tahu syifa mengandung sedangkan selama ini syifa tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki selain mika tetapi syifa tidak semurah itu untuk menyerahkan maruahnya walaupun pernah di minta beberapa kali oleh mika..

“macam mana boleh jadi macam nie”tanya linda

Tiba-tiba...

“syifa..pengetua suruh masuk bilik dia sekarang..”ucap cikgu mawar
“baik cikgu”balas syifa

Syifa terus keluar dan pergi ke bilik pengetua kerana dia masih lagi belum dia tanya oleh pengetua dan di sana ibu amanda sudah ada...setiba sahaja syifa disana,ibu amanda bangun dan....

Pang...

Ibu amanda menampar syifa sehingga syifa terjatuh ke lantai...syifa memegang perutnya yang terasa sakit tetapi dia hanya menahan sahaja..

“apa yang kamu tidak suka pada anak saya sehingga kamu buat bergitu...”ucap puan suri
“saya tak buat apa-apa”jawab syifa
“tak buat apa-apa kamu cakap sedangkan kamu selama ini buat saya saya sehingga dia dihukum dan dia dipanggil oleh pengetua..”ucap puan suri

Sementara itu,pengetua sedang sibuk menahan puan suri dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya...pengetua meminta puan suri untuk duduk,sementara cikgu mawar membantu syifa untuk duduk di kerusi..

Amanda tersenyum melihat syifa yang berada di atas lantai...

“sebenarnya saya memanggil puan bukan untuk puan hukum syifa tetapi saya ingin meberitahu bahawa amanda akan diberikan hukuman kerana dia telah mencederakan kawannya semasa rehat di kantin..”ucap pengetua
“mana mungkin anak saya buat macam itu”balas puan suri
“saya ada bukti dengan apa yang amanda buat”ucap pengetua

Rakaman CCTV itu diulang tayang untuk ditonton oleh puan suri untuk melihat gelagat amanda terhadap syifa..puan suri masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat..

Dia menuduh syifa mengubah bukti itu dan melihat amanda seperti bersalah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience