Chapter 18

Romance Series 8429

Amanda masih lagi mencari peluang untuk membuat syifa tidak dapat mengambil peperiksaan sedangkan dia tidak tahu nasib dia selepas ini..amanda masih lagi tidak bisa melepaskan perasaan terhadap danish..

“amanda”panggil sarah
“apa”jawab amanda
“kau kenapa termenung jer”tanya sarah
“aku tengah fikir macam mana nak buat agar cikgu danish jadi milik aku”jawab amanda
“aku tak nak masuk campur urusan itu semua”ucap sarah
“why..kau nak taubat ker tiba-tiba berubah pulak”soal amanda
“aku ikut kau selama ini pun sebab kau tu tak ada kawan jadi aku kesian dengan kau...”jelas sarah
“ouhh..selama ini kau nak cakap yang kau kesian dengan aku dan kau kawan dengan aku tak ikhlas...macam itu”tanya amanda
“bukan macam itu tapi kali ini aku dah tak nak campur urusan kau”ucap sarah
“tapi sebelum kau pergi,cuba tengok ini dulu”balas amanda sambil menunjukkan sekeping gambar

Sebuah gambar sarah yang tidak memakai apa-apa dan saat itu sarah sangat terkejut sekali sebab dia tidak pernah mengambil gambar seperti itu tetapi kenapa amanda menpunyai gambar itu...

“mana kau dapat gambar tu”tanya sarah
“kau lupa apa jadi lepas kau balik dari club masa itu”jawab amanda
“aku tak ingat tapi yang aku ingat aku sedar aku ada dekat hotel dan....jadi kau yang buat semua ini”ucap sarah
“yes...you got it”jawab amanda
“kau memang jahat...sanggup kau buat aku macam ini sebab nak dapatkan cikgu danish”ucap sarah
“kau nak tolong aku ataupun aku sebarkan gambar ini sehingga satu dunia tahu yang kau itu dah tak suc* lagi...”ancam amanda
“okey..aku tolong kau tapi ini terakhir”balas sarah
“good girl”ucap amanda

Sarah terpaksa mengikuti apa yang amanda inginkan kerana takut jika gambar itu tersebar dan diketahui oleh keluarganya..mereka akan malu dengan itu walaupun bukan sarah yang lakukan semuanya..

“assalamulaikum syifa”ucap sarah
“walaikumsalam sarah..ada apa kau call aku secara tiba-tiba”jawab syifa
“sebelum tu aku nak minta maaf dengan kau sebab banyak buat kau sakit hati dan suka cari masalah dengan kau” ucap sarah
“kau kenapa sebenarnya”tanya syifa
“aku nak kau hati-hati dengan amanda”jawab sarah
“kenapa dengan amanda dan kenapa aku perlu berhati-hati dengan amanda”soal syifa
“amanda ada plan jahat untuk kau”jawab sarah
“maksud kau apa”tanya syifa
“dia sudah terlalu obses dengan cikgu danish sehingga dia mahu singkirkan kau dari dunia ini dan ingin menjebak cikgu danish dengan dia dalam bilik hotel”jelas sarah
“mana kau tahu dan kenapa kau bagi tahu aku semua ini”tanya syifa
“sebenarnya aku diugut oleh amanda dengan gambar aku yang tak berpakaian dan sebenarnya aku dah penat nak jadi kuli dia untuk buat kerja jahat dia tu...aku minta maaf dengan kau jika selama ini aku sudah banyak buat salah dengan kau”ucap sarah
“tak apa lah..aku dah maafkan kau...teima kasih sebab sudah beri tahu aku tentang semua ini dan aku harap kau tak ulangi semua kesalahan ini lagi pada masa akan datang”balas syifa
“terima kasih sebab sudi maafkan aku”ucap sarah
“sama-sama”balas syifa

Panggilan itu sudah tutup dan semua bualan itu dirakam serta danish mendengarnya sekali...danish tidak sangka yang amanda sudah melampaui batas sehingga mahu mencederakan syifa dan memerangkapnya...

Danish sudah tidak bisa menahan dengan apa yang dilakukan oleh amanda sehingga dia ingin membuat laporan polis...

“abang..jangan buat semua itu dan biarkan amanda ambil peperiksaan kerana semua itu jugak untuk masa depan dia”ucap syifa
“no..abang tak faham dengan sayang...kenapa orang dah buat jahat dengan sayang tapi sayang masih nak bela dia sehingga tak mahu buat laporan polis lagi...ini dah melibatkan nyawa tahu tak..” balas danish dengan nada tinggi

Syifa hanya diam dan tidak bisa membantah jika danish sudah berbicara seperti itu..dia sebenarnya tidak mahu amanda dimasukkan ke dalam penjara kerana perbuatannya itu tetapi danish berkeras untuk melakukan semua itu demi keselamatannya dengan anaknya yang masih berada di dalam perut...

“papa...daddy...saya akan buat laporan polis untuk kes amanda yang ingin melukai syifa dan danish akan masukkan dia ke dalam penjara..”ucap danish
“kamu yakin ke sebab dia masih bawah umur dan kamu ada bukti untuk sabitkan kesalahan dia nanti”balas tan sri halim
“danish dah ada bukti dan saksi yang boleh dijadikan bukti nanti”jawab danish
“kalau macam itu kamu kata,papa setuju sahaja dengan apa yang kamu lakukan untuk keluarga kamu...”balas dato zamarul

3 Hari kemudian...

Pagi itu sudah tergempar dengan berita kehilangan sarah yang secara tiba-tiba sahaja dan danish sangat risau jika ada apa-apa jadi terhadap sarah kerana semua perbuatan amanda hanya sarah sahaja yang tahu..

“kamu ingat pesan saya..habis sahaja syifa exam,terus balik rumah dan jangan berhenti jika ada sesuatu perkara yang berlaku walaupun syifa yang minta”ucap danish
“baik tuan,,,saya akan lakukan seperti yang tuan katakan”balas zul

Syifa ke sekolah dan hari ini dia akan menduduki peperiksaan SPM kertas pertama...dia menjawab dengan baik dan tiada rasa ingin muntah serta alahan semasa menjawab...

Sepertinya anak di dalam kandungan syifa sangat mengerti syifa sedang apa....

“jom kita balik”ucap syifa
“baik puan”balas zul

Dalam perjalanan pulang ke rumah,syifa melihat ada kemalangan yang melibatkan beberapa pelajar sekolah dan meminta zul untuk berhenti tetapi zul hanya melajukan kereta sehingga ke rumah..

“kenapa awak tak berhenti bila saya suruh” tanya syifa
“maaf puan..saya hanya ikut arahan tuan danish sahaja demi keselamatan puan”jawab zul
“awak dengan danish sama sahaja”marah syifa

Syifa masuk ke dalam rumah dengan wajah yang marah serta masam..zul hanya bisa tersenyum dan menggarukkan kepalanya kerana pening dengan sikap syifa sedangkan dia hanya turut apa yang danish katakan...

“maaf tuan,puan syifa marahkan saya”ucap zul
“sebab apa?”tanya danish
“sebab tadi puan minta berhenti untuk tolong orang yang kemalangan tetapi saya tak berhenti dan sekarang puan marah besar dengan saya dan tuan”jelas zul
“tak apa lah...awak dah buat kerja awak dengan baik dan nanti tahulah saya nak pujuk macam mana..terima kasih sebab awak dah tolong saya”ucap danish
“sama-sama dan dah tugas saya untuk melindungi puan”jawab zul

Danish tahu apa yang sedang dia hadapi ini sebahagian daripada sikap syifa yang berubah sejak dia mengandung..danish mengemaskan barang dan ingin pulang awal untuk memujuk isterinya itu tetapi dia terserempak dengan cikgu izyan yang secara tiba-tiba ingin berbual dengannya..

“awak nak ke mana danish”tanya cikgu izyan
“saya nak balik dan saya tak dapat hadir meeting petang ini”balas danish
“tapi pengetua nak mula kan sekarang katanya urgent”ucap cikgu izyan yang menghentikan langkah kaki danish

Danish menggurungkan niatnya untuk pulang dan terus ke bilik meeting..disaat itu dia menghantar mesej kepada syifa untuk meminta maaf kerana tidak bisa balik awal..

Syifa saat itu sedang tidur kerana sudah letih dengan aktiviti hariannya..

“merajuklah tu”ucap danish

Meeting bermula dan mereka sangat terkejut apabila mengetahui bahawa pihak sekolah mendapat surat saman terbaru tetapi bukan atas nama sekolah melainkan atas nama cikgu izyan...

“boleh tolong jelaskan apa yang terjadi sebenarnya”tanya pengetua
“saya tak faham apa maksud pengetua”jawab cikgu izyan
“macam mana awak tak tahu sedangkan surat ini atas nama awak dan alamat sekolah dimana tempat awak bekerja”ucap pengetua
“saya betul-betul tak tahu”jawab cikgu izyan
“saya dah baca surat itu dan sungguh mengejutkan”balas pengetua

Danish hanya tersenyum apabila misi membalas apa yang dia lakukan kepada isterinya itu sudah bermula dengan saman..banyak mata dan telinga yang mendengar serta melihat apa yang terjadi di dalam bilik meeting..

“danish..tolong saya”bisik cikgu izyan
“saya tak mahu mencampuri urusan awak”jawab danish
“tapi kenapa awak tak mahu membantu saya” tanya cikgu izyan
“memangnya awak itu siapa dala hidup saya”soal danish
“saya kan kawan awak”jawab cikgu izyan
“awak memang kawan saya tapi hanya sebatas kerja sahaja dan tak lebih dari itu” balas danish

Saat itu pengetuan tidak dapat menahan amarahnya terhadap cikgu izyan yang sudah mencalarkan nama baik sekolah..dia membuat keputusan untuk memberhentikannya tetapi cikgu izyan merayu agar di berikan kesempatan untuk membetulkan keadaan seperti semula...

“baik..saya akan bagi awak kesempatan dan ini yang terakhir kalinya”ucap pengetua
“baik”balas cikgu izyan

Meeting itu selesai dan semuanya bersurai...pengetua meminta pada semua cikgu yang ada agar tidak menceritakan hal itu pada sesiapa kerana itu sudah melibatkan nama baik sekolah..

“danish..tunggu”ucap cikgu izyan
“ada apa lagi”tanya danish
“kenapa awak cakap macam itu pada saya”soal cikgu izyan
“awak boleh tak terima hakikat yang saya memang tak sukakkan awak”ucap danish
“kenapa”tanya cikgu izyan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience