BAB 9

Drama Completed 465

Ingin saje aku lempang Arif tapi kalau aku lempang die,elektrik umah aku takkan ok gak.So,aku berlari menuju ke kotak switch utama rumahku.Selamat kerana switch utama tidak rosak,switchnya reset. Aku membetulkannya dan elektrik rumah kami kembali seperti sedia kala.Aku membuka komputerku dan sign in YM.Bila aku masuk,aku dapati bahawa Teha sudah offline.Mungkin benar aku tiada jodoh dengannya dan aku harus pendam perasaanku ini sampai bila-bila.
Aku tulis kisah cintaku dalam blog kat internet.Dari A ke Z,kesemuanya tanpa tertinggal walaupun 1 watak.Aku tidak mengharap belas kasihan daripada orang tapi aku ingin berkongsi dengan semua orang bagaimana dengan cinta kite akan dapat CINTA.Banyak komen aku terima,ramai yang kata aku pengecut,chicken sebab aku tak luahkan isi hatiku kat Teha .Tapi aku tak kisah,biarlah aku dengan Pencipta ku.

6 tahun kemudian..

"Wah sudah lewat,mampusla aku kali.Da pukul 8.30,mane la sempat nak sampai airport."Jerit aku sambil bergegas memakai uniform.Memang aku tak mandi ari tu.Hari ni merupakan hari pendaftaran pekerja-pekerja baru di Airport tempat aku bekerja dan aku ditugaskan untuk menjadi ‘guide’ mereka. Kalau aku lambat matilah aku dikerjakan dengan manager.
"Weh,mane ko pergi?Lagi 2 minit budak-budak tu datang sini .."tanye Bad.
"aku tertido ar,loceng bunyi pom x sdar.."jawab aku.
"tu la ko,tido mampus lagi.Weh2,ko nak taw sumthing tak?"tanye Bad lagi.
"ape die?"soal aku.
"huhuhu,mesti ko epi kalo ko taw sape newbie tu..tunggu dan lihat."terang Bad.
Siapa agaknya,puas aku fikirkan tapi tiada jawapannya.Newbie2 tu melangkah kaki ke bengkel kapal terbang,seorang demi seorang tapi tiada seorang pun yang aku kenal.Aku berpaling ke arah Bad sambil mengangkat-angkat kepalaku,symbol bertanyakan siapa.Bad tersenyum dan aku terus dalam kebingungan,siapakah yang dimaksudkan oleh Bad sebenarnya.Semua newbie senyap tidak berani berkata apa-apapun,mungkin mereka takut kami buli mereka.Tapi kesunyian pagi itu dipecahkan dengan bunyi tapak kaki orang berlari masuk ke dalam bengkel.
"Teha ?Teha ke tu?"hatiku bertanya.Aku tidak dapat melihat wajah newbie yang lari itu dengan jelas disebabkan dia berlari sambil menundukkan kepalanya ke bawah.Aku melihat kea rah Bad dan Bad menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Betul,itu adalah Teha .Tapi,macamana dia boleh jadi jurutera kapal terbang sedangkan dia belajar kejuruteraan elektrik dan elektronik.Ah,biar la ape-ape pun,janji aku berkerja dengannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience