Belum sempat aku sembuh daripada luka disebabkan bisa sembilu itu,datang satu lagi ujian kepada ku.Kali ini,ujian yang betul-betul mengujiku,yang menamparku hingga aku jatuh tersungkur.Mungkin semua ini berlaku kerana doaku,doa insan yang celupar di hadapan Pencipta nya.Sepatutnya pada hari ini adalah hari yang gembira kerana hari ini aku grad dan aku disahkan berjaya untuk menyambung pelajaranku di Rusia tetapi tepat pukul 5.15 petang,hati yang sedia hancur lebur ini menjadi semakin parah.Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa aku adalah manusia yang paling malang di dalam dunia ini.Tengah aku lepak bermain gitar di jendela bilikku,melayan lagu ‘tak bias memilihmu’, aku ternampak pasangan semalam berjalan menuju ke sebuah kereta Mercedes hitam.Dari Merc itu, keluar seorang lelaki tua dan seorang wanita tua,tidak syak lagi,itulah ibu dan ayah Mahfuz .Mahfuz memperkenalkan Teha pada ibu dan ayahnya.Mereka semua memasuki kereta dan bergerak keluar kolej. Ingin aku terjun dari bilik ku ,membunuh diri tetapi aku masih waras,masih mampu berfikir yang mana baik dan buruk.
Aku tidak sedar dalam masa yang sama,ramai mata yang melihatku.Ramai mata yang menjadi saksi air mataku tumpah ke tanah dari tingkat 9 dan inilah air mata cintaku yang terakhir. Merc hitam itu telah membawa Teha pergi,pergi jauh daripada ku. Pergi membawa cintaku kepada kemusnahan. Membina sebuah tembok yang akan menghalangku daripada melihat Teha buat selama-lamanya.Aku menggeleng kepala tanda mengaku kalah,bendera putih harus aku kibarkan kerana hanya itu yang mampu aku lakukan.
Aku benar-benar sudah putus asa,aku nekad untuk tarik diri daripada ‘permTeha n’ ini.Kekecewaan demi kekecewaan yang aku terima membuatkan aku tidak mampu lagi untuk menangis,mungkin ‘permTeha n’ ini telah mengajarku menjadi dewasa.Persoalannya sekarang,adakah semua perubahan yang aku lakukan terhadap jiwa kerdil ini harus ku hentikan di sini sedangkan semua itu aku lakukan kerana Allah? Jika benar aku berubah kerana Allah,aku pasti akan terus berubah menjadi lagi baik jika tidak nescaya semua perubahan yang aku lakukan itu adalah hipokrit.Untuk tidak digolongkan dalam kalangan munafiq,aku telah nekad untuk terus berubah,untuk terus menghafal al-quran dan untuk terus menjadi budak surau.
Janji tidak ditepati..
Aku adalah manusia biasa.Janji sekadar janji,hari demi hari aku kian berubah.Dulu kalau tertinggal solat berjemaah pun hanyalah solat subuh tapi kini,kelima-lima waktu.Dulu,jika aku tertinggal 1 waktu solat berjemaah aku akan muram sehari suntuk tapi kini tidak lagi.Walaupun tertinggal atau perkataan yang lebih tepat,meninggalkan kelima-lima waktu solat berjemaah,aku masih mampu tersenyum gembira sambil menonton wayang dengan kawan-kawan.Rasa bersalah dalam diriku sudah hilang.
Perangaiku menjadi lagi parah apabila aku tiba di Rusia.Sudah tiada lagi solat berjemaah,tiada lagi menghafaz al-quran,tiada lagi usrah.Di Rusia aku tinggal serumah dengan Bad dan Arif.Melihat perangaiku yang semakin teruk,Bad dan Arif menggeleng kepala.Puas mereka menegurku tapi teguran itu seakan-akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Tazkirah demi tazkirah,nasihat demi nasihat,tiada satu pun yang mampu menyentuh hatiku.Sehinggalah suatu hari,Ning menegurku melalui YM.
"Ko nak jadi ape ha Ril?Takkan sebab ko putus cinte ko lupe tuhan?Mane solat berjemaah ko?Mane ayat quran yang ko hafaz?Munafiq!"marah Ning.
Kata-kata Ning sama saje dengan kata-kata Bad dan Arif kecuali perkataan yang terakhir itu.Perkataan itu yang menyentak aku sehingga tersandar di kerusiku,hatiku tergerak untuk bermonolog.
"Betul ke apa yang aku buat ni?Dulu aku janji aku berubah kerana Allah tapi skang mane yang aku janji tu.Sume sie-sia.Munafiqnya aku.Ya Allah,ampunla hamba mu ini.Aku da tersesat ya Allah.Aku lupa janji aku dengan Mu,ampunila aku ya Allah.Bimbingla aku ke jalan yang lurus…"
Tiba-tiba Bad masuk bilik aku.Sebelum Bad berkata apa-apa,aku memeluknya dan menangis.
"Bad,aku da sesat Bad.Aku mintak map sebab tak dengar nasihat ko.Aku mintak map aku x solat berjemaah.Sori Bad,sorii.."
"wat ape ko mintak maap ngan aku?Nuh,mintak ngan nuh."Terang Bad sambil menunjuk-nunjuk ke arah langit.
Teguran Ning dan Bad berjaya menyentuh hatiku.Aku insaf.Aku sudah nampak jalan yang lurus dan aku yakin bahawa aku sudah melencung ke lain.Ya Allah,aku bersyukur kerana mempunyai kawan yang berstatus sahabat.
Nekad yang tersekat
Share this novel