Bercouple bukanlah pilihanku kerana bagiku walaupun couple itu tidak dijatuhkan hukum haram tetapi couple mendekatkan diriku dengan maksiat dan aku tidak ingin mahligai yang aku ingin bina tercalar. Aku lakukan semua ini demi cintaku yang suci,bukan kerana nafsu.Aku tidak pernah merenungnya lama-lama,paling lamapun hanya 10saat.Selepas itu aku tundukkan pandangan,beristighfar.Aku betul-betul ingin menjaga kesucian mahligai yang ingin dibina. Berkahwin adalah keputusan yang melampau bagi remaja seperti aku.Jadi,adakah bertunang adalah pilihan yang sesuai?Suatu malam selepas magrib,aku menelefon ibuku dan meminta izinnya untuk bertunang.Belum sempat aku menerangkan sifat-sifat Teha dan sebab-sebab aku ingin bertunang kepadanya,aku dah diwarning oleh ibuku. "Belajar adalah no.1.Lepas grad bukan saje nak bertunang,nak kawin terus pon boley,"terang ibuku.Aku terpaksa akur,tiada apa-apa pilihan untuk aku buat.Jika aku luah perasaanku kepadanya,hanya sekadar luahan untuk dia tahu yang aku suka padanya.
BERTUNANG???
Sepanjang exam bukanlah soalan matematik,fizik,kimia atau bahasa rusia yang bermain di fikiranku tetapi Teha .Sepanjang masa aku memikirkannya,aku sudah angau.Setiap masa aku memikirkannya, setiap nafas yang ku hembuskan, setiap denyutan nadiku.Aku tahu bahawa lelaki tidak perlukan kebenaran ibubapa untuk bertunang tetapi aku menghormati adat orang Melayu.Aku seorang Melayu yang sopan,yang beradab jadi bukanlah perangaiku menentang adat.Dengan ilmu yang ada di dadaku, boleh je aku memanipulasikan Teha ,boleh aja aku bertunang dengannya tetapi adakah aku ingin memulakan hubungan dengan satu penipuan,satu muslihat?
Khitbah di dalam Islam bukanlah satu perkara yang menyusahkan.Tidak perlu untuk merebahkan seekor lembu barulah pertunangan itu sah.Cukup dengan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.Pernah aku ditanya,kalau macam tu ramailah remaja sekarang yang sudah bertunang?Ya,memang ramai kerana mereka sudah bersetuju untuk sehidup semati.Apabila kita berjanji untuk berkahwin pada tahun sekian sekian bermakna kita sudahpun bertunang,tidak perlu sebentuk cincin,wang hantaran atau lembu. Wah,ringkasnya.Memang ringkas tetapi kita harus fikirkan perasaan kedua-dua belah keluarga. Bayangkan kalau anak kita bertunang tanpa kebenaran kita, apa perasaan kita?Marahkan?Begitulah juga perasaan ibu bapa kita.
Selepas lama berfikir,aku mendapat jawapannya.Jawapan bagi persoalan yang penuh dengan muslihat musuhku yang nyata.Aku tidak akan bertunang.Aku tidak akan membina mahligaiku dengan tapak penipuan kerana mahligai sebegitu mudah untuk roboh dek kerana tapak yang tidak kukuh.
Adakah ini kesudahannya?
1 bulan berlalu,kini aku bercuti di Thailand bersama-sama dengan 17 orang lagi kawan-kawanku.Kami berkereta ke Bangkok melalui Kelantan,tanah air Teha .Masanya sudah tiba,aku harus meluahkan perasaanku padanya walaupun pada akhirnya tiada apa-apa dapat aku buat,bercouple tidak, bertunangpun tidak.Tetapi inilah pilihanku,luahkan isi hatiku yang sudah berbatu ini. Aku fikir, ada baiknya jika aku berbincang dengan Jacinta dahulu sebelum aku bertindak.Jacinta mungkin tahu isi hati Teha ,mungkin.
"Er..tahu tak pasal matahari dan bulan?"aku tanya Jacinta melalui SMS.Secara kiasan.Kalaulah benar dia tahu isi hati Teha ,sudah pasti dia mengetahui perihal matahari dan bulan ini.
"Oh,matahari dan bulan ke?Tahu.Segala-gala..bintang pun ada.."jawab Jacinta .
"Bintang?"tanya aku.Aku ingatkan Jacinta bergurau.
"Mahfuz ..saya tahu siapa pilihan Teha …"terang Jacinta .Kemahuanku untuk tahu semakin memuncak.
"Kalau tak keberatan..bley bagitaw tak.."minta aku dengan harapan akulah pilihan Teha .
"Err..macamana nak bagitaw ek..susah la..lagipun saya kena tanya Teha dulu,bley tak saya bagitau awak..tapi,saya bagi klu..memang bulan perlukan matahari untuk bersinar tetapi bintang selalu ada di sebelahnya,menemaninya..untuk selama-lamanya.."
"Cukup2..dah faham..tq..babai.."Itulah jawapannya.Bulan bersama bintang,selama-lamanya.Matahari hanya memancarkan sinarnya dari satu tempat yang sangat jauh.Membakar dirinya sendiri untuk kebahagian bulan. Biarlah dirinya terbakar asalkan bulan sentiasa cerah menerangi kegelapan malam.Itulah aku.Klu daripada Jacinta tadi sudah cukup untuk menghancurkan hatiku yang sedia retak ini.Harapanku musnah.Senyuman yang aku dambakan selama ini hanyalah satu fantasi yang tidak akan menjadi realiti buat selama-lamanya.Aku menangis seperti seorang bayi yang kehilangan ibunya, seakan-akan orang gila.
"Ya Allah aku tahu aku tidak sesempurna Mahfuz tetapi kenapa aku tidak layak memilikinya?Aku juga adalah hamba Mu ya Allah.Aku berusaha menjadi yang terbaik sebab aku yakin dengan janji Mu. Bukanlah aku ingin mempersoalan qada’ dan qadar Mu tetapi aku tidak dapat terima hakikat ini.Aku tiada kekuatan sekuat hamba-hambamu yang lain.Inikan hadiah dari Mu ya Allah,tetapi kenapa Engkau biarkan hadiah itu dirampas oleh lain?Aku tahu aku tidak sealim Mahfuz ,aku tahu aku tidak sepandai Mahfuz dan aku tahu aku tidak sehebatnya tetapi tidak bolehkah Engkau menjodohkan aku dengan Teha ?Teruk sangatkan aku ya Allah?Buruk sangatkah aku ya Allah? Ya Allah bantulah aku,tunjukkanlah aku jalan yang patut aku ikut…"aku bermonolog sambil menangis.
Keesokan harinya,aku telah pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk berkaraoke,menggembirakan hati yang hancur ini.Semasa aku berjalan menuju karaoke box,aku terlihat 1 pasangan tengah membeli tudung di dalam sebuah kedai.Mereka kelihatan sungguh bahagia.Aku kenal tudung yang dipakai gadis itu,tudung Akil dan bidang 60 dan baju yang dipakai lelaki itu.Ya,aku kenal kedua-duanya.Lelaki itu adalah Mahfuz dan gadis itu adalah Teha !Mereka sedang bergembira berdua-duan seperti bintang yang menemani bulan di malam hari.Ah tidak,aku datang ke sini adalah untuk menggembirakan hatiku yang hancur ini bukan menambahkan lagi kesedihanku. Aku lari mencari tandas.Membasuh mukaku yang dibasahi dengan air mata.Aku menampar-nampar mukaku sambil memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.Seperti yang dijangka,tidak berkesan.Aku rebah sambil menangis.Hancur lebur hatiku.Aku seperti bangkai hidup. Semua orang melihatku.Aku sudah tidak mampu untuk berdiri lagi,mujurlah pada masa yang sama Bad ada di tempat kejadian.Dialah yang memapahku ke bangku dan menenangkanku. Aku tidak berkata apa-apa tetapi Bad dapat meneka,dia tidak berkata apa-apa sebab dia tahu dalam keadaan seperti ini kata-kata semangat hanyalah satu lakonan kehidupan.Jadi dia membiarkan aku menangis.Mengeluarkan titis-titis air mata kedukaan yang terpendam setelah sekian lama.
Share this novel