Aku mulakan dengan bertanya kepada Naqibahnya,juga kawan satu batch denganku, macamana perangai Teha tetapi secara kiasan, al-maklumlah aku ni kan seorang yang pemalu. Naqibahnya menceritakan,Teha adalah seorang hafizah dan dia juga adalah seorang alimah.Justeru itu,aku berusaha untuk menghafaz al-quran.Tiap-tiap pagi selepas subuh aku beriktikaf di atas masjid dan menghafaz al-quran.Walaupun punggungku panas berada di atas masjid dan mataku sangat mengantuk selepas subuh tapi ku tahan juga kerana niatku. Aku yakin dengan janji Allah,jika aku jadi yang terbaik aku akan dapat yang terbaik.Untuk berubah bukanlah senang bagi orang yang macam aku. Betul,aku mempunyai pengetahuan agama yang luas tetapi aku bukanlah seorang yang beramal dengan ilmuku. Aku suka akan ilmu agama,aku pergi ke majlis itu, majlis ini tetapi bila aku balik ke asrama,aku bertukar menjadi syaitan.Malam-malam, aku keluar bersama dengan kawan-kawanku,pergi ke kelab-kelab malam untuk mencuci mata.Jadi,bila aku berubah,kawan-kawan kelab malamku membenciku. Banyak tohmahan yang aku terima tapi aku redha,aku yakin dengan niatku.
Pernah sekali aku disoal tentang cintaku.
"Ko berubah ni,boleh ke ikut islam?ye la,ko berubah kerana perempuan tu bukan kerana Allah..tak jadi syirik ke?"tanya Yota.
"Insya Allah boleh.Aku pernah terbaca,kita boleh beramal untuk mengejar janji Allah,"balasku.
"Janji Allah?budak tu janji Allah?"tanyanya lagi dengan penuh kehairanan.
"A’a,janji Allah di dalam surah An-Nur ayat 26."Terang aku.
"Owh,faham.Ril...kalaulah kan..Kalau ni,bukan betul-betul punye.Kalau ko tak dapat,camne?"Soal Yota lagi.
"kalau la aku tak dapat..yang kompom aku akan nangis..aku down kot..dialah yang aku cari selama ni.bukan senang untuk aku jumpe orang macam die,"jawab aku sambil merenung lantai yang baru kami bersihkan.
"owh..tapi kan,kalaulah dengan tak dapat budak tu, ko akan ingat pada Allah,aku lebih suke ko tak dapat die.." terang Yota sambil membetul-betulkan sejadah.
"eh,jangan cakap camtu...kalau aku dapat die,Insya Allah aku akan lagi ingat Allah..."jawab aku sambil menggeleng kepala.Terpapar di dalam fikiranku,kalaulah sungguh dia ditakdirkan dengan orang lain dan aku sendiri menyaksikan persandingannya,apa yang akan aku buat?Hatiku sebak,selaput kaca di mataku retak tetapi ku tahan jua.
Suatu pagi yang indah,tengah aku lepak di atas masjid aku ternampak Teha melangkah kaki keluar daripada masjid.Aku menundukkan pandanganku. "Ya Allah..sempurnanya dia..walaupun Engkau tidak wajibkan perempuan untuk solat berjemaah di masjid namun dia lakukan juga...aku bukan setanding dengannya..aku bukanlah yang terbaik untukknya sekarang..tolong lah aku dalam berubah,berubah menjadi baik supaya dia mampu ku miliki,aku yakin dengan janji Mu"hati kecilku berdoa.
Munculnya seorang pesaing…
Untuk luahkan perasaanku,aku interpretasikannya dengan status YM.Macam-macam aku tulis, kesemua lirik lagu jiwang aku salin dan tulis balik pada status YM ku. Serius,aku tidak dapat bertindak dengan wajar,otakku tidak dapat berfikir dengan matang.Inilah kuasa cinta.Kuasa yang mampu mengubah segala-galanya.Kuasa yang mampu mengorbankan nyawa manusia.Setiap 1 jam aku mengubah status YM ku dan aku perasan,tatkala aku mengubah status YM ku,ada orang yang membalas status YM ku.
::kamu adalah milikku::-Status YM ku.
::Dia bukan milikmu,dia milik..::-Status YM orang itu.
"Eh,orang ini balas status aku ke?"Aku terfikir.Jadi untuk memastikannya,aku memanipulasikan status YM ku dan hasilnya seperti yang aku sangka,orang itu juga mengubah status YM nya,membalas status YM ku.
" Macam balas status je,"tegurku.
" Mana ada.Tiada makna apa-apapun,"dia membalas.
" Kalau ada?"dia menambah selepas senyap buat seketika.
"Kalau ada…milik siapa?"
"Bukan nak cakap apa la,tapi Mahfuz dah mintaq kebenaran untuk berbincang dengan parents dia dan dia benarkan.Mahfuz memang belum berbincang lagi dengan parents Teha tapi Mahfuz memangda pasang niat untuk masuk merisik.Mungkin sebelum fly kot,"terangnya.
Wajah Mahfuz terbayang di benak fikiranku.Aku bukanlah seorang pesaing yang setanding dengan Mahfuz .Mahfuz adalah seorang pelajar yang cukup terkenal dengan kecerdikannya di tempat aku belajar.Dia juga mempunyai wajah yang hensem dan mempunyai akhlak yang baik mana tidaknya, dia adalah imam muda di masjid tempat kami belajar.Aku bukanlah pesaing yang sesuai dengannya.
Aku berasa seperti dunia ini sedang memijak-mijak kepalaku. Hatiku hancur bagai disiat-siat membacanya. Ya,selapuk kaca yang melindungi mataku pecah,butiran mutiara mula mengalir membasahi pipiku yang sedikit tembam ini. Saat ini aku merasa yang akulah manusia yang paling malang sekali di dalam dunia ni.Aku bangun berjalan ke arah tandas dan berwudhu,ku kunci pintu bilikku dan ku dirikan solat 2 rakaat.Aku buntu,hanya solat 2 rakaat sahaja mampu ku fikirkan.Di dalam sujudku,hatiku meraung kepedihan,kesakitan.
"Ya Allah..apakah jenis bencana yang Kau timpakan ke atas aku ini.Aku insan lemah,aku tak dapat tahan dugaan ini.Ya Allah,jika dia yang terbaik untuk aku maka jodohkanlah aku dengannya jika tidak,Engkau tahu yang terbaik untukku.Ya Allah,dialah perempuan yang paling perfect aku pernah jumpa tapi mungkin dia bukan yang terbaik untukku.Tapi Ya Allah,aku betul-betul mencintainya.Tolonglah ya Allah, aku mencintainya.Aku suka padanya ya Allah.Tolonglah..tolonglah..Ya Allah,aku tidak pernah menggilai perempuan seperti ini,bantu lah aku…Ya Allah,cinta ini Engkau yang hadiahkan kepadaku tetapi kenapa Engkau takdirkan sebegini untukku?Kenapa Ya Allah?Ampunilah aku,siapalah aku untuk mempersoalkan takdir yang Engkau tetapkan tetapi..Aku tak tahu Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai.."hati kecil ini meraung kesakitan..Pedih..tersangat pedih..
Semua orang tahu…
Share this novel