BAB 4

Drama Completed 465

Keesokan harinya aku melangkah kaki ke Universiti dengan tidak terurus,akalku seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras lagi.Jasadku ada tetapi fikiranku entah hilang ke mana.Dengan rambut yang tidak kemas,baju yang tidak digosok dan berselipar jepun,aku duduk di mejaku.Ku tongkat kepalaku dengan tangan dan aku mula berfikir tentang perkara semalam.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sapaan seorang yang sememangnya aku kenal dan dia adalah ‘musuh’ku,Mahfuz .Adakah Mahfuz tahu yang aku tahu pasal dia ingin bertunang dengan Teha ?Kalau dia tahu,sapaannya sebentar tadi adalah satu ejekan kepadaku tetapi kalau dia tidak tahu,dia adalah seorang yang berhati murni.
"Kenapa ni Ril,tak sihat ke?Kenapa mata ko bengkak,tengok My Girl?"tanya Mahfuz sambil bergurau.
"Tak,takde apa-ape.huh…"aku mengeluh sambil memalingkan mukaku ke dinding dengan tujuan supaya tidak perlu melihat muka Mahfuz lagi.
Tut-tut,Nokia N81 ku berbunyi tanda ada mesej masuk.
:: Selamat pagi!!!Wah,ingatkan awak tidak ada nafsu,rupanya bernafsu jugak ya.Teha sihat?::
Terkejut,mesej daripada Jacinta , juniorku,satu batch dengan Teha .Walaupun kami tidak pernah berbual secara dekat tetapi kami rapat di alam maya,kami selalu bermesej.Jacinta adalah seorang yang beragama Kristian dan sangat patuh kepada ajaran yang dipegangnya.Dia juga seorang yang open-minded¬ dan berminat untuk mengkaji semua agama yang ada di atas muka bumi ini.Katanya dengan mengkaji agama-agama yang ada di atas muka bumi ini,keyakinannya terhadap agamanya semakin kukuh.Kami selalu berbincang tentang agama dan disebabkan hal itulah kami menjadi sangat rapat.Persoalannya,macamana Jacinta tahu yang aku yang aku suka pada Teha .
:: Selamat pagi..Teha ?kenapa dengan Teha ?::-Aku berpura-pura tidak tahu,cuba berhipotesis.
:: Takyah nak tipu la,semua orang dah tahu dah yang awak suke kat Teha ::-Jelas Jacinta .
:: Semua orang?::-tanyaku.
:: A’a,sume orang.Rasanya semua budak perempuan batch saya dah tahu.Awak yang umum ke?::
:: Sume orang?Teha ?::-tanyaku tanpa menjawab soalan Jacinta .Aku menjadi semakin cemas.
:: Kemungkinan..::-balasnya.
:: Awak tahu tak die nak bertunang dengan Mahfuz ?::tanya aku,cuba mendapatkan kepastian.
:: Oh,perkara tu ke..Memanglah Mahfuz ada minta untuk bercakap dengan mak Teha dan Teha setuju tetapi 3 hari aja.Lepas tu Teha tarik balik cakap dia belum bersedia.So,3 hari aja Mahfuz gembira.Tapi..Saya tak tahu la kisah betulnya sebab saya pun dengar cerita ini daripada Kak Azwa ::- terang Jacinta .
Fuh,lega.Maksudnya aku masih ada peluang untuk mendapatkan Teha .Aku cukup gembira dengan mesej Jacinta .Tetapi,macamana semua orang boleh tahu yang aku minat kat Teha ?Puas aku fikirkan cuma satu jawapan sahaja yang aku dapat iaitu Azwa ,dialah ‘orang itu’ dan dialah orang tengah di antara Mahfuz dan Teha .Mungkin dia sengaja untuk menghebahkan cerita yang aku suka pada Teha dengan tujuan untuk Teha membenciku dan Mahfuz akan menang dalam peperangan ini.Ini sahaja jawapan yang dapat aku fikirkan.Kini tiada lagi rahsia,bukan sahaja Teha bahkan semua orang sudah tahu isi hatiku.Mungkin tampak senang bagiku untuk luahkan isi hatiku kerana Teha sudah tahu segala-galanya tetapi realiti bukanlah seperti yang disangka,Teha cuba menjauhi dirinya daripadaku.Ya,Azwa telah berjaya membuat satu jurang di antara aku dan Teha .Jika dulu,walaupun aku tidak berbual dengan Teha tetapi tiap-tiap minggu aku dapat lihat wajah Teha kerana kami menyertai kelab yang sama tetapi selepas hari itu Teha keluar daripada kelab tersebut dan menyertai kalab yang lain.Kini aku hanya mampu melihat senyuman Teha dari jauh,dari tempat yang dia tidak mampu melihatku.Aku tidak dapat menipu diriku yang hal ini menyiksa jiwa ragaku namun apa yang mampu aku buat?
Nasihat daripada kawan-kawan..
Aku adalah seorang lelaki yang cukup sensitif,aku tidak mampu untuk pendamkan kesedihanku seorang diri,aku menceritakannya kepada kawan-kawanku.Satu per satu.Cerita tentang kekalahan. Cerita tentang kekecewaan.Cerita tentang kesedihan.
"Ala Ril,ilek ar..bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor dow.Wat bodow je ko nangis pasal ni.Lagipun ramai yang minat kat ko dow,ilek ar bro." Nasihat seorang kawan.
"Memang,bunga bukan sekuntum tapi bunga ‘tu’ yang sekuntum.Mana ada bunga yang macam tu,tu je yang ada,"jawab aku.
"Ala,bukan kompom pun Mahfuz dapat.Flight tengah terbang pun orang boleh rampas,ni kan pula awek orang,"pujuk kawanku yang lain.
"Ko la yang bodoh Ril!"celah Bad,kawan rapatku.Semua orang terdiam.
"Kalau ko ske,ko patotnya luahkan isi hati ko kat die.Biar dia taw sengal!"tambah Bad.
"Tapi die dah taw da,so takde gune aku luahkan lagi."Aku cuba mempertahankan diri.
"Die da taw ko ske die?"tanya Bad.
"Aku rase.."
"Rase?!Bodow!Pergi jelaskan betul-betul kat die yang ko ske kat die kalau tak ko akan nyesal.Perempuan ni lain dow,kadang-kadang ada perempuan nak ko rendahkan ego ko.Nak ko ngaku sendiri kat die yang ko suke kat die walaupun die da taw ko ske kat die.Ala,ko bagitaw la kat die yang ko suke die.YM ke mesej ke.Aku penah dengar cite yang die pun suke kat ko dow,Far yang cakap.Lagipun,takkan ko tak prasan yang setiap kali ko makan kat kedai Mak Su lepas isyak dengan aku,die ade?Kalo sekali takpela,bley cakap kebetulan tapi ni acap kali dow."Nasihat Bad lagi.
"Perasan.Tapi aku takut aku je yang syok sendiri.Pagi-pagi pun selalunye aku terserempak ngan die, macam dah set masa dah.Pastu,ade skali time aku tengok die,die senyum kat aku.Tak taw la die senyum kat orang lain ke ape ke,tapi bagi aku die senyum kat aku sebab dah tiade orang belakang aku.Warne baju kami pun selalunya sama,"tambah aku.
"Dah tu?apa yang ko tunggu lagi.Ari tu masa pertandingan tarik tali,aku tengok die perhatikan ko.Tak tipu,sepanjang pertandingan dia asyik tengokkan kau je.Pastu bila ko buat lawak bodow,die gelak.Ala,YM je die cakap ko suke die sengal."Marah Bad.
"Tapi lepas aku YM dengan Azwa hari tu,die seakan-akan menjauhkan diri dari aku,dia keluar Kelab Tarian dan kalau jumpa aku dia buat muka masam.."terang aku lagi.
"Perasaan ko je tu sengal,die kuar kelab bukan sebab ko la.Mungkin sebab lain,sebab parent tak bagi ke,die rase kelab tu tak seswai untuk die ke..ala,luahkan je la!Kalo terlepas kat Mahfuz baru ko nyesal! Cube ko bayangkan,lepas Mahfuz dapat,baru ko taw yang die pom suke kat ko tapi selama ni die tunggu ko ngaku kat die tapi ko tak ngaku so die pilih Mahfuz .Saat tu baru ko tau betapa tingginya langit. Nangis berdarah pom tak gune time tu.."nasihat Bad.
Aku hanya mendiamkan diri.Patutkah aku luahkan isi hati aku pada Teha .Kalau aku cakap kat Teha yang aku suke padanya, lepas tu apa yang patut aku buat,ajak dia couple?Tak,takkan.Aku nak bina mahligai yang suci tetapi aku mulakan dengan kekotoran?Aku nak masak ayam golek yang sedap tetapi aku jadikan bangkai sebagai bahan masakan?Takkan,aku takkan mencemarkan tapak mahligaiku.
Tengah aku membaca post dekat http:, aku dibuzz.Kali ini Ning. Macam biasa aku menggelabah,apa yang ingin dibincangkan oleh Ning,tentang Teha ?
"Ril..ko betul-betul suke kat Teha ?"tanya Ning.
"Errr..suke ..tapi.."jawab aku sambil berdebar,jantungku seakan-akan ingin meletup.Tekaanku kali ini tepat.
"Da tu,knape tak bagitau die yang ko ske kat die?"soal Ning lagi.
"Aku suke tapi…die baik kan?"aku cuba lari daripada topik asal.
"Ko ni betul-betul suke die tak?Ke ko main-main?"marah Ning.
"tak,tak..aku betul-betul.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience