Kini aku dah berubah,kembali kepada aku yang asal.Benar,aku lakukan semua itu sebenarnya untuk melupakan Teha tapi ternyata itu adalah perbuatan yang sia-sia.Aku tidak dapat melupakannya. Bila aku memegang naskah al-quran,aku akan teringat kepadanya.Mana tidaknya,aku mula memegang naskah al-quran ketika aku menyukainya.Sebelum itu sudah 1 tahun aku tidak memegang naskah al-quran .Namun,bila bayangan Teha bermain di fikiranku,aku terus istighfar.Bimbang-bimbang aku syirik pada Allah.
Aku mesti buat keputusan samada untuk melupakannya ataupun terus mencintainya.Memang orang cakap buat istikharah ketika kita sudah ada keputusan,tidak akan mustajab.Aku tidak peduli kata orang. Biarlah aku dengan Pencipta ku.Dia lebih taw isi hati aku daripada aku sendiri.Aku tidur awal dan bangun qiam.Aku dirikan solat sunat istikharah,memang aku tidak minta Allah memberiku pilihan tetapi aku minta daripada Allah supaya berkati pilihanku.1 tahun aku lalui keperitan ini dan kalau aku putus asa sekarang,sia-sialah air mata yang aku keluarkan selama ini.Semoga pilihanku untuk terus mencintai Teha diberkati Allah.
"Bad,biar ape-ape pun terjadi aku akan luahkan isi hati aku kat Teha .Die terime ke die tolak ke,die da btunang ke,aku tak peduli.Yang penting ape yang aku pendam selame ni,aku luah.Da lame aku tahan perit ni dan aku tak mampu tahannya lagi,"terang aku kepada Bad dengan bersungguh-sungguh.
"Bagusla macam tu,aku taknak kawan aku ni ‘menjadi’ lagi.Luahkan sume,ko mampu!Ko asyik kate sedey,perit,pedih padahal ko tak pernah pom dapatkannya,aku rase xde istilah ‘lost sumthing that u never have’,"ujar Bad sambil menepuk-nepuk bahuku.
Inilah masanya…
Setiap malam aku bersekang mata menunggu Teha onlineBerminggu-minggu lamanya tapi dia tidak online.Satu hari,lebih kurang pukul 2 pagi waktu Rusia,Teha online.
"Salam…sehat?"tanya aku.
"Salam..sehat..Awak?Syok nye dot Rusia,tak sabar rasenye nak pegi sane.."jawab Teha .
"A’a,mase sampai sini salji turun.Sume excited gle,ktorang tadah salji tu kat tangan dan makan.Huhuhu." Cerite aku.
"Wah,nak jugak..dengkinye!Kte tak taw la bley g ke tak,physic x paham ar…"terang Teha .
"Ala ,ilek ar.Saye yang result gtu2 pom bley fly,awak yang best student ni..lagi la..tak paham takpe,awal lagi.Tanyela oram yang paham..kalo xde oram yang paham,tanye la lecturer.Kuiz aritu ok?"nasihat aku.
"Eh,mane taw ade kuiz ni?Saye dapat top…huhuhu..nak adiah!"
"wah,congrat!Adiah?Nak ape?"tanye aku.Sebenarnya aku agak terkejut,Teha mesej denganku seakan-akan aku ialah kawan rapatnya.Perasaan je kot.
"eh,gurau2…blaja camne skang?susah tak?"tanye Teha .
"macam biase,susah..tapi da adat blaja kan,kalo senang baik takyah blaja kan?"aku kompius macamana nak masuk topik sebenar.
"Ee…sebenarnye ade bende nak cakap ni.."ujar aku.
"???"
"tak kisay la apa yang akan jadi lepas ni tapi saye nak cakap gak.."ujar aku lagi.
"ye..ape die?"
Aku menekan huruf-huruf di keyboard satu persatu,aku yakin hormone adrenalin aku dirembes lebih banyak daripada biasa. Jariku terketar-ketar tapi ku gagahi juga. ‘saye suke kat awak’.Itulah tulisan yang terpapar dalam box tulisan aku,aku belum menekan ‘enter’.Aku masih ragu-ragu untuk menekannya kerana aku takut akan jawapan yang bakal ku terima.Aku takut cintaku ditolak.Namun,belum sempat jariku menekan butang ‘enter’,bekalan elektrik rumah kami terputus.
"Ahhhhhhhhhhhhhh,tensyen nye?!Kenapa skang?!Punye la banyak mase tapi kenapa black out skang?!" jerit aku,jiwaku tertekan.
"Er,sorri Ril.Silap aku,aku tertumpah air atas plug heater yang on tadi..betul2 sorri.."kata Arif.
Share this novel