BAB 5

Drama Completed 465

"Da tu,baik ko luahkan perasaan ko kat die.Ko ade 1 bulan je lagi!"terang Ning dan walaupun hanya sekadar YM,aku tahu yang Ning sedang marah padaku.Mungkin dia ingat aku ingin memainkan perasaan kawan baiknya itu.
"1 bulan..kenapa 1 bulan?"Aku tertanya-tanya.
"Aril!Kalau ko tak cakap yang ko suke die kemungkinan besar Mahfuz akan dapat dia!"jawab Ning.
1 bulan.Mampukan aku?lagi 1 minggu final exam.Aku ada exam dan dia pun ada exam.Patutkah aku ganggu dia demi kepentingan aku?Tidak melampaukah aku?Maksudnya,aku hanya ada 1 minggu untuk ceritakan segala-gala padanya.Tidak,aku tidak mampu.Aku perlukan masa yang panjang untuk buat persediaan,ini bukan seperti jawab soalan kuiz,boleh buat spontan tetapi ini perihal masa depan ku,perihal bakal keluargaku,perihal anak-anak aku.Pening aku fikirkannya dan aku telah buat keputusan,bukan untuk meluahkan isi hatiku tetapi untuk memastikan adakah berita tentang pertunangan itu adalah benar ataupun sekadar khabar angin.
Masa untuk bertindak..
Pukul 12 tengah malam.Aku tengah asyik bermain dengan nombor di hadapan laptop aku dan aku tengok pada YM punya list.Dia online,inilah peluang aku.Aku mesti tanya,mesti.Tetapi waktu itu aku fikir mungkin dia tengah study lagi,jadi aku bercadang untuk YM dia pada pukul 1 pagi.5 minit lagi nak masuk pukul 1,tiba-tiba dia offline.Alamak,terlepas.Betul kata Shah Rukh Khan, "kal ho na ho-esok belum pasti."Adakah aku tidak ditakdirkan untuknya,bila aku sudah bersedia,dia pula tiada.Tidak,ini bukan salah takdir,ini adalah salah aku.Aku yang bodoh.Ketika ada peluang aku tidak ingin menyambarnya dan bila peluang itu hilang aku salahkan takdir.Tidak,ini bukan salah takdir,ini salah aku,aku yang bodoh.Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan tiba-tiba Teha online.Tanpa berfikir panjang aku menyapanya.Malang sekali,tiada jawapan yang aku terima.Adakah dia benar-benar membenciku? fikirku .2 minit selepas itu dia offline.
Suatu hari,pulang daripada masjid selepas solat Asar berjemaah.Aku menggerakkan mouse laptop aku untuk membatalkan mode screen saver dan aku dapati ada satu YM miscall daripada Teha .Cuak,itulah perkataan yang dapat menggambarkan perasaanku ketika itu.Aku terus YM Teha .
"Kenape miscall?"
"Bukan..saya tersalah tekan..sorry.."
"Errr…tak kesay pom..bley tanye sumthing tak?"
"Boley je..ape die?"
"Ade oram kat tepi?"
"Tak2,saye sorang je ni..ape die?"
"Aritu..dapat tak mesej saya?Malam..lebih kurang pukul 2.."
"Mesej pukul 2?tak dapat la..aritu internet tak ok,kejap on9 n kejap tak.."
"Oh..ok..er..saya dengar cite awak nak bertunang,betul ke?"
"Eh,tak lah.mane ade.dari mane dengar ni?"
"Gerak ati..huhuhu..gurau la..ade la dari sorang senior.selamat.."
"Selamat?"
"Eh,takde ape2..k la,babai..salam.."
"salam.."
"Jap2..doakan hari-hari saya diterangi dengan cahaya matahari,k =P?"
"Ok..dan doakan malam saya diterangi cahaya bulan.. =D"
Fuh,selamat.Aku tidak perlu 1 minggu atau 1 bulan.Aku dah selamat.Dia tidak akan bertunang dengan Mahfuz .Bolehlah aku teruskan hidup aku di sini dengan ceria dan selesa.Dan,ayat last tu ayat yang sangat-sangat menggembirakan aku.Mungkin dia tidak bermaksud apa-apa tetapi bagiku itu adalah ayat yang aku nantikan.Jiwang?Ya,memang aku seorang yang jiwang!Aku fikir selepas exam ni,aku akan luahkan segala-galanya.Cuma,yang jadi persoalannya,selepas aku luah,apa yang patut aku cakap?Ajak bercouple?Bertunang?Atau kahwin terus?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience