BAB 2

Drama Completed 465

Suatu hari sedang aku asyik bermain online game tiba-tiba aku dibuzz.
"Free tak?Aku nak tanye soklan,"tanye Ning.
"Free je,soklan ape?"Aku bertanya dengan perasaan yang cukup mencemaskan,apa tidaknya,Ning adalah kawan rapat kepada gadis itu.Aku terfikir mungkin Ning ingin berbincang denganku tentang gadis itu,mungkin ingin memarahiku.Ning tahu segala-galanya,semua cerita tentang gadis itu aku kongsi dengan Ning.Aku semakin cuak memikirkannya.
" Ko pernah dengar pasal hadis sekian-sekian,"balas Ning.
Oh,soalan agama rupanya.Lega rasanya.Aku menjawab soalan-soalan Ning satu demi satu.Sudah menjadi kebiasaan buat aku,apabila aku ingin berhenti mesej dengan Ning,aku akan minta Ning untuk sampaikan salamku kepada gadis itu dan kebiasaannya Ning akan memarahiku dan memberi sedikit tazkirah kepada ku tetapi tidak pada kali ini.Ning tidak menulis apa-apa.Aku berasa sedikit curiga,adakah gadis itu berada di sebelah Ning atau tidak.
"Ril,ko rujuk pada buku apa ek?Bley pinjam?"Minta Ning.
"Eh,xley ar..aku tengah bace."
" Sebenarnye Teha nak pinjam,"terang Ning lagi.
Aku terdiam sejuta kata.Ya,gadis itu namanya Teha .Jika dia yang ingin pinjam,aku rela memberikan buku itu padanya biarpun aku belum selesai membaca buku itu.Tapi aku menjadi kebingungan,adakah betul-betul Teha yang ingin pinjam atau Ning sengaja mengunakan namanya untuk mendapatkan buku itu.
"Wei,cakap baik-baik ar.Takyah ar gune name Teha ,"aku cuba memastikan adakah Teha atau Ning yang ingin pinjam.
"Ok2,sorri banyak2..bye..salam."Jawab Ning.
Fikiranku terganggu, adakah Teha yang ingin pinjam atau Ning yang ingin pinjam.Banyak inferens timbul di dalam benak fikiranku tetapi aku terus menyambung bermain online game dengan penuh kusyuk.5 minit kemudian,aku dibuzz lagi. Teha yang buzz.Aku tersentak,terkesima buat 1 minit.Masa seakan-akan tidak bergerak,jantungku seolah-olah berhenti mengepam,darahku seperti tidak mengalir,tanganku terketar-ketar,kebas.
"Er,sorri ganggu tapi boleh tak pinjamkan saya buku yang Ning minta tadi?"Minta Teha .
Aku kompius,haruskah aku bagi buku itu kepadanya sedangkan tadi Ning minta aku tidak kasi padahal Ning adalah kawan rapatku.Jika aku memberi buku itu kepadanya aku telah berlaku tidak adil pada Ning tetapi jika aku tidak memberikan kepadanya aku sudah terlepas satu peluang untuk berbual dengannya. Apa yang patut aku lakukan?Hatiku tidak membenarkannya tetapi nafsuku…
"Baiklah,nanti saya bagi lepas meeting esok ek,"jawab aku.
Semalaman aku berfikir,adakah soalan yang ditanya oleh Ning itu memang benar ingin ditanya olehnya atau sebenarnya Teha yang ingin tanya soalan itu tetapi dia malu,oleh itu dia minta pertolongan daripada Ning.Kalau soalan itu adalah soalan Teha ,kemungkinan besar dia mengetahui bahawa aku mengirim salam kepadanya atau dalam erti kata lain,dia tahu bahawa aku suka padanya. Ah kantoi,malunya.Apa patut aku buat.Macamana aku nak berdepan dengannya dalam musyuarat kelab?
"Aku dah buat keputusan,aku kena tanya Ning apa yang berlaku sebenarnya dan aku tidak harus memberi buku itu kepada Teha ,yosh"aku bermonolog.
Keesokan harinya,semasa di dalam kelas aku berjumpa dengan Ning dan bertanya hal sebenar.Ning menceritakan hal sebenar dari A sampai Z.Kesemuanya.Betul tekaanku,soalan itu adalah soalan Teha dan Ning telah meng‘forward’kan kesemua perbualan aku dengannya kepada Teha .Alamak,kantoi.Teha dah tahu aku suka padanya.Malu,aku malu tapi nasi dah jadi bubur,tiada apa-apa lagi dapat aku ubah. Semuanya disebabkan kebodohan diri sendiri.Kebodohan yang menyebabkan kebinasaan.
Just a diamond can cut a diamond
Firman Allah di dalam surah Annur ayat 26 terbayang-bayang di kepalaku, "perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat.(sebaliknya)perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik."Aku terfikir,Teha tu adalah seorang yang sempurna,wajahnya sempurna dan akhlaknya juga sempurna sedangkan aku,apa-apapun tiada.Jadi aku telah nekad untuk berubah,berubah menjadi baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience