BAB 1 - Tangisan

Horror & Thriller Series 30750

Kisah seram ini berlaku di sebuah hotel, ianya terjadi pada salah seorang pekerja housekeeping di hotel tersebut.

Kejadian ini berlaku sewaktu Hasif bekerja pada shiff malam. Hasif yang ditugaskan menghantar barang-barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik hotel tersebut, hanya bertugas seorang diri pada malam itu. Kebetulan pula supervisor yang sama shiff dengan Hasif ketika itu telah mengambil cuti sakit. Terpaksalah dia yang menjalankan segala urusan pada malam tersebut bagi menyelesaikan tugasan.

Bunyi deringan telefon yang tidak putus di bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam. Hasif dengan penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut. Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu, tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi. Mungkin kerana itulah jugalah dia sering mendapat pujian dan anugerah pekerja terbaik selama tiga tahun berturut-turut.

Jam yang dipakai oleh Hasif sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yang sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat empat itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yang menginap di hotel tersebut. Kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yang beroperasi sedari pagi tadi.

Suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Hasif yang masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi telefon berdering kuat dari dalam pejabat. Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. Gagang telefon dilekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis.

Hasif berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis. Di skrin telefon pula terpapar nombor bilik pemanggil. Setelah pertanyaan demi pertanyaan Hasif lontarkan pada tetamu itu hanya dijawab dengan esak tangis berterusan. Tanpa berfikir panjang, Hasif terus keluar menuju ke bilik tetamu yang agak jauh dari pejabatnya itu. Fikir Hasif, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya.

Entah kenapa jantung Hasif berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik pemanggil itu, dia yang terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali. Tapi malangnya tiada jawapan yang diberikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yg berlaku di dalam bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu menangis.

Setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yg diterima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana-mana saja dalam waktu kerja pada malam itu, Hasif nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu. Tapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience