BAB 5 - Gangguan

Horror & Thriller Series 30750

Keesokan harinya, aku balik kerja cepat sebab aku ada projek, baca Yassin selepas solat Maghrib dan Isyak. Aku pun meneruskan projek yang telah ku rancang. Lebih kurang dalam pukul sepuluh, aku pun tertidur.

Aku terjaga lagi pada malam itu dalam pukul 1 kerana aku terbau bau limau nipis yang kuat dalam bilik aku. Ini sudah kerja gila, aku memberitahu diriku. Aku berasa seolah-olah bilik tersebut penuh dan suasana dalam bilik itu panas dan tidak selesa langsung. Aku terdengar seperti orang berbisik tetapi tak tau biji butir percakapanya tapi aku tahu, aku tidak diterima untuk berada di situ.

Aku menggeletar di atas katil sendirian dan berperang dengan perasaan aku. Hati aku berbisik mengatakan kalau aku tak keluar dari bilik ni pukul 3 pagi, sesuatu yang buruk akan menimpa diri aku. Tepat-tepat pukul 3 pagi, aku lari keluar dari bilik aku dan terus ke lobi.

Aku duduk dilobi dengan baju sejuk, bantal dan walkman. Aku duduk di situ dengan aman dan tenteram sehinggakan aku boleh tertidur di situ. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu berdiri disebelah ku. Rupa-rupanya para petugas malam hotel tersebut datang kepada ku dan bertanya kenapa aku berada di situ dan juga dengan celuparnya bertanya, sama ada bilik aku ada hantu ke?

Yang aku ingat aku memberitahu mereka "Tolong tukar bilik I, I nak bilik lain la". Berulang kali aku mengatakan perkara yang sama. Kemudian, petugas itu meninggalkan aku. Dalam pukul 6, aku telah dikejutkan oleh seorang pakcik yang baru masuk kerja syif yang sudi menolong aku pindah ke bilik baru.

Aku berasa berat hati tetapi pakcik tersebut berjanji akan menunggu aku kemas barang aku dan mengangkatnya sehingga ke bilik baru. Pakcik itu membawa barang aku dan menunjukkan bilik baru aku. Tapi yang menjadi pertanyaan pada diri aku sampai hari ini, semua pekerja hotel terbabit seolah-olah tahu sesuatu telah berlaku semasa aku lari keluar dari bilik aku tetapi tidak mahu memberitahu aku.

Setelah ditempatkan dibilik baru, apabila aku balik dari kerja petang tu, receptionist kata diorang dah upgrade bilik aku dari deluxe ke junior suite dan pada harga bilik deluxe. Diorang upgrade kan bilik aku sebab diorang kata, dekat "wing" bilik lama aku tu, cuma aku sorang je yang ada, bilik lain semuanya kosong. Walaupun ada guard rounding, diaorang takut kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu.

Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² aku dan letakkan kat bilik baru. Aku pun apa lagi, seronok lah tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa diriku seterusnya.

Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Aku masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Aku cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat benda-benda tu semuanya bertempiaran lari dari bilik aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience