BAB 2 - Tangisan

Horror & Thriller Series 30750

Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yang menyewa bilik itu, Hasif memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! Memang tiada siapa... Bilik tersebut masih dalam keadaan kemas. Hasif seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi? Bulu roma Hasif sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku sebenarnya, cerita-cerita seram yang di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hasif.

Barulah dia teringat, bilik yang dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya. Mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat.

Tiba-tiba Hasif tersentak!! Dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat. Serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hasif terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas kedengaran di telinga hasif suara seseorang sedang menangis dan terus menoleh ke belakang...

Alangkah terkejutnya Hasif apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya. Kini lembaga itu semakin menghampiri Hasif, tubuh nya menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. Kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung Hasif, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hasif terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..

Tepat pukul 12 malam, Pak Kasim yg bertugas sebagai guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 Pak Kasim terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. Pak Kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hasif terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu.. Sekali lagi Pak Kasim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut dan bau yg meloyakan tekaknya.

Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa Hasif. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa Hasif pada malam itu, Bilik itu pula di tutup serta merta supaya tidak disewakan kepada tetamu buat sementara waktu, berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya.

Selepas kejadian itu Hasif demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya. Akan tetapi Hasif tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping. setiap kali dia melalui bilik itu hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience