BAB 3 - Rocking Chair

Horror & Thriller Series 30750

Ini merupakan malam yang amat menakutkan bagi Mia dan adik perempuan. Pada masa itu, Mia dan keluarga melawat ayah yang ketika itu telah ditugaskan untuk menyelesaikan satu kes besar di Kuala Lumpur. Ayah Mia ialah seorang anggota polis. Sebulan dia ditugaskan untuk kerja itu dan mama pula jenis yang tak boleh berenggang lama dengan ayah, so Mia pun drive la bawak mama pergi sana dengan abang long Mia.

Setelah sampai, mama kata tak boleh check in dekat hotel polis yang ayah Mia inap. Jadi, lepas check in, kami pun ramai-ramai pergi ke bilik. Saya dah rasa hotel itu memeng menakutkan walaupun dekat dengan lift dan depan pintu bilik memang suram.

Bilik tu ialah Bilik Keluarga, amat besar dan ada dua katil single yg terletak di bahagian atas dan turun dua anak tangga terletak satu lagi ruang yang ada satu katil queen. Mia dan adik perempuan tidur di bahagian katil queen tu, manakala ayah, mama dan abang long tidur di bahagian atas.

Malam tu semua orang tidur dengan nyenyak memandangkan siang tadi kami dah menempuh satu perjalanan yang agak jauh. Tapi entah mengapa tengah malam tu Mia tersedar dan perhatikan di sebelah Mia ada tingkap membentuk satu objek.

Objek itu berbentuk seperti pocong. Mia nampak dengan jelas sebab tingkap tu amat dekat dengan Mia. Tingkap tu dengan Mia hanya dipisahkan kira-kira setengah meter sahaja. Mia berpeluh dan mula menghimpit adik. Mia cuba kejutkan dia dan pada masa yang sama Mia terdengar seperti ada orang duduk atas kerusi yang terletak di kaki katil.

Di kaki katil kami ada satu set kerusi dan meja. Bunyi yang Mia dengar tu macam orang main rocking chair. 'Kriuk-kriuk-kriuk-kriuk' Lama juga bunyi tu Mia dengar. Dah lah memang jenis penakut, jadi Mia terus himpit adik perempuan sampai dia terus terjaga sendiri dan memarahi Mia.

Mia pun suruh dia senyap dan saya ceritakan dekat dia dalam nada berbisik. Dia pun naik seram sekali dan kami terus berpelukan. Walau pun kami memejamkan mata tapi yang sebenarnya kami berjaga hingga ke pagi.

Pagi itu setelah semua bangun, Mia terus ceritakan apa yang terjadi malam tadi kepada mereka. Dan habuannya mama menyalahkan kami kerana terlebih gembira, bising dan banyak ketawa malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience