BAB 10 - Perempuan Cantik

Horror & Thriller Series 30750

Tahun lalu, aku ditugaskan ke selatan tanah air. Menginap di sebuah hotel tujuh tingkat yang ada di tengah kota. Aku dapat bilik di tingkat enam mengadap KFC yang ada di seberang jalan.

Ketika itu, aku mahu solat Zohor tapi malas mahu naik ke tingkat enam. Maka aku ke tingkat tiga menunaikan solat di surau. Tapi ramai orang kerana tingkat tu ada buat seminar. Maka aku ke tingkat dua seperti yang disarankan oleh staf hotel kerana katanya ada surau lain. Dia turut menunjukkan arah tangga menuju ke tingkat dua.

Tiba di tingkat dua, aku tidak menemui surau tersebut tetapi apa yang lihat hanyalah bangunan yang belum siap. Masih dalam pembinaan. Bahan-bahan material masih berserakan, ada bilik-bilik dari papan. Sedikit ke depan, aku menemukan sebuah lorong yang agak panjang. Sebelah kiri aku dinding berwarna putih,sebelah kanan saya beberapa ruangan yang disekat dengan papan.

Kerana tidak menemui surau, saya terus melalui lorong itu. Dari arah depan saya seorang perempuan berjalan menuju ke arah saya. Pakaiannya rapi, tinggi, pakai baju seperti pegawai hotel. Nampak cantik dengan rambut terurai tidak diikat. Namun sebelum berselisih dengan aku dia belok kiri (sebelah kanan aku) dan masuk ke sebuah kamar. Aku teruskan perjalanan hingga hujung.

Di hujung ada beberapa kamar kerja yang nampaknya masih berselerak. aku bertanya dengan seorang lelaki yang sedang bersiap-siap hendak pergi. Aku tanya di mana surau.

“Oo… ikut saya, kebetulan saya mau ke atas (tingkat tiga)”, katanya. Jadi aku pun mengikut belakangnya.
Sambil berjalan di lorong yang tadi saya lalui, lelaki itu bertanya:

“Apa abang ada lihat perempuan lalu di sini tadi?” tanyanya.

“Ya, ada.” jawab aku ringkas.

“Kemana ia pergi?” tanyanya lagi.

“Dia masuk ke ruang itu.” sambil aku tunjukkan tempat di mana perempuan tadi masuk.

“Ya... ia selalu berjalan di sini dan selalu masuk ke ruang itu. Dulu pejabat kami di situ (tempat perempuan tadi masuk), tapi kemudian tidak tahan, kami pindah ke hujung sana.” jawabnya panjang lebar.

“Tidak tahan kenapa?” tanyaku membalas.

“Ya.. tidak tahan dengan perempuan itu. Kadang-kadang komputer mati sendiri. Kalau petang kita tinggalkan mati, esoknya sudah hidup semula. Ada suara aneh, ada bau aneh, ada suara macam-macam di ruang sebelah. Tidak aman.” jawabnya.

“Apa hubungannya dengan si perempuan?" tanyaku.

“Perempuan itu yang melakukannya. Dia selalu menampakkan diri, tapi dia tidak ada. Dia hantu, bang.” katanya membuatkan aku tercengang.

“Kalau tidak percaya, lihat ruang tempat dia masuk tadi.” Saat itu kami berhenti di ruang tempat perempuan itu masuk. Si lelaki berhenti dan menunjukkan aku ruang itu. Ternyata sebuah ruang keci, dipenuhi kayu dan plastik simen.

”Mungkin ke perempuan tu masuk ke sini?” tanyanya.

Aku benar-benar tidak percaya dengan apa yang baru akualami. Berjumpa dengan hantu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience