BAB 7 - Dibunuh

Horror & Thriller Series 30750

Peristiwa ini terjadi pada diri aku. Masa tu aku dari Terengganu nak ke Batu Pahat. Aku saja singgah di Port Dickson masa tu sebab aku nak lihatlah pantai.

Nak dijadikan cerita tanpa disedari hari dah malam. Aku nak teruskan perjalanan rasa dah tak larat. Selalunya kalau aku jalan jauh, mesti ada seorang lagi kawan yang mahir memandu kereta. Tapi kali ni aku seorang saja. Aku ambil keputusan untuk bermalam di hotel berdekatan situ.

Jarum jam dah 8.45 malam, aku terus ke kaunter hotel situ. Lepas dapat kunci aku terus ke Bilik 12, aku masih ingat lagi nombor bilik tu. Lepas mandi aku terus baring di atas katil. Punyalah lena aku tido sampai tak sedar dah pukul 12.30 mlm. Perut aku menangis mintak diisi. Aku pun bersiap untuk keluar makan.

Apabila aku nak buka pintu bilik hotel, pintu tu tak boleh buka. Tak pasti kenapa tak boleh buka pula tiba-tiba. Aku ketuk-ketuk pintu tu sampai sakit tangan aku. Dah sejam lebih aku cuba buka pintu tu namun sia-sia belaka. Aku cuba guna telefon dalam bilik hotel tu tapi kenapa lah tak bole guna pula. Dalam hati aku rasa nak tumbuk je hidung pemilik hotel ni. Aku dah tak tahu nak buat apa, aku baring kat katil sambil dengar walkman. Mata aku dah nak lelap balik.

Tiba-tiba aku terdengar suara lembut memanggil aku.

Ah... Ilusi aku kot. Lepas tu aku dengar lagi. Aku cabut earphone dari telinga dan aku buka mata, melihat bilik yang gelap. Serentak dengan tu aku dengar suara tak putus-putus memanggil aku. Suara tu datang dari katil sebelah aku. Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku ketika itu.

Aku selimut seluruh badan aku dengan selimut. Suara tadi tak putus-putus panggil aku. Aku pun cuba jawab. Aku tanya dia siapa. Dia kata namanya Marina dan dia mati dalam bilik ini kerana dibunuh oleh kawan
dia sendiri. Aku tidur dalam bilik org mati rupanya.

Aku terus baca ayat al-quran yg aku ingat. Entah ayat apa yang keluar masa tu. Aku tutup kepala aku dengan bantal tapi masih dengar suara itu. Aku menjerit minta tolong sampai aku rasa habis suara tapi kenapa suara aku tak ada orang dengar. Aku hanya dengar suara tadi mengilai-ngilai. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku baring jer cam patung atas katil tu. Aku dengar sayu-sayu suara tadi menangis, mengilai dan macam-macam bunyi lagilah.

Dah sekian lama aku pun tak sedar bila aku tertidur. Aku buka mata hari dah siang jam 11.00 pagi. Aku kemas barang dan keluar dari hotel. Aku bukak pintu bilik senang pula.

Apabila aku ke kaunter nak bayar sewa aku marah pada staf situ sebab pintu susah nak buka dan telefon tak boleh guna. Mereka juga tidak dengar aku ketuk pintu dan jeritan aku malam tadi.

Apabila aku cakap bilik 12, dia kata dia dah hantar orang untuk kemas bilik tapi tiada orang dalam tu. Aku bertekak dengan mereka dan aku ajak ke bilik yang aku tidur malam tadi. Tapi macam mana bilik yang aku tidur tu nombornya 15, bilik di hujung sekali. Sah aku silap bilik tapi kenapa kunci boleh buka bilik tu.

Lepas tu seorang staf dia tarik aku ke tepi dan katakan bukan aku seorang kena begitu. Sebelum ni ada juga yang terkena, dia pun ceritalah, bilik hujung tu sememangnya berkunci sebab bilik tu keras. Aku hairan kenapalah mata aku kabur tak nampak nombor bilik. Aku pun terus beredar dari hotel tu tanpa kena bayar sebab aku dikira tidak bermalam dalam bilik yang sepatutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience